Produk Metafizik | Sacred Bath™

Produk Metafizik | Sacred Bath™ - Purify Unwanted Energy

Adakah tuan-puan benar-benar ingin membersihkan external negative energy yang menempel pada diri? Sebelum itu, cuba tuan-puan selami diri dengan lebih mendalam, adakah selama ini tuan-puan mengalami perkara-perkara berikut?

  • Jiwa mudah berasa serabut dan kelam tanpa sebab yang jelas? 
  • Tidur kerap terganggu, disertai dengan mimpi buruk
  • Dijauhkan atau tidak disukai oleh orang sekeliling tanpa sebab yang nyata? 
  • Rezeki tersekat walaupun telah berusaha sehabis baik? 
  • Nasib malang yang datang bertimpa-timpa? 
  • Hubungan suami-isteri mudah bergolak dan berantakan? 
  • Emosi panas baran yang sukar dikawal dan sering meluap-luap? 
  • Mengalami penyakit misteri yang tidak juga sembuh meskipun telah berubat? 
  • Anak kecil sering menangis atau tantrum tanpa sebab yang ketara?

Jika tuan-puan mengalami lebih daripada tiga perkara di atas, besar kemungkinan pada diri tuan-puan terdapat unwanted energy yang bersifat gelap dan negatif. Unwanted energy ini mungkin berpunca daripada gangguan jin, pertalian batin yang bersifat toksik, penyakit ain, atau sihir ilmu hitam sama ada dituju secara langsung mahupun terkena tempias.

Apa-apa pun, usah dirisau. Selain dengan mendapatkan rawatan alternatif, tuan-puan juga boleh berikhtiar membersihkan unwanted energy tersebut dengan menggunakan produk metafizik iaitu Sacred Bath™.


APAKAH ITU SACRED BATH™?

Sacred Bath™ merupakan sabun mandi khas yang diformulasi secara fizikal (tangible) dan metafizikal (intangible) bagi membersihkan segala unwanted energy yang berada pada tubuh tuan-puan. Sabun ini bukan hanya untuk mereka yang sedang mengalami gangguan, malah individu yang tidak menghadapi sebarang masalah pun juga digalakkan menggunakannya sebagai langkah pencegahan awal.

Di dalam sabun Sacred Bath™ ini terkandung ekstrak pelbagai sumber natural healing energy yang bersifat global, antaranya seperti Boswellia sacra (frankincense), Moringa oleifera, Ziziphus spina-christi (bidara berduri), Aquilaria malaccensis (gaharu), Citrus hystrix (limau purut), kasturi kijang, Piper nigrum, Salvia rosmarinus dan pelbagai lagi ramuan yang tidak tertulis, namun kesemuanya sangat powerful dan tidak dapat disangkal keberkesanannya.

Dalam proses pembuatan sabun Sacred Bath™, ia turut disalurkan dengan healing energy attunement bagi menguatkan lagi fungsi pembersihan terhadap segala unwanted energy pada diri dengan izin Tuhan Yang Maha Kuasa. Tiada masalah jika tuan-puan ingin menjemur sabun ini di bawah sinaran bulan purnama, namun ia bukanlah satu kewajipan.

Penggunaan Sacred Bath™ sebaiknya diamalkan secara berterusan sepanjang hayat agar medan tenaga (energy field) pada diri sentiasa murni, sekali gus memberi impak positif dalam kehidupan harian tuan-puan.


KESAN SELEPAS PENGGUNAAN

Dengan izin Tuhan Yang Maha Kuasa, jika Sacred Bath™ diamalkan secara konsisten, keserabutan jiwa akan kembali terkawal, anak yang kerap tantrum akan berhenti atau berkurang tangisannya, kesempitan rezeki akan terbuka (sekiranya berpunca daripada gangguan ghaib), urusan harian akan kembali lancar, penyakit misteri akan perlahan-lahan sembuh, dan hubungan dengan orang sekeliling akan kembali harmoni. Dan di sebalik semua itu, tidak mustahil tuan-puan akan menyaksikan lebih banyak lagi keajaiban (miracle) yang luar biasa. Nikmatilah.

Bagi tuan-puan yang mengalami alergi terhadap sabun Sacred Bath™, disarankan agar mengurangkan penggunaan mengikut kesesuaian tubuh, kerana setiap individu mempunyai sistem tubuh yang berbeza-beza. Usah risau, terdapat banyak lagi alternatif lain yang boleh dipilih di dalam website ini.


PANDUAN PENGGUNAAN

Jika kehidupan tuan-puan sentiasa sibuk, gunakan sahaja sabun Sacred Bath™ seperti mandian biasa sebagaimana pada sebelum ini. Amalkan mandi setiap hari pada bila-bila masa sahaja. Sabun Sacred Bath™ ini juga boleh digunakan sebagai syampu dan pembersih wajah, namun memadai 3 hingga 4 kali seminggu sahaja, bagi mengelakkan risiko kulit wajah dan kulit kepala menjadi terlalu kering.

Andai tuan-puan mempunyai masa terluang, semasa mandi dengan sabun Sacred Bath™, sila niatkan dalam hati atau lafazkan seperti berikut:

"Aku membersihkan segala unwanted energy pada diriku ini" - lalu tuan-puan bayangkan seolah-olah awan-awan hitam yang melekat pada diri semakin menghilang setiap kali tubuh disental dan disiram air. Jika tuan-puan tidak mampu untuk membayangkannya, tidak mengapa, niat sahaja dan teruskan mandi seperti biasa.

Jika tuan-puan mempunyai lebih masa dan pada masa yang sama merasakan gangguan unwanted energy yang dialami terlalu berat dan amat negatif, bolehlah lakukan kaedah mandian berikut:

Sediakan sebuah baldi dan satu senduk garam kasar. Isikan air sehingga setengah atau penuh baldi, kemudian masukkan garam kasar tersebut. Kacau air mengikut arah lawan jam sehingga garam larut sepenuhnya (atau sebahagian pun memadai).

Mandilah menggunakan air garam itu terlebih dahulu, kemudian sental badan dengan sabun Sacred Bath™, dan akhir sekali bilas tubuh menggunakan air biasa.

Anak yang berusia 4 bulan dan ke atas juga boleh menggunakan sabun Sacred Bath™. Sabun ini boleh dikongsikan kepada sesiapa sahaja tanpa masalah. Kebiasaannya, individu yang mempunyai banyak unwanted energy pada diri akan mengalami sedawa atau terkentut-kentut semasa mandi dan itu merupakan reaksi semula jadi. Lama-kelamaan, gejala ini akan berkurangan, menandakan proses keserasian dan pembersihan tenaga sedang berlaku.

SPESIFIKASI SACRED BATH™

Isipadu: 700ml (tahan 3–4 bulan jika digunakan setiap hari)
Tarikh dilancarkan: 29/07/2025
Tarikh luput: 3 tahun selepas tarikh pembuatan
Botol: Plastik
Warna: Kelabu
Harga: RM97 (tidak termasuk kos penghantaran).

Buat masa ini, produk sabun Sacred Bath™ belum tersedia di mana-mana platform e-commerce seperti Shopee, Lazada, TikTok dan lain-lain. Pembelian adalah secara manual dan tuan-puan perlu WhatsApp wakil kami di nombor 0109199110. Tertakluk kepada stok sedia ada.


Share:
Visit My URL

Kod QR Pembayaran Cahaya Metafizik™

Sebarang Pertanyaan, Nyatakan Di Sini













Jumlah Pengunjung Cahaya Metafizik™