Produk Metafizik | Healing Oil™

Produk Metafizik | Healing Oil™ - Shielding Against Negative Entities

Adakah tuan-puan berminat dengan kaedah pemagaran diri secara metafizik? Dalam masa yang sama, adakah tuan-puan pernah mengalami perkara-perkara berikut?

  • Jiwa mudah berasa serabut atau kelam tanpa sebab? 
  • Tidur kerap terganggu, disertai mimpi yang tidak baik
  • Tidak disukai oleh orang di sekeliling tanpa sebab yang jelas? 
  • Rezeki tersangkut walaupun sudah gigih berusaha
  • Kerap ditimpa malang, seolah-olah nasib tidak menyebelahi
  • Hubungan suami isteri mudah berentakan atau tegang? 
  • Panas baran yang meluap-luap tanpa kawalan? 
  • Mengalami penyakit misteri yang tidak kunjung sembuh? 
  • Anak kecil kerap menangis atau tantrum tanpa sebab yang nyata?

Jika tuan-puan mengalami lebih daripada tiga perkara di atas, kemungkinan besar pada diri tuan-puan terdapat gangguan ghaib yang bersifat negatif. Gangguan ini mungkin berpunca daripada jin contohnya seperti jin asyik, jin saka, atau jin pengkhianat dan tidak mustahil ia juga datang daripada sihir ilmu hitam, sama ada dihantar secara khusus ataupun terkena tempias.

Apa-apapun, usahlah terlalu risau. Selain mendapatkan rawatan alternatif, tuan-puan juga boleh berikhtiar dengan cara membersihkan dan meletakkan barrier (pagar ghaib) pada diri menggunakan produk metafizik iaitu Healing Oil™.


APAKAH ITU HEALING OIL™?

Healing Oil™ merupakan produk minyak wangi tanpa alkohol yang diformulasikan secara fizik (tangible) dan metafizik (intangible) bagi tujuan membersihkan segala bentuk gangguan ghaib yang negatif, serta berfungsi sebagai pemagaran diri untuk tuan-puan. Ia tidak semestinya digunakan hanya apabila sudah mengalami gangguan; bahkan, golongan yang tidak mengalami sebarang gangguan ghaib juga digalakkan memakainya sebagai langkah pencegahan awal.

Healing Oil™ sangat sesuai dipakai ketika ingin ke rumah ibadah seperti masjid, menghadapi peperiksaan, sedang mengalami kesakitan, dan sebagainya. Memandangkan Healing Oil™ bersifat gelombang pemagaran, ia juga amat sesuai dipakai ketika berkunjung ke tempat yang berenergi berat (heavy energy), contohnya rumah usang, bangunan terbengkalai, hospital, atau ketika ingin bertemu dengan individu yang toksik, disihir, dan lain-lain.

Apa yang lebih menarik, Healing Oil™ ini mengandungi ekstrak daripada pelbagai bentuk natural healing energy yang bersifat global, antaranya termasuklah kasturi kijang, Aquilaria malaccensis (gaharu), Boswellia sacra (frankincense), Moringa oleifera, Ziziphus spina-christi (bidara berduri), Citrus hystrix (limau purut), Piper nigrum, Salvia rosmarinus, dan pelbagai lagi bahan terpilih yang tidak dapat disenaraikan kesemuanya. Gabungan ini menjadikan Healing Oil™ satu formula yang sangat power, yang tidak dapat disangkal keberkesanannya.

Dalam proses pembuatan Healing Oil™ ini, ia turut disalurkan dengan healing energy attunement bagi menguatkan fungsi pembersihan dan pemagaran diri daripada segala bentuk gangguan ghaib yang negatif, dengan izin Tuhan Yang Maha Kuasa. Tiada masalah sekiranya ingin menjemur Healing Oil™ di bawah sinaran bulan purnama, namun ia bukanlah satu kewajipan. Inilah antara kelebihan utama Healing Oil™ berbanding minyak-minyak lain yang terdapat di pasaran.

Pemakaian Healing Oil™ sebaiknya dilakukan secara berterusan sepanjang hayat agar medan energi diri (energy field) sentiasa berada dalam keadaan murni, sekali gus memberikan impak yang positif kepada diri pada setiap hari.


KESAN SELEPAS PENGGUNAAN

Dengan izin Tuhan Yang Maha Kuasa, jika Healing Oil™ diamalkan secara konsisten, tubuh akan sentiasa dilindungi oleh energi pagar ghaib, tidur malam menjadi sukar terganggu, keserabutan jiwa akan kembali terkawal, anak kecil yang kerap tantrum akan berkurang atau berhenti menangis, kesempitan rezeki (jika berpunca daripada gangguan ghaib) akan mula terbuka, urusan harian menjadi lebih lancar, penyakit misteri beransur-ansur sembuh, dan aura diri kembali membuatkan orang sekeliling selesa. Dan yang paling dinanti-nantikan, pelbagai lagi keajaiban (miracle) boleh berlaku. Nikmatilah.

Jin-jin negatif amat tidak menggemari Healing Oil™, apatah lagi untuk mendekati botolnya. Oleh itu, tuan-puan amat digalakkan untuk membawanya ke mana-mana sahaja. Usahlah risau, ia bukan tangkal atau sesuatu yang bersifat syirik anggaplah ia sebagaimana nyamuk yang tidak suka pada asap ubat nyamuk; satu bentuk ikhtiar berasaskan energi semula jadi yang bersih dan diizinkan oleh-Nya.


PANDUAN PENGGUNAAN

Terdapat pelbagai cara pemakaian Healing Oil™, bergantung kepada tahap keselesaan tuan-puan. Oleh kerana kepekatan minyak ini sangat tinggi, warna hitam daripada minyak mungkin akan kelihatan sedikit pada permukaan kulit. Justeru itu, sila ikuti tatacara pemakaian seperti di bawah:

Cara 1: Selepas mandi, ketika badan masih dalam keadaan basah, sapukan sedikit Healing Oil™ pada tapak tangan, kemudian ratakan ke seluruh badan dengan mencampurkannya bersama air yang masih berada pada kulit. Setelah selesai, pakai pakaian terus, dan biarkan tubuh serta pakaian kering dengan sendirinya.

Cara 2: Sapukan Healing Oil™ pada tapak tangan, kemudian gosokkan kedua-dua tapak tangan (kiri dan kanan) sehingga warna hitam pada minyak tersebut tidak lagi kelihatan dengan ketara. Seterusnya, sapukan pada mana-mana bahagian tubuh yang dirasakan selesa, seperti leher, lengan, dan sebagainya.

Cara 3: Jika tubuh mengalami alahan terhadap minyak, Healing Oil™ boleh disapukan pada pakaian sebagai alternatif. Namun, pastikan ia terlebih dahulu digonyoh menggunakan tapak tangan kiri dan kanan sehingga warna hitam pada minyak tidak lagi kelihatan dengan jelas, barulah ia disapukan pada pakaian yang ingin dipakai.

Healing Oil™ ini sangat digalakkan untuk disapukan pada waktu sebelum tidur malam, kerana ketika itu tubuh manusia berada dalam keadaan lemah dan gangguan ghaib lebih mudah untuk menyerang.

Kesan Healing Oil™ ini akan aktif selama kira-kira enam jam selepas dipakai. Jika ingin memakainya semula selepas tempoh tersebut, tiada masalah. Ia juga boleh digunakan bersama wangian-wangian perfume yang lain tanpa sebarang kesan sampingan.


SPESIFIKASI HEALING OIL™

Isipadu: 10ml (tahan 2–3 bulan jika digunakan setiap hari),
Tarikh Dilancarkan: 07/02/2025,
Tarikh Luput: 2 tahun selepas tarikh pembuatan,
Jenis Botol: Kaca roll-on,
Warna Minyak: Hitam kehijauan,
Harga: RM78 (tidak termasuk kos penghantaran).

Buat masa ini, Healing Oil™ belum disenaraikan di mana-mana platform e-commerce seperti Shopee, Lazada, TikTok, dan lain-lain. Pembelian hanya dilakukan secara manual dengan menghubungi wakil kami melalui WhatsApp di nombor 0109199110. Tertakluk kepada ketersediaan stok.

Share:
Visit My URL

Kod QR Pembayaran Cahaya Metafizik™

Sebarang Pertanyaan, Nyatakan Di Sini













Jumlah Pengunjung Cahaya Metafizik™