Seperti yang tuan-puan sedia maklum, warna frekuensi asas yang terpancar daripada subtle body manusia hanyalah terdiri daripada tujuh warna sahaja, iaitu merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo, dan ungu. Namun begitu, tidak semua manusia memancarkan kesemua tujuh warna ini, kerana kebanyakan individu yang mengalami energy blockage akan menyebabkan mereka hanya memancarkan dua atau tiga warna sahaja. Usah bimbang, situasi ini adalah perkara biasa dan tidak membawa kemudaratan yang serius.
Apakah itu energi pesona diri? Oleh kerana warna asas frekuensi diri manusia hanyalah terdiri daripada tujuh warna utama (sila rujuk kembali perenggan di atas), maka warna-warna lain seperti merah jambu/pink dan emas bukanlah warna asal diri manusia. Sebaliknya, ia merupakan warna tambahan yang diserap daripada sumber-sumber luar. Oleh itu, jika seseorang individu memiliki frekuensi berwarna merah jambu/pink yang terpancar dengan jelas daripada dirinya, ini menandakan bahawa frekuensi tersebut berasal dari luar, dan berfungsi untuk menguatkan daya tarikan serta pesona diri individu tersebut.
Di bawah ini adalah jadual warna-warna frekuensi diri manusia dan fungsinya:

Warna Frekuensi | Fungsi |
---|---|
Ungu | Ilham dan pemikiran yang jelas |
Indigo | Intuisi dan kepekaan batin |
Biru | Komunikasi dan ketenangan |
Hijau | Kesihatan yang baik dan kerezekian |
Kuning | Keyakinan diri dan keberanian |
Jingga | Kreativiti, keceriaan dan kekuatan seks |
Merah | Kekuatan fizikal dan tenaga dalaman |
Merah Jambu/Pink | Tarikan pesona diri dan seri wajah |
Emas | Golongan Di-Raja atau bangsawan |
Putih | Baru selepas berzikir/meditasi |
Kelabu | Hampir hendak meninggal dunia |
RAWATAN METAFIZIK MENJANA KEKUATAN ENERGI PESONA DIRI
Ramai individu di luar sana tertanya-tanya, bagaimanakah cara untuk mereka menambah warna frekuensi merah jambu/pink dalam diri sebagai satu bentuk daya tarikan pesona diri? Usah bimbang, di Cahaya Metafizik™ Centre, kami menyediakan rawatan khas untuk meningkatkan frekuensi warna merah jambu/pink, dengan kadar mahar yang sangat berpatutan.

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan pakej rawatan ini? Sekiranya tuan-puan berminat, maka beberapa bahan asas perlu disediakan terlebih dahulu, iaitu:
- 1-5 kuntum bunga cempaka putih (Magnolia/Michelia × alba) yang masih kuncup dan segar,
- 1-3 biji buah limau purut,
- Satu mangkuk 7 jenis bunga-bungaan yang wangi, tidak beracun dan pelbagai warna,
- Garam kasar laut atau garam bukit satu senduk,
- Sebotol minyak wangi yang jenis roller dan sebaiknya berbau apa-apa jenis kasturi.
Kesemua bahan tersebut akan kami activate untuk membangkitkan energi yang terpendam di dalamnya, dan kami akan melakukan attunement agar energi atau frekuensi tersebut selaras dengan tubuh badan manusia serta bersifat kekal. Proses pengaktifan ini biasanya mengambil masa selama satu jam. Setelah semua bahan berjaya diaktifkan, berikut merupakan langkah-langkah seterusnya:
LANGKAH 1 | MELENYAPKAN SEGALA ENERGI DAN ENTITI NEGATIF
Langkah pertama, pihak kami akan melakukan pemeriksaan (scan) ke atas tubuh tuan-puan bagi mengenal pasti sama ada terdapat sebarang bentuk gangguan energi:
- Jin-jin negatif,
- Sihir ilmu hitam,
- Energi yang terblok dan sebagainya.
Sekiranya didapati terdapat energi dan entiti-entiti negatif yang menempel pada diri tuan-puan, maka pihak kami akan menjalankan proses pembersihan menyeluruh terlebih dahulu sehingga energi diri tuan-puan menjadi benar-benar bersih dan seimbang. Rawatan ini boleh dilakukan sama ada secara hadir diri mahupun secara jarak jauh. Setelah proses pembersihan selesai, barulah rawatan untuk menjana kekuatan pesona diri dan kerezekian dapat diteruskan dengan lebih berkesan.
LANGKAH 2 | AKTIFKAN FREKUENSI WARNA MERAH JAMBU/PINK
Untuk pengetahuan semua, adalah teramat mencabar untuk menemukan bahan-bahan dari alam semula jadi yang benar-benar memiliki warna frekuensi merah jambu/pink. Walaupun sesuatu unsur alam itu kelihatan merah jambu/pink secara fizikal, seperti bunga mawar (rose) atau bunga kemboja, ia tidak semestinya memancarkan frekuensi warna yang sama. Ada kemungkinan frekuensinya sebenarnya berwarna hijau atau ungu, ia bergantung terhadap getaran energi dalaman pada unsur-unsur tersebut.
Salah satu unsur alam semula jadi yang diketahui memiliki warna frekuensi merah jambu/pink ialah bunga cempaka putih (Magnolia/Michelia × alba) yang masih dalam keadaan kuncup atau putik. Awas, sebaik sahaja bunga tersebut mekar sepenuhnya, frekuensi merah jambu/pink-nya akan hilang secara automatik! Antara bahan semula jadi lain yang turut memiliki frekuensi merah jambu/pink ialah kristal rose quartz, namun ia hanya sesuai digunakan secara luaran (dipakai di luar tubuh sahaja), maka keberkesanannya adalah agak terhad.
Untuk menjana frekuensi merah jambu/pink pada diri tuan-puan, pihak kami akan melakukan proses synchronization antara bunga cempaka putih tersebut dengan energi tubuh tuan-puan, agar frekuensinya kekal secara semula jadi dalam tubuh. Usah risau, kaedah ini bukanlah berbentuk susuk dan tidak melibatkan sebarang khadam, kerana pendekatan kami adalah bersih dan selamat dari unsur-unsur sedemikian. Setelah tubuh tuan-puan dijana dengan frekuensi merah jambu/pink, insha'Allah akan ada ramai insan yang tertarik secara semula jadi kepada tuan-puan, dengan pandangan mata hati yang sejuk dan nyaman, tanpa mengira jantina, usia, mahupun bangsa. Bahkan, wajah tuan-puan juga akan tampak lebih berseri-seri, segar, dan memancarkan pesona semula jadi.
LANGKAH 3 | AKTIFKAN ENERGI 'FOCALIZATION' DIRI
Pada pandangan kami di Cahaya Metafizik™ Centre, adalah tidak memadai sekiranya tuan-puan hanya memiliki frekuensi merah jambu/pink semata-mata untuk meningkatkan daya tarikan pesona diri. Untuk kesan yang lebih kuat dan menyerlah, tuan-puan juga disarankan mendapatkan rawatan tambahan, iaitu pengaktifan energi focalization agar diri tuan-puan menjadi pusat perhatian (centre of attention) dalam kalangan masyarakat.
Untuk memahami apakah langkah yang ketiga, ikuti perumpaan dan metafora di bawah ini.
Baiklah, begitulah perumpamaan bagi langkah ketiga, di mana pihak kami akan menjadikan diri tuan-puan seperti metafora bunga yang disebutkan tadi. Bagaimanakah caranya? Dalam rawatan langkah ketiga ini, tuan-puan akan:
Untuk memahami apakah langkah yang ketiga, ikuti perumpaan dan metafora di bawah ini.
- Pernahkah tuan-puan melihat pokok bunga yang cantik di mana-mana tempat? Sudah tentu pernah, bukan?
- Tatkala tuan-puan menikmati keindahan bunganya, adakah tuan-puan turut memberi perhatian kepada dedaunnya? Sudah tentulah jarang sekali, betul?
- Apabila tuan-puan mendekati bunga tersebut, bukankah secara semula jadi tuan-puan terdorong untuk menyentuh bunganya?
- Jika bunga itu sangat wangi, pastinya tuan-puan akan tertarik untuk menghidu aromanya, setuju?
- Dan jika hati tuan-puan benar-benar terpaut pada keindahannya, tentu sahaja tuan-puan akan memetik bunga itu, bukan?
Baiklah, begitulah perumpamaan bagi langkah ketiga, di mana pihak kami akan menjadikan diri tuan-puan seperti metafora bunga yang disebutkan tadi. Bagaimanakah caranya? Dalam rawatan langkah ketiga ini, tuan-puan akan:
- Menjadi daya tarikan utama di mana-mana tempat yang penuh dengan keramaian,
- Menarik perhatian orang yang tidak dikenali, yang akan mudah memandang tuan-puan tanpa sebab yang jelas,
- Membuatkan hati dan jiwa orang lain terasa sejuk dan tenang setiap kali memandang tuan-puan,
- Menjadi pilihan utama dalam urusan perniagaan di mana para pelanggan lebih cenderung membeli daripada tuan-puan berbanding peniaga lain, kerana tuan-puan ibarat 'bunga' (centre of attraction), manakala yang lain hanyalah seperti 'daun',
- Lebih mudah mendapat jodoh bagi mereka yang masih belum bertemu pasangan hidup.
Untuk rawatan ini, pihak kami akan mengaktifkan daya yang terpendam pada:
- Limau purut: powerful healing property,
- Bunga 7 jenis/warna: powerful stunning property,
- Garam kasar: powerful cleansing property.
Ketiga-tiga unsur di atas akan kami aktifkan secara khusus pada diri tuan-puan, dan insha'Allah, ia akan bersifat kekal. Proses pengaktifan mungkin mengambil sedikit masa, namun untuk tuan-puan menyelaraskan energi tersebut dengan diri sendiri adalah sangat mudah, hampir tanpa rintangan. Apabila ramai orang berasa sejuk hati dan menyukai kehadiran diri kita, maka insha'Allah, rezeki akan datang mencurah-curah dari pelbagai arah. Nikmatilah kesan positifnya yang menyeluruh pada diri, jiwa dan kehidupan tuan-puan.
LANGKAH 4 | MINYAK WANGI SEBAGAI PEMBUKA PINTU GOLONGAN VIP
Baiklah, bagi langkah terakhir, pihak kami akan memberikan kepada tuan-puan minyak 'pembuka', yang berfungsi untuk memudahkan tuan-puan menjalin contact atau hubungan dengan golongan VIP. Secara realitinya, jika kita hanyalah insan biasa, memang agak mencabar untuk menembusi circle golongan VIP atau bangsawan, kerana kebiasaannya mereka kurang gemar untuk bercampur dengan golongan awam. Ini sering berlaku disebabkan oleh perbezaan topik perbualan, mindset, serta pola pemikiran yang amat berbeza.
Kebanyakan sifat golongan VIP ini adalah:
+ Optimistik (lebih banyak bersangka baik),
+ Perbualannya lebih kepada peluang/idea, bukan berkaitan masalah,
+ Amat tidak gemar bercerita tentang sisi jahat seseorang,
+ Mereka lebih kepada action, bukan 'perancangan'.
Oleh itu, minyak yang kami berikan kepada tuan-puan ini hanyalah bersifat pembuka jalan semata-mata, di mana getaran (vibration) minyak ini diselaraskan dengan tahap frekuensi golongan VIP. Hasilnya, insha'Allah, mereka akan lebih mudah 'membukakan pintu' untuk pertemuan dengan tuan-puan, terutamanya jika tuan-puan telah merancang untuk berjumpa atau berurusan dengan mereka. Jalan pertemuan akan menjadi lebih lancar dan terbuka. Namun awas, tatkala tuan-puan sudah berada di hadapan mereka, jagalah adab dan etika perhubungan. Pastikan niat adalah bersih, tidak bermegah diri, dan tidak terlalu gemar bercerita tentang diri sendiri. Ingatlah, minyak ini hanya berperanan sebagai pembuka jalan, bukannya sebagai penunduk atau alat manipulasi.

SOAL JAWAB TENTANG RAWATAN METAFIZIK MENJANA ENERGI PESONA DIRI DAN KEREZEKIAN
Soalan: Adakah kesan dari rawatan ini adalah bersifat kekal?
Jawapan: Ya, insha'Allah ianya kekal asalkan tuan-puan mengamalkan amalan di pautan ini selama seumur hidup, sila KLIK
Soalan: Berapakah mahar (kos) rawatan ini?
Jawapan: Mahar bagi rawatan ini adalah terpecah kepada beberapa pilihan iaitu:
+ Cek gangguan ghaib pada diri (wajib): RM10,
+ Rawatan pembersihan gangguan ghaib secara jarak jauh (wajib): RM150 atau,
+ Rawatan pembersihan gangguan ghaib secara hadir diri (wajib): RM200,
+ Rawatan energi pesona diri dan kerezekian, pihak kami sediakan bahan: RM350 atau,
+ Rawatan energi pesona diri dan kerezekian, tuan-puan menyediakan bahan sendiri: RM300.
Pemeriksaan gangguan ghaib dan proses pembersihannya adalah WAJIB dan langkah ini tidak boleh sama sekali dilangkau. Hanya setelah diri tuan-tuan bebas sepenuhnya daripada sebarang gangguan energi atau entiti ghaib, barulah rawatan energi pesona diri dan kerezekian dapat dilakukan dengan berkesan dan selamat.
Soalan: Bolehkah rawatan ini dibuat secara jarak jauh?
Jawapan: Sudah tentu boleh, asalkan tuan-puan mampu mendapatkan semua bahan yang telah disenaraikan. Namun perlu diingat, bahan yang paling mencabar untuk diperoleh ialah pucuk bunga cempaka putih (Magnolia/Michelia x alba), kerana pokok ini tidak banyak ditanam di Malaysia dan juga merupakan spesies yang kurang mengeluarkan bunga.
Baiklah, untuk sebarang pertanyaan lanjut, tuan-puan dipersilakan untuk WhatsApp sahaja pihak kami. Kami mungkin akan mengambil sedikit masa untuk membalas, namun usah risau, insha'Allah setiap mesej pasti akan dibalas.