Perjanjian Dengan Jin Saka Yang Mengganggu Keturunan


Ketika salah seorang dari perawat di Cahaya Metafizik™ Centre iaitu Anwar Suran sedang menyambung belajar di dalam bidang diploma Parapsychology, terdapat satu bab yang dinamakan sebagai Ancestor Spirit dan Inherited Entity. Mula-mulanya beliau agak kurang faham bab itu kerana ianya agak kompleks, setelah menyiapkan tugasannya/assignment, barulah beliau memahaminya dengan jelas.

Secara global, istilah jin saka itu tidaklah betul-betul 'jin saka' tetapi ianya dipanggil sebagai Ancestor Spirit 
dan Inherited Entity. Kita boleh menghubungi segala semangat/spirit nenek moyang dan juga jin/khadam belaan nenek moyang kita dengan ritual tertentu. Ada juga nenek moyang yang sentiasa memiliki ikatan dengan anak cucunya. Apa-apa pun secara global, tiada istilah jin saka secara khusus. Wallahualam.

TUJUAN JIN SAKA

Pada asalnya, tujuan nenek moyang membela jin saka ini adalah bagi perkara yang baik. Tugas jin saka ini adalah sebagai khadam yang menjaga ahli keluarga, menjaga ladang dll. Salah satu contoh jin saka yang agak terkenal adalah jin saka harimau putih.

Terdapat banyak kes di mana jin saka itu menjadi aggresif setelah nenek moyangnya meninggal dunia lalu mengganggu anak cucu keturunannya. Ada juga jin saka yang terus menerus menjaga keturunan tuannya. Sesungguhnya alam ghaib memang kompleks!

CARA MENGATAHUI YANG MENGGANGGU ITU ADALAH JIN SAKA

Tahukah tuan/puan apakah perbezaan jin saka dengan jin-jin lain? Kami menulis berdasarkan pengalaman kami di dalam dunia perawatan alternatif dan juga apa yang diceritakan oleh orang-orang yang berpengalaman.

Jin saka akan memiliki kontrak dengan seseorang itu secara pertalian tenaga etheric sedangkan jin-jin lain tiada! Kontrak itu dibuat oleh nenek moyang orang itu. 

Berdasarkan pengalaman kami merawat ribuan orang pesakit di Malaysia, Brunei dan juga Singapura, rata-ratanya bangsa Melayu dan India adalah memiliki jin saka dan kebanyakannya mereka tidak begitu perasan terhadap kewujudannya. Bangsa cina pula terkenal dengan masalah sihir menyihir.

Anwar Suran yang sedang merawati seorang lelaki yang baru sahaja menerima jin saka dari gurunya akibat menuntut ilmu yang tidak sepatutnya lantas menyebabkan tubuhnya kerap bergerak sendiri, ada suara ghaib berkata-kata dari dalam dirinya dan juga mengalami sakit mental kemurungan.

Baiklah, kita kembali semula kepada tentang jin saka. Bagaimanakah kaedah rawatan yang kami gunakan? Kita perlu fahami dahulu bagaimanakah mekanisma kejadian jin saka tersebut. Pada generasi ke-4 atau ke-5 sebelum kita, iaitu atuk, nenek, atau moyang kita terdahulu, pernah membuat perjanjian atau ikatan kontrak dengan jin. Tujuannya adalah untuk saling bantu-membantu, di mana secara kiasan ia seperti menjadikan jin itu sebagai 'pekerja' dan dibalas atau diupah dengan sesuatu (offer).

Kontrak tersebut adalah sangat tidak adil kerana jin saka boleh diwarisi sehingga ke anak cucu sedangkan apa sangatlah yang jin itu mampu menolong selama atuk nenek moyang itu masih hidup.

Akhirnya jin tersebut beranak pinak dengan banyak dan setiap anak-anak jin akan berpegang pada kontrak tersebut lalu menumpang pada si anak cucu, cicit atuk dan nenek moyang.

Kontrak tersebut adalah wujud berbentuk etheric cords. Kita ruqyahlah pesakit itu sebanyak manapun, selagi kontrak itu masih wujud, maka jin itu akan berpegang teguh terhadap kontrak itu!

Tujuan ruqyah adalah untuk berdakwah kepada jin disamping menghasilkan gelombang superposisi disruptive interference dan menyebabkan jin itu sakit. Seseorang perawat boleh sahaja membacakan ruqyah sehingga jin itu menderita, sakit dan mati, tetapi apakah yang akan terjadi jika jin itu melarikan diri ketika pesakit sedang diruqyah?

Pendekatan
yang terbaik adalah membatalkan sahaja kontrak jin tersebut. Jika ada 3,4 ekor jin saka pada diri si pesakit maka perlulah dibatalkan kesemua kontraknya dan ianya sangat memenatkan si perawat.

Pesakit sendiri pun sebenarnya boleh sahaja membatalkan kontrak itu, caranya adalah; duduk sahaja di bilik tidur atau mana-mana kawasan yang selesa dan diserukan sahaja jin itu dan mohon dibatalkan kontrak iaitu ikatan perjanjian untuk seluruh keturunannya. Mudah bukan?

Jika pesakit itu jenis lemah semangat atau was-was, tidak mengapa pihak kami di Cahaya Metafizik
 Centre boleh bantu membatalkan kontraknya. Itulah yang pihak kami lakukan selama ini. Cuma teknik kami agak kasar dan tegas sedikit iaitu kami akan putuskan kontrak secara paksa, rentap dan lenyapkan terus jin itu kesemuanya melalui kaedah-kaedah yang tertentu.

Untuk pertanyaan yang lebih lanjut, hubungi sahaja pihak kami.




Share:
Visit My URL

Kod QR Pembayaran Cahaya Metafizik™

Sebarang Pertanyaan, Nyatakan Di Sini













Jumlah Pengunjung Cahaya Metafizik™