Berdasarkan pengalaman kami di Cahaya Metafizik™ Centre yang telah merawati lebih dari 20,000 jumlah pesakit bagi rawatan jarak jauh dan juga hadir diri, kategori gangguan ghaib yang paling terkenal yang dialami oleh pesakit bukanlah dari gangguan jin saka atau sihir tetapi datangnya dari gangguan jin pengkhianat.
Boleh jadi jin pengkhianat itu datangnya dari kalangan:
- Jin liar yang berkeliaran,
- Jin yang dihantar seseorang,
- Jin Asyik dari orang lain yang sedang cemburu,
- Jin saka pada orang lain yang sedang marah,
- Jin yang berdendam dengan ahli keluarga,
- Jin pembantu sihir dll.
Simptom atau kesan dari gangguan oleh jin pengkhianat tidaklah begitu berbeza manapun berbanding simptom gangguan jin saka mahupun jin Asyik, kesemuanya lebih kurang sama sahaja. Kadang-kadang, bermati-matian si pesakit merasakan dirinya sedang diganggu oleh jin saka atau terkena sihir, rupa-rupanya hanya diganggu oleh jin pengkhianat jenis liar sahaja kerana simptomnya yang lebih kurang sama dengan gangguan jin jenis kategori yang lain-lain.
TUJUAN UTAMA JIN MENGGANGGU MANUSIA
Jin sama sahaja seperti manusia iaitu perlu keluar mencari rezeki untuk kelangsungan hidup. Namun, jin memakan sesuatu yang lain dari pemakanan manusia iaitu jin memakan (menyerap) leraian gas dari najis-najis, tulang-belulang yang telah kering, asap-asap dan sebagainya.
Jin juga terdiri daripada kepelbagaian bangsa yang terlalulah berbeza antara satu sama lainnya. Ada yang tinggal di lautan, ada yang menghuni di udara dan ada juga yang tinggal di atas tanah seperti di bukit-bukau, gunung-ganang, gurun-gurun dan lain-lain. Bilangan jin itu tersangatlah banyak sehingga luar dari perhitungan.
Untuk pengatahuan tuan/puan, bangsa jin yang mengganggu manusia itu tidaklah ramai kerana yang mengganggu itu hanyalah dari kalangannya yang jenis 'sampah masyarakat' sahaja iaitu yang jenis tidak berintelek dan suka mengambil kesempatan. Teruskan pembacaan.
Jin-jin yang tergolong dalam kategori 'sampah masyarakat' ini cukup gemar membuat jenayah, dan salah-satunya adalah mengganggu manusia. Kenapa jin itu mengganggu? Oleh kerana jin itu malas untuk keluar mencari rezeki, lalu jin itu hanya mengambil kesempatan dengan cara menempel sahaja pada manusia pilihannya dan lalu menyerap zat-zat energi dari diri manusia tersebut sepanjang hidupnya. Inilah yang digelar sebagai parasit keghaiban!
Selain daripada sebab yang dinyatakan di atas, gangguan jin terhadap manusia juga mungkin berlaku kerana manusia itu secara tidak sengaja pernah terganggu atau terbunuh jin-jin itu. Mungkin juga jin itu menganggu di atas arahan seseorang. Apa-apa pun puncanya, semua jenis gangguan tersebut tetap bersifat memudaratkan.
JENIS-JENIS BANGSA JIN
Seperti yang dinyatakan di atas, jin terdiri daripada pelbagai bangsa yang sangat berbeza antara satu sama lain. Jin-jin yang gemar mengganggu manusia biasanya datang daripada golongan jin yang lemah, sama ada dari segi tubuh mahupun intelek. Oleh kerana manusia tidak dapat melihat para jin dengan mata kasar, ramai yang menganggap jin itu kuat, sukar dibunuh, atau langsung tidak boleh dibunuh - sedangkan hakikatnya jauh berbeza daripada tanggapan tersebut.
Antara jin-jin yang lemah, kurang bijak dan terkenal di Nusantara ialah seperti pocong, demit, toyol dan pontianak. Manakala jin yang sedikit lebih kuat termasuklah genderuwo (hantu raya), banaspati dan bunian. Apa yang disenaraikan ini hanyalah jenis-jenis jin yang terkenal di Nusantara, bukanlah mewakili seluruh dunia. Hakikatnya, terdapat jin-jin lain yang tahap kekuatannya berkali-kali ganda lebih hebat, namun minat mereka untuk mengganggu manusia adalah sangat rendah.