Buat mana-mana pesakit yang telahpun mendapatkan rawatan alternatif sama ada di Cahaya Metafizik™ Centre ataupun di mana-mana pusat rawatan lain, dan dirinya telah bebas daripada gangguan jin mahupun sihir, maka di bawah ini merupakan senarai tip dan amalan penting yang perlu diamalkan secara konsisten bagi mengekalkan kesembuhan seumur hidup dengan izin Yang Maha Kuasa.
1. TERAPI GROUNDING / MEMIJAK TANAH
Para pesakit amat digalakkan untuk melakukan terapi grounding, iaitu dengan cara memijak tanah, rumput atau pasir sambil berkaki ayam. Amalkan selama 5–10 minit sehari, pada bila-bila masa sahaja, atau sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Jadikan ia sebagai amalan seumur hidup.
Tanah, rumput atau pasir yang dimaksudkan itu mestilah betul-betul berada di atas bumi secara langsung. Ia tidak sesuai di kawasan tanah jenis buatan contohnya seperti tanah di atas bumbung (rooftop garden) di hotel/kondominium dan seumpamanya. Elakkan lokasi sebegini bagi memastikan kesan terapi grounding benar-benar berfungsi.
Tanah yang terbaik adalah pasir pantai yang dibasahi oleh ombak laut atau tanah di makam-makam para aulia. Namun begitu, usah risau, apa-apa jenis tanah semula jadi pun boleh digunakan. Pilihlah lokasi yang paling berdekatan dengan rumah masing-masing agar amalan ini dapat dilakukan secara konsisten.
Sebelum memulakan terapi grounding, niatkan dahulu:
"Ya Allah, Ya Tuhanku, sekarang ini aku sedang melakukan terapi grounding, maka segala energi pada diriku ini menjadi seimbang dan lancar. Aku turut melepaskan segala energi negatif yang terkandung di dalam tubuhku ini masuk ke dalam tanah-Mu ini serta aku menyerap segala zat-zat yang baik dan energi positif dari tanah-Mu ini".
Jika non-muslim, tukarkan sahaja perkataan 'Allah' kepada 'Oh, God'. Setelah selesai melakukan terapi grounding, sila basuh kaki bersih-bersih dengan sabun.
2. TERAPI SUNBATHING / BERJEMUR DI BAWAH SINARAN MENTARI
Tahukah tuan-tuan apakah sumber tenaga paling utama di muka bumi ini? Jawapannya ialah matahari. Untuk memperkukuh tenaga dalaman diri agar sentiasa segar dan rajin, amalkan secara konsisten penyerapan energi daripada cahaya matahari.
Cara untuk menyerap zat energi cahaya matahari ke dalam diri adalah dengan menjemur tubuh di bawah cahaya matahari yang tidak membahayakan, iaitu sekitar jam 10:30 pagi hingga 11:30 pagi. Semasa berjemur, niatkan dalam hati seperti berikut:
"Ya Allah, Ya Tuhanku, sekarang ini aku sedang menyerap energi cahaya matahari-Mu ini untuk memperkuatkan tenaga dalamku ini sehingga ke tahap yang paling maksima. Segala 'heavy negative energy' pada diri diriku ini semuanya mencair dan lenyap".
Jika non-muslim, tukarkan sahaja perkataan 'Allah' kepada 'Oh, God'. Jemurkan sahaja diri selama 2-5 minit, kemudian boleh sambung kembali melakukan rutin-rutin harian. Amalkan pada setiap hari atau minima seminggu 3-kali seumur hidup.
3. TERAPI BATH SALTS / MANDIAN GARAM KASAR DAN LIMAU/LEMON
Bath salts atau mandian garam kasar merupakan amalan rutin yang sangat penting bagi sesiapa sahaja yang mengutamakan penjagaan kerohanian diri. Ia adalah amalan purba yang masih relevan dan berkesan, serta wajar diteruskan hingga ke hari ini.
Sesiapa yang mengamalkan mandian garam, insha'Allah, dirinya akan menjadi amat sukar untuk terkena sihir kejahatan, sukar ditembusi oleh penyakit *‘ain’ (evil eye), dan segala nasib malang yang pernah dialami sebelum ini akan perlahan-lahan sembuh dengan izin-Nya.
Cara mandinya amat mudah sahaja iaitu sediakan:
+ Baldi besar,
+ Garam kasar masakan 1 senduk,
+ Buah limau purut 1-3 biji atau sebiji lemon,
+ Bunga-bungaan yang wangi dan tidak beracun (jika ada),
+ Essential oil (jika ada).
Masukkan garam kasar ke dalam baldi, kemudian perahkan 1–3 biji limau purut atau sebiji lemon. Tambahkan air suam atau sejuk sehingga mencapai 1/2 atau 3/4 baldi. Jika ada bunga-bungaan, boleh juga dimasukkan sekali (tidak wajib). Titiskan juga 2–3 titis essential oil (tidak wajib). Kacau air tersebut mengikut arah lawan jam sehingga garam larut sekitar 70% hingga 100%.
Setelah mandi dengan syampu dan sabun, jadikan air mandian garam tersebut sebagai bilasan terakhir. Segala hampas limau dan bunga (jika ada) hendaklah dibuang ke dalam sungai atau parit yang mengalir, atau ditanam, atau diletakkan di mana-mana pokok atau kawasan semak.
Amalan ini boleh dilakukan maksimum tiga kali seminggu atau sekurang-kurangnya sekali seminggu. Mandian boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja sama ada pagi, petang atau malam, bergantung kepada masa terluang masing-masing.
Untuk lebih mudah, dapatkan sahaja Healing Halite, sila klik di SINI.
4. AMALKAN MAKAN MAGNESIUM GLYCINATE
Bagi mereka yang pernah diganggu makhluk ghaib atau sihir, lazimnya tidur mereka sukar untuk nyenyak, sendi dan saraf kerap terasa sakit, tegang atau mencucuk, manakala jiwa berasa berserabut serta emosi sering berubah-ubah tanpa sebab yang jelas.
Setelah mendapatkan mana-mana rawatan alternatif, bagi mempercepatkan pemulihan gejala seperti yang dinyatakan di atas, amalkan pengambilan Magnesium Glycinate atau Magnesium Bisglycinate sebanyak sebiji sehari. Ia boleh didapati di mana-mana farmasi berdekatan, dengan anggaran harga sekitar RM10 untuk sepapan contohnya seperti jenama Bio-Meg.
Insha'Allah, segala masalah keserabutan jiwa, tidur yang tidak lena, serta sengal-sengal sendi atau ketidakselesaan saraf akan beransur-ansur terkawal.
5. PAKAI HEALING OIL ATAU MINYAK KASTURI ASLI
Biasakan diri untuk sentiasa berwuduk serta memakai minyak kasturi sebelum tidur bagi mengelakkan jin-jin parasit daripada mendekati tubuh semasa tidur lena. Jin-jin parasit amat tidak menyukai sesiapa sahaja yang memakai minyak kasturi asli, dan akan menjauhkan diri sehingga bau minyak tersebut hilang sepenuhnya.
Mencari minyak kasturi yang benar-benar asli (original) sememangnya mencabar. Tuan/puan perlu bijak menilai dan memilih. Namun begitu, tuan/puan juga boleh mendapatkannya terus di Cahaya Metafizik™ Centre. Minyak kasturi di Cahaya Metafizik™ Centre memiliki energi yang sangat kuat kerana ia diperbuat daripada 100% kasturi asli (original), serta telah dicampur dengan lapan bahan tambahan yang memiliki daya healing energy luar biasa!
Untuk membaca info lanjut tentang Healing Oil, boleh klik di SINI.
Kesimpulannya, bagi sesiapa yang mengamalkan tip-tip di atas selepas mendapatkan mana-mana rawatan alternatif, insha'Allah kesembuhannya akan bersifat berkekalan. Jin dan sihir di dalam tubuh mestilah dibuang terlebih dahulu, barulah impak positif daripada amalan-amalan ini menjadi benar-benar optima!

