Profil Cahaya Metafizik™ Centre Dan Para Perawat/Master



Cahaya Metafizik™ Centre (003213855-W) ialah sebuah organisasi berteraskan bidang metafizik yang berdaftar di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 2017 dan berpusat di Kuantan, Pahang. Justeru, syarikat ini komited dalam menawarkan kepakaran, perkhidmatan, dan penyelidikan berkaitan ilmu serta amalan metafizik.

Diasaskan oleh Anwar Suran, Cahaya Metafizik™ Centre diterajui bersama oleh rakan kolaborasi merangkap isteri beliau, Farhah Hamid. Kedua-duanya berganding bahu dalam merealisasikan visi dan misi syarikat, sambil memperkukuh reputasi dan memperluas pengaruh jenama ini di peringkat negara dan antarabangsa.

OBJEKTIF: 
Menyediakan perkhidmatan konsultansi, terapi, dan produk metafizik yang bersifat holistik dan menyeluruh demi kesejahteraan insan.

MISI: 
Menyemai kesedaran dan bimbingan dalam bidang metafizik serta spiritual kepada individu di seluruh negara, tanpa mengira bangsa atau agama.

VISI: 
Menjadi sumber rujukan utama dalam ilmu dan perawatan metafizik serta spiritual, serta menjalin kerjasama strategik dengan pelbagai sektor bagi memperkasa masyarakat secara menyeluruh.

Apakah jenis perkhidmatan dan ikhtiar yang ditawarkan oleh Cahaya Metafizik™ Centre bagi membantu tuan-puan? Berikut adalah senarai bidang kepakaran kami:

  • Pemeriksaan gangguan ghaib pada diri, ahli keluarga, rumah atau premis,
  • Rawatan gangguan jin dan sihir,
  • Rawatan untuk penyakit misteri,
  • Pembersihan gangguan serta pemagaran perlindungan rumah, premis, atau pejabat,
  • Rawatan minda bawah sedar,
  • Pembekalan produk perawatan alternatif,
  • Program dan kelas berkaitan spiritual dan metafizik.

Segala bentuk bantuan rawatan alternatif yang disenaraikan di atas boleh dilaksanakan sama ada secara jarak jauh mahupun secara hadir diri (bersemuka) di Cahaya Metafizik™ Centre, bergantung kepada keselesaan tuan-puan.

Mahar perkhidmatan (kos) ditentukan berdasarkan tahap kesukaran atau beratnya masalah yang dihadapi oleh pesakit. Namun, usah bimbang, kadar yang kami tawarkan adalah amat berpatutan.

Untuk melihat suasana sesi rawatan yang sedang berlangsung, tuan-puan boleh klik pada foto-foto yang dipaparkan di halaman ini. Kaedah rawatan yang kami gunakan adalah pelbagai dan tidak terhad kepada satu kaedah sahaja. Segala informasi berkaitan kaedah rawatan serta pengalaman pesakit boleh dibaca melalui penulisan atau deskripsi yang disertakan pada setiap foto.

Testimoni rawatan jarak jauh: klik di sini
Untuk pertanyaan lanjut, klik pautan whatsapp: 0109199110

INFORMASI MENGENAI PENGELOLA CAHAYA METAFIZIK™ CENTRE

Di bawah ini merupakan sedikit sebanyak mengenai profil pengelola Cahaya Metafizik™ Centre, iaitu Anwar Suran dan Farhah Hamid:

Anwar Suran
merupakan graduan Sarjana (Master) dari Universiti Teknologi MARA, UiTM pada tahun 2013. Oleh kerana beliau memiliki minat yang mendalam dalam rahsia consciousness dan metafizik, beliau telah menyambung pengajian dalam Certificate of Psychology, Diploma in Parapsychology, dan Professional Diploma in Alternative Medicine di bawah program The Complementary Medical Association (The CMA), United Kingdom pada tahun 2017-2020.

Dalam masa yang sama, beliau turut memiliki kelayakan sebagai Neuro-Linguistic Programming (NLP) Master Practitioner yang berdaftar di bawah MCMA, United Kingdom.

Kini, beliau merupakan pelajar PhD separuh masa dalam bidang Parapsychology di Thomas Francis University, Florida, America. Pengajian PhD di Thomas Francis University ini adalah diakreditasi oleh International Church of Metaphysical Humanism, Inc. (ICMH) di bawah konteks pengecualian agama di Amerika, dan diiktiraf dalam bidang dan komuniti spiritual, metafizik, serta perawatan alternatif.

Seperti yang telah dinyatakan di atas, isterinya, Farhah Hamid, turut berkolaborasi secara separuh masa bersama Anwar Suran di dalam Cahaya Metafizik™ Centre.

Beliau merupakan graduan Sarjana (Master) dari Universiti Teknologi Malaysia, UTM pada tahun 2015, dan telah menyambung pengajian dalam Certificate of Mindfulness, Diploma in Mysticism, dan Advanced Diploma in Alternative Medicine di bawah program The Complementary Medical Association (The CMA), United Kingdom pada tahun 2017-2020.

Dalam masa yang sama, beliau turut memiliki kelayakan sebagai Masters Practitioner Hypnotherapist yang berdaftar di bawah Complementary Therapists Accredited Association (CTAA), United Kingdom.

Kini, beliau merupakan pelajar PhD separuh masa dalam bidang Mystical Research di University of Sedona, Arizona, America. Pengajian PhD di University of Sedona ini adalah diakreditasi oleh The International Metaphysical Ministry (IMM) di bawah konteks pengecualian agama di Amerika, dan diiktiraf dalam bidang dan komuniti spiritual, metafizik, serta perawatan alternatif.

Pada masa yang akan datang, Cahaya Metafizik™ Centre merancang untuk menambah bilangan perawat/master serta membuka cawangan di negeri-negeri lain. Itulah serba sedikit mengenai profil Cahaya Metafizik™ Centre berserta para perawat/masternya buat masa ini.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, bolehlah ikuti Facebook kami di sini atau Whatsapp sahaja pihak kami. Walaupun kadang-kadang kami mungkin mengambil sedikit masa bagi membalas whatsapp tetapi usah khuatir, ianya pasti berbalas.




Share:
Visit My URL

Kod QR Pembayaran Cahaya Metafizik™

Sebarang Pertanyaan, Nyatakan Di Sini













Jumlah Pengunjung Cahaya Metafizik™