Showing posts with label Produk. Show all posts
Showing posts with label Produk. Show all posts

Produk Metafizik | Healing Halite™



Seperti yang tuan-puan ketahui, penggunaan garam bukit atau gunung, serta garam laut dalam rawatan alternatif sudah menjadi amalan tradisional turun-temurun yang sukar dipisahkan. Garam ini bukan sahaja membantu dalam rawatan aspek fizikal, malah turut digunakan pada inner dimension untuk menyokong penyembuhan dari peringkat yang lebih halus dan spiritual.

Pernahkah tuan-puan melihat para perawat alternatif melemparkan garam dan lada hitam di dalam rumah atau di mana-mana tempat sebagai cara pembersihan gangguan ghaib? Itu hanyalah salah satu daripada serba sedikit penggunaan garam dalam rawatan alternatif, yang menunjukkan betapa luas dan pentingnya peranan garam dalam proses penyembuhan masalah keghaiban.

Ulama-ulama juga bersepakat bahawa penggunaan garam dalam rawatan alternatif adalah dibenarkan, selagi para pengguna berpegang teguh bahawa kesembuhan itu datang daripada Tuhan Yang Maha Kuasa.
Setiap kali produksi adalah tidak begitu banyak kerana sesetengah bahan-bahan yang digunakan adalah mencabar untuk didapati dan pembuatannya agak sedikit kompleks.

KEGUNAAN HEALING HALITE

Sejak sekian lama, telah dipercayai bahawa garam memiliki sifat pembersihan atau cleansing property terhadap perkara yang tidak dapat dilihat secara mata kasar, dan apabila diamalkan secara konsisten, ia berupaya untuk bertindak sebagai mekanisma penyembuhan atau healing secara menyeluruh.

Penggunaan Healing Halite
™ sebaiknya diaplikasikan sejurus selepas rawatan oleh mana-mana perawat alternatif, di mana Healing Halite™ berperanan sebagai maintenance untuk mengekalkan kesan penyembuhan dan memastikan tubuh serta energi kekal seimbang dan bersih.

Di bawah ini telah diasingkan jenis-jenis Healing Halite mengikut kategorinya:


CARA MENGGUNAKAN HEALING HALITE

Cara penggunaan Healing Halite™ sangat mudah, hanya perlu mandi menggunakan Healing Halite dan diamalkan secara konsisten, kecuali untuk jenis Banishment yang perlu dibahagikan dan diletakkan di beberapa ruang tertentu. Satu bekas boleh digunakan untuk hampir sebulan. Selain itu, pihak kami telah menyediakan tatacara penggunaan yang lebih terperinci pada bahagian belakang bekas Healing Halite™ untuk panduan tuan-puan.

Healing Halite bermula pada tahun 2020 dan permintaan pada ketika itu tersangat tinggi dari seluruh Malaysia, Singapura dan juga Brunei. Sehingga kini, permintaan tidak pernah berhenti dan kebanyakannya adalah dari pelanggan yang sama iaitu repeat order.

Kebanyakan para pengguna menyatakan dirinya terlalu serasi dan merasai kekuatan kesembuhan dari Healing Halite ini dari kesan gangguan ghaib, sebab itu mereka sentiasa repeat order sedangkan stok tidaklah begitu banyak.

KENAPA PERLU MEMILIH HEALING HALITE INI?

Healing Halite™ ini menggunakan garam gunung jenis kristal yang hampir jernih dan bersih, berbeza daripada jenis garam yang berwarna merah, menjadikannya sangat sesuai untuk rawatan alternatif. Garam ini diimport khas dari pergunungan di Pakistan bagi memastikan kualiti dan keberkesanan yang optimum.

Ia diadunkan dengan pelbagai jenis daun-daun bersifat healing sebagai media rawatan keghaiban, termasuk serbuk daun Moringa oleifera, Ziziphus spina christi, dan banyak lagi, untuk memberikan kekuatan penyembuhan yang jauh lebih maksima!

Healing Halite™ ini juga dicampurkan dengan pelbagai bunga-bungaan yang popular di kalangan spiritualist mengikut fungsi masing-masing. Contohnya, untuk menaikkan seri atau pesona diri, digunakan bunga Michelia Alba, manakala untuk melegakan keserabutan jiwa, digunakan bunga Lavandula, dan lain-lain lagi mengikut keperluan rawatan.

Minyak pati aromaterapi tulen atau original essential oil turut diadunkan dalam Healing Halite™ kerana fungsinya yang terbukti berkesan dalam membantu ikhtiar penyembuhan di inner dimension mengikut kategori tertentu.

Terakhir sekali ialah pengaktifan Healing Halite™ yang bersifat esoterik dan tidak dapat didedahkan secara terperinci di sini kerana ia bersifat intangible, hanya dapat dirasai melalui kesan dan pengalaman penggunaannya.

BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKANNYA?

Hanya perlu Whatsapp sahaja ke nombor ini, klik: 0109199110 atau https://cahayametafizik.wasap.myOleh kerana sesetengah bahan-bahannya agak sukar diperoleh dan proses pembuatannya kompleks, setiap stok yang dihasilkan adalah dalam kuantiti terhad. Untuk pertanyaan lanjut seperti ketersediaan stok dan lain-lain, sila hubungi pihak kami secara terus.



Jika tuan-puan berminat untuk membuat pembelian, di bawah ini adalah kalkulator pengiraannya termasuk kos harga penghantaran/shipping:

Healing Halite Calculator

Harga Healing Halite






Harga semua: RM0

Harga semua termasuk shipping:  RM0





Harga item termasuk kos penghantaran yang dinyatakan adalah terpakai untuk Semenanjung Malaysia sahaja. Kos penghantaran ke Sabah, Sarawak, atau luar negara adalah berbeza dan akan dikenakan mengikut kadar sebenar.

Share:

Testimoni Rawatan Metafizik Jarak Jauh Dan Hadir Diri


Sejak penubuhan Cahaya Metafizik™ Centre pada tahun 2017 hingga kini, jumlah pesakit yang telah mendapatkan rawatan alternatif berasaskan kaedah metafizik dan spiritual, sama ada secara jarak jauh mahupun hadir secara fizikal, telah mencecah lebih kurang 20,000 orang. Mereka terdiri daripada pelbagai bangsa, agama, dan negara kerana rawatan kami adalah bersifat universal.

Seiring dengan kepesatan perkembangan teknologi perawatan dalam bidang perubatan konvensional di seluruh dunia, kaedah perawatan metafizik dan spiritual juga turut mengalami perkembangan yang sangat pesat.

Selain daripada solusi berasaskan agama (contohnya: ruqyah syariah), tiada masalah untuk pesakit menambah rawatan lain yang selari dengan peredaran zaman. Ini kerana, kajian-kajian semasa berkaitan perkara 'ghaib' seperti consciousness dan fizik kuantum yang sedang giat dijalankan telah mendedahkan pelbagai persoalan tentang punca manusia mengalami masalah misteri serta potensi penyelesaian bagi kesembuhannya.

Di bawah ini merupakan testimoni rawatan daripada para pesakit yang telah mendapatkan khidmat rawatan di Cahaya Metafizik™ Centre. Tuan/Puan boleh klik butang 'Next' dan 'Back' di bawah slaid gambar untuk melihat keseluruhan ulasan daripada pesakit kami. Untuk pengalaman paparan yang lebih baik, disarankan agar laman web ini dilayari menggunakan PC atau laptop.

Testimoni rawatan metafizik-1 Testimoni rawatan metafizik-2 Testimoni rawatan metafizik-3 Testimoni rawatan metafizik-4 Testimoni rawatan metafizik-5 Testimoni rawatan metafizik-6 Testimoni rawatan metafizik-7 Testimoni rawatan metafizik-8 Testimoni rawatan metafizik-9 Testimoni rawatan metafizik-10

Sebenarnya, terdapat banyak lagi testimoni daripada para pesakit yang tidak dapat kami muat naik (upload) kerana bimbang terlalu banyak untuk dipaparkan. Selain itu, aspek privasi pesakit juga perlu kami pelihara sebaik mungkin.

Setelah meneliti keseluruhan testimoni daripada para pesakit, alhamdulillah, majoriti daripada mereka sangat berpuas hati dengan rawatan yang diterima. Bagi segelintir pesakit yang kurang berpuas hati, ia hanyalah disebabkan oleh kelewatan pihak kami membalas mesej WhatsApp mereka. Kami akui bahawa kami sentiasa sibuk merawat pesakit secara berterusan.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi pihak kami. Terima kasih.




Share:

Cahaya Metafizik™ - Soalan Lazim Serta Terma Dan Syarat


Adakah Tuan/Puan telah meneliti keseluruhan atau sebahagian maklumat yang terdapat di dalam laman web Cahaya Metafizik™ ini? Adakah Tuan/Puan berminat untuk mendapatkan pelbagai khidmat berkaitan metafizik dan spiritual daripada pihak kami? Kami amat menggalakkan Tuan/Puan untuk membaca terlebih dahulu segala soal jawab (FAQ) serta terma dan syarat Cahaya Metafizik™ seperti yang disediakan di bawah ini.

SOAL JAWAB BERSERTA TERMA DAN SYARAT: RAWATAN METAFIZIK

Soalan 1: Apakah itu metafizik?

Jawapan: Metafizik merujuk kepada perkara yang dapat dirasai atau dialami secara nyata berdasarkan pengalaman, namun berada di luar skop kajian fizik, contohnya seperti ketuhanan, sifat sebenar masa, kesedaran, roh, dan sebagainya. Justeru, sihir, jin, malaikat, dan unsur-unsur lain yang berkaitan dengan fenomena supernatural juga termasuk dalam cabang skop metafizik.

Soalan 2: Apakah itu rawatan metafizik?

Jawapan: Rawatan metafizik ialah satu bentuk rawatan yang mengambil kira aspek metafizik, khususnya kaitannya dengan alam keghaiban, dalam menangani setiap permasalahan individu. Seperti yang diketahui umum, gangguan jin, sihir, dan seumpamanya merupakan masalah ghaib/intangible yang boleh mengganggu kestabilan hidup seseorang, maka rawatannya juga perlu bersifat ghaib, intangible, dan holistik. Antara kaedah rawatan yang kami gunakan termasuklah aplikasi teori kuantum mekanik seperti quantum entanglement, quantum superposition, observer effect, serta pemahaman terhadap quantum ontology. Sebenarnya, masih banyak yang boleh dihuraikan mengenai pendekatan ini, namun cukuplah sekadar ini kerana ilmunya sangat kompleks dan mendalam.

Soalan 3: Apakah jenis-jenis penyakit yang boleh dirawati menggunakan kaedah metafizik ini?

Jawapan: Kami menawarkan bantuan dalam merawat gangguan jin, sihir, masalah mental, serta penyakit misteri iaitu penyakit yang tidak dapat didiagnosis dengan tepat oleh doktor perubatan, walaupun pesakit menanggung penderitaan yang serius. Kami juga membantu melenyapkan segala pasak-pasak jin dan energy blockage (jika ada), serta menutup kembali lubang-lubang akses keluar-masuk jin pada diri pesakit. Dalam masa yang sama, pesakit turut berpeluang untuk mempelajari teknik kebangkitan minda bawah sedar (subconscious awakening).

Soalan 4: Adakah pesakit yang jenis mudah kerasukan/histeria boleh mengalami kerasukan semasa menjalani rawatan metafizik ini?

Jawapan: Tidak, agak sukar bagi mana-mana pesakit hendak termengalami histeria semasa dirawati sama ada rawatan secara hadir diri ke Cahaya Metafizik™ Centre mahupun rawatan secara jarak jauh. Logiknya adalah, salah satu dari kaedah rawatan kami adalah menggunakan teknik memanipulasi gelombang/energi yang jenis bersifat kebaikan (positive energy).

Soalan 5: Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan rawatan secara jarak jauh?

Jawapan: Pesakit perlulah dicekkan dahulu oleh kami apakah kategori gangguan ghaib yang dialami. Setelah keputusan cek gangguan di maklumkan, maka senarai mahar rawatan akan dinyatakan kepada pesakit. Jika pesakit bersetuju bagi meneruskan rawatan, maka mahar rawatan perlu dijelaskan dengan terlebih dahulu kemudiannya barulah nama pesakit itu akan dimasukkan ke dalam senarai giliran menunggu rawatan.

Soalan 6: Biasanya berapa lamakah tempoh masa menunggu setelah nama saya dimasukkan ke dalam senarai menunggu giliran rawatan jarak jauh?

Jawapan: Kami tidak mampu untuk berjanji berapa lamakah tempoh menunggu kerana segalanya bergantung di atas keadaan semasa. Jika terlalu ramai pesakit pada ketika itu, mungkin tempoh menunggu akan menjadi lebih panjang dari kebiasaan sehingga memakan masa berhari-hari juga. Jika pihak kami (perawat), memiliki urusan peribadi yang tidak dapat dielakkan, mungkin juga sedikit sebanyak akan memberi kesan terhadap tempoh giliran menunggu rawatan. Insha'Allah kami akan berusaha dengan sedaya upaya untuk memperbaiki lagi mutu khidmat kami dari semasa ke semasa.

Soalan 7: Apakah yang perlu saya lakukan semasa rawatan jarak jauh sedang berlangsung?

Jawapan: Pesakit tidak perlu melakukan apa-apa malah tidak perlu juga bersedia mahupun menyediakan apa-apa, teruskan sahaja rutin-rutin harian seperti biasa. Kami akan menguruskan segala-galanya secara profesional di sebalik tabir tanpa menyusahkan para pesakit. Seusai sahaja pesakit dirawati, maka pihak kami akan memaklumkan kepada pesakit dengan kadar yang segera.

Soalan 8: Bagaimanakah cara jika saya mahu mendapatkan rawatan secara hadir diri ke Cahaya Metafizik™ Centre?

Jawapan: Pesakit perlulah dicekkan dahulu oleh kami apakah kategori gangguan ghaib yang dialami. Setelah keputusan cek gangguan di maklumkan dan pesakit bersetuju untuk mendapatkan rawatan, maka pesakit bolehlah memilih mana-mana tarikh temujanji DI SINI

Soalan 9: Adakah gangguan yang sama boleh berulang kembali setelah dirawati?

Jawapan: Amat jarang sekali pesakit kami mengalami gangguan yang berulang setelah rawatan dijalankan melainkan pesakit itu sendiri yang melakukan perkara-perkara yang boleh mengundang gangguan itu hadir kembali. Jangan risau, biasanya setelah dirawati, kami akan membekalkan kit panduan yang terperinci DI SINI untuk pesakit amalkan agar kesembuhan itu bersifat berkekalan.

Soalan 10: Perlukah kami mengulangi rawatan susulan seterusnya?

Jawapan: Segalanya bergantung di atas kemampuan pesakit. Terdapat pesakit yang hanya memerlukan satu sesi rawatan sahaja, dan ada juga yang berminat untuk mengulangi rawatan walaupun tidak mengalami sebarang gangguan. Bagi mereka yang ingin mengulangi rawatan sebagai langkah penjagaan diri, kami menyarankan agar ia dilakukan setiap 3 hingga 6 bulan sekali, sebagai perumpamaan seperti servis berkala terhadap sebuah kereta bagi memastikan keadaannya sentiasa optimum dan seimbang.

Soalan 11: Apakah perbezaan di antara rawatan secara jarak jauh dan rawatan secara hadir diri?

Jawapan: Dari sudut keberkesanan rawatan itu adalah sama sahaja. Jika pesakit menjalani rawatan secara hadir diri ke Cahaya Metafizik™ Centre, kebiasaannya pesakit boleh mengemukakan pelbagai soalan mengenai diri mereka kepada pihak kami serta mendapatkan konsultansi yang lebih mendalam (yang memerlukan masa yang lebih panjang dari pihak kami). Oleh itu, mahar rawatan secara hadir diri adalah sedikit lebih tinggi, dalam beberapa puluh ringgit, berbanding rawatan secara jarak jauh yang bersifat lebih direct, iaitu terus melakukan pemeriksaan gangguan dan merawatnya secara langsung.

Soalan 12: Apakah yang perlu kami bawa ke Cahaya Metafizik™ Centre semasa temujanji rawatan?

Jawapan: Pesakit tidak perlu membawa apa-apa, kerana pihak kami akan menyediakan segala keperluan bagi memudahkan urusan rawatan untuk para pesakit kami.

Soalan 13: Berapa peratuskah kadar kejayaan rawatan di Cahaya Metafizik™ Centre?

Jawapan: Alhamdulillah, kebanyakan pesakit kami sebelum ini telah memberikan maklum balas yang sangat positif selepas mendapatkan rawatan daripada pihak kami. Namun begitu, kesan sensasi rawatan sebenarnya bergantung kepada tahap kepekaan atau sensitiviti pancaindera pesakit terhadap energi, semakin tinggi kepekaannya, semakin jelaslah kesan yang dapat dirasai. Tidak semua pesakit berkesempatan atau rajin untuk memberikan maklum balas, maka kadar peratusannya tidak dapat kami tentukan secara tepat. Walau bagaimanapun, beberapa maklum balas yang telah kami terima ada kami screenshot dan dipaparkan di ruangan TESTIMONI ini.

Soalan 14: Sekarang ini saya sedang menjalani rawatan di pusat rawatan alternatif yang lain, adakah saya boleh menjalani juga rawatan di Cahaya Metafizik™ Centre?

Jawapan: Semestinya boleh! kerana rawatan dari pihak kami adalah bersifat universal dan natural. Usah dirisau, ianya tidak akan sesekali mengganggu proses rawatan dari para perawat yang lain-lain.

Soalan 15: Bagaimanakah untuk saya tahu bahawa diri saya ini sudah pun pulih dari gangguan ghaib selepas dirawati?

Jawapan: Oleh kerana gangguan ini bersifat ghaib/intangible, maka pesakit lazimnya merasai kesan pemulihan melalui daya sensori batin iaitu apabila masalah yang dialami sebelum ini dirasakan telah lenyap atau berkurang. Namun begitu, setiap pesakit akan mengalami sensasi yang berbeza-beza selepas rawatan; ia tidak akan 100% sama antara satu individu dengan yang lain.

Soalan 16:
Adakah cek gangguan oleh pihak Cahaya Metafizik™ Centre itu adalah tepat?

Jawapan: Kami tidak menggunakan istilah "tepat", kerana istilah yang lebih sesuai adalah "persis" dan "jitu". Metodologi cek gangguan ghaib sama sekali tidak boleh disamakan dengan kaedah pemeriksaan kesihatan fizikal di makmal hospital (seperti ujian darah dll.), maka elakkan sebarang perbandingan. Di Cahaya Metafizik™ Centre, kami menggunakan sekurang-kurangnya tiga kaedah spiritual bagi memastikan hasil cek gangguan itu benar-benar persis dan jitu, iaitu: Extrasensory Perception (ESP), Remote Viewing (RV), Islamic Mysticism, serta Divination dan sebagainya, sebagai usaha ikhtiar holistik.




Share:

Produk Metafizik | Healing Oil™

Produk Metafizik | Healing Oil™ - Shielding Against Negative Entities

Adakah tuan-puan berminat dengan kaedah pemagaran diri secara metafizik? Dalam masa yang sama, adakah tuan-puan pernah mengalami perkara-perkara berikut?

  • Jiwa mudah berasa serabut atau kelam tanpa sebab? 
  • Tidur kerap terganggu, disertai mimpi yang tidak baik
  • Tidak disukai oleh orang di sekeliling tanpa sebab yang jelas? 
  • Rezeki tersangkut walaupun sudah gigih berusaha
  • Kerap ditimpa malang, seolah-olah nasib tidak menyebelahi
  • Hubungan suami isteri mudah berentakan atau tegang? 
  • Panas baran yang meluap-luap tanpa kawalan? 
  • Mengalami penyakit misteri yang tidak kunjung sembuh? 
  • Anak kecil kerap menangis atau tantrum tanpa sebab yang nyata?

Jika tuan-puan mengalami lebih daripada tiga perkara di atas, kemungkinan besar pada diri tuan-puan terdapat gangguan ghaib yang bersifat negatif. Gangguan ini mungkin berpunca daripada jin contohnya seperti jin asyik, jin saka, atau jin pengkhianat dan tidak mustahil ia juga datang daripada sihir ilmu hitam, sama ada dihantar secara khusus ataupun terkena tempias.

Apa-apapun, usahlah terlalu risau. Selain mendapatkan rawatan alternatif, tuan-puan juga boleh berikhtiar dengan cara membersihkan dan meletakkan barrier (pagar ghaib) pada diri menggunakan produk metafizik iaitu Healing Oil™.


APAKAH ITU HEALING OIL™?

Healing Oil™ merupakan produk minyak wangi tanpa alkohol yang diformulasikan secara fizik (tangible) dan metafizik (intangible) bagi tujuan membersihkan segala bentuk gangguan ghaib yang negatif, serta berfungsi sebagai pemagaran diri untuk tuan-puan. Ia tidak semestinya digunakan hanya apabila sudah mengalami gangguan; bahkan, golongan yang tidak mengalami sebarang gangguan ghaib juga digalakkan memakainya sebagai langkah pencegahan awal.

Healing Oil™ sangat sesuai dipakai ketika ingin ke rumah ibadah seperti masjid, menghadapi peperiksaan, sedang mengalami kesakitan, dan sebagainya. Memandangkan Healing Oil™ bersifat gelombang pemagaran, ia juga amat sesuai dipakai ketika berkunjung ke tempat yang berenergi berat (heavy energy), contohnya rumah usang, bangunan terbengkalai, hospital, atau ketika ingin bertemu dengan individu yang toksik, disihir, dan lain-lain.

Apa yang lebih menarik, Healing Oil™ ini mengandungi ekstrak daripada pelbagai bentuk natural healing energy yang bersifat global, antaranya termasuklah kasturi kijang, Aquilaria malaccensis (gaharu), Boswellia sacra (frankincense), Moringa oleifera, Ziziphus spina-christi (bidara berduri), Citrus hystrix (limau purut), Piper nigrum, Salvia rosmarinus, dan pelbagai lagi bahan terpilih yang tidak dapat disenaraikan kesemuanya. Gabungan ini menjadikan Healing Oil™ satu formula yang sangat power, yang tidak dapat disangkal keberkesanannya.

Dalam proses pembuatan Healing Oil™ ini, ia turut disalurkan dengan healing energy attunement bagi menguatkan fungsi pembersihan dan pemagaran diri daripada segala bentuk gangguan ghaib yang negatif, dengan izin Tuhan Yang Maha Kuasa. Tiada masalah sekiranya ingin menjemur Healing Oil™ di bawah sinaran bulan purnama, namun ia bukanlah satu kewajipan. Inilah antara kelebihan utama Healing Oil™ berbanding minyak-minyak lain yang terdapat di pasaran.

Pemakaian Healing Oil™ sebaiknya dilakukan secara berterusan sepanjang hayat agar medan energi diri (energy field) sentiasa berada dalam keadaan murni, sekali gus memberikan impak yang positif kepada diri pada setiap hari.


KESAN SELEPAS PENGGUNAAN

Dengan izin Tuhan Yang Maha Kuasa, jika Healing Oil™ diamalkan secara konsisten, tubuh akan sentiasa dilindungi oleh energi pagar ghaib, tidur malam menjadi sukar terganggu, keserabutan jiwa akan kembali terkawal, anak kecil yang kerap tantrum akan berkurang atau berhenti menangis, kesempitan rezeki (jika berpunca daripada gangguan ghaib) akan mula terbuka, urusan harian menjadi lebih lancar, penyakit misteri beransur-ansur sembuh, dan aura diri kembali membuatkan orang sekeliling selesa. Dan yang paling dinanti-nantikan, pelbagai lagi keajaiban (miracle) boleh berlaku. Nikmatilah.

Jin-jin negatif amat tidak menggemari Healing Oil™, apatah lagi untuk mendekati botolnya. Oleh itu, tuan-puan amat digalakkan untuk membawanya ke mana-mana sahaja. Usahlah risau, ia bukan tangkal atau sesuatu yang bersifat syirik anggaplah ia sebagaimana nyamuk yang tidak suka pada asap ubat nyamuk; satu bentuk ikhtiar berasaskan energi semula jadi yang bersih dan diizinkan oleh-Nya.


PANDUAN PENGGUNAAN

Terdapat pelbagai cara pemakaian Healing Oil™, bergantung kepada tahap keselesaan tuan-puan. Oleh kerana kepekatan minyak ini sangat tinggi, warna hitam daripada minyak mungkin akan kelihatan sedikit pada permukaan kulit. Justeru itu, sila ikuti tatacara pemakaian seperti di bawah:

Cara 1: Selepas mandi, ketika badan masih dalam keadaan basah, sapukan sedikit Healing Oil™ pada tapak tangan, kemudian ratakan ke seluruh badan dengan mencampurkannya bersama air yang masih berada pada kulit. Setelah selesai, pakai pakaian terus, dan biarkan tubuh serta pakaian kering dengan sendirinya.

Cara 2: Sapukan Healing Oil™ pada tapak tangan, kemudian gosokkan kedua-dua tapak tangan (kiri dan kanan) sehingga warna hitam pada minyak tersebut tidak lagi kelihatan dengan ketara. Seterusnya, sapukan pada mana-mana bahagian tubuh yang dirasakan selesa, seperti leher, lengan, dan sebagainya.

Cara 3: Jika tubuh mengalami alahan terhadap minyak, Healing Oil™ boleh disapukan pada pakaian sebagai alternatif. Namun, pastikan ia terlebih dahulu digonyoh menggunakan tapak tangan kiri dan kanan sehingga warna hitam pada minyak tidak lagi kelihatan dengan jelas, barulah ia disapukan pada pakaian yang ingin dipakai.

Healing Oil™ ini sangat digalakkan untuk disapukan pada waktu sebelum tidur malam, kerana ketika itu tubuh manusia berada dalam keadaan lemah dan gangguan ghaib lebih mudah untuk menyerang.

Kesan Healing Oil™ ini akan aktif selama kira-kira enam jam selepas dipakai. Jika ingin memakainya semula selepas tempoh tersebut, tiada masalah. Ia juga boleh digunakan bersama wangian-wangian perfume yang lain tanpa sebarang kesan sampingan.


SPESIFIKASI HEALING OIL™

Isipadu: 10ml (tahan 2–3 bulan jika digunakan setiap hari),
Tarikh Dilancarkan: 07/02/2025,
Tarikh Luput: 2 tahun selepas tarikh pembuatan,
Jenis Botol: Kaca roll-on,
Warna Minyak: Hitam kehijauan,
Harga: RM78 (tidak termasuk kos penghantaran).

Buat masa ini, Healing Oil™ belum disenaraikan di mana-mana platform e-commerce seperti Shopee, Lazada, TikTok, dan lain-lain. Pembelian hanya dilakukan secara manual dengan menghubungi wakil kami melalui WhatsApp di nombor 0109199110. Tertakluk kepada ketersediaan stok.

Share:

Produk Metafizik | Majestic Oil™

Produk Metafizik | Majestic Oil™ - Creating a Magically Striking Aura

Adakah tuan-puan berminat dengan media berkaitan daya pengasihan diri secara metafizik? Dan dalam masa yang sama, adakah tuan-puan pernah mengalami perkara-perkara berikut?

  • Masih mencari jodoh yang tidak kunjung tiba, malah sering kali ditolak (rejected)? 
  • Merasa diri seolah-olah tiada seri wajah
  • Orang di sekeliling mudah membenci tanpa sebab yang jelas? 
  • Sukar mendapatkan pekerjaan, walaupun telah berusaha sedaya upaya? 
  • Atau, jika sudah bekerja, terlalu sukar untuk kenaikan pangkat walaupun sudah penat berusaha
  • Jika tuan-puan sedang berniaga, adakah perniagaan tersebut amat sukar untuk laris, walaupun telah berusaha habis-habisan dengan ilmu perniagaan yang excellent? 
  • Pernahkah terlintas di hati, mengapa ada orang yang tidaklah berusaha kuat mana pun, tetapi jualan mereka sangat laku keras, sedangkan produk mereka hampir sama sahaja dengan produk tuan-puan?

Cuba tuan-puan perhatikan, terdapat begitu ramai penyanyi yang cantik atau kacak, berperibadi baik, malah sangat berbakat, namun tetap ‘sendu’ nama mereka tidak menjadi perhatian masyarakat, walaupun telah menghasilkan lagu-lagu yang sangat sedap didengari. Anehnya, penyanyi yang suara biasa-biasa pula yang menjadi begitu popular, malah menjadi kegilaan komposer dan masyarakat. Fenomena ini bukan hanya berlaku di Malaysia, tetapi boleh diperhatikan dalam skala global. Kenapakah perkara ini terjadi?

Tahukah tuan-puan bahawa di sinilah terserlahnya kepentingan 'aura' daya tarikan diri secara metafizik? Memiliki bakat sahaja belum tentu cukup kuat (strong) sekiranya tidak disertai dengan daya tarikan diri yang tinggi dari sudut metafizik. Teruskanlah berusaha, namun dalam masa yang sama, tingkatkan 'aura' pengasihan diri sebagai bonus tambahan dengan menggunakan Majestic Oil™.


APAKAH ITU MAJESTIC OIL™?

Majestic Oil™ merupakan produk minyak wangi tanpa alkohol yang diformulasikan secara fizik (tangible) dan metafizik (intangible) bagi meningkatkan daya pengasihan pada diri tuan-puan. Ia juga berperanan untuk membantu meleraikan segala bentuk ikatan sihir atau aura negatif yang bersifat penutup seri wajah.

Majestic Oil™ ini amat sesuai dipakai ketika menghadiri sesi temuduga, berunding dengan seseorang, atau menghadiri mesyuarat. Sekiranya tuan-puan merupakan ahli perniagaan, amat digalakkan untuk memakainya ketika sedang berniaga, tidak kira sama ada secara fizikal mahupun secara online. Andai tuan-puan masih belum bertemu jodoh, biasakan diri untuk memakai Majestic Oil™ setiap kali ingin berkenalan atau melamar seseorang.

Apa yang lebih menarik, Majestic Oil™ ini mengandungi ekstrak daripada pelbagai sumber natural magnetic aura of attraction and love yang bersifat global, antaranya termasuk minyak bunga-bungaan wangi 7-warna, kasturi kijang, Aquilaria malaccensis (gaharu), Boswellia sacra (frankincense), Moringa oleifera, Ziziphus spina-christi (bidara berduri), Citrus hystrix (limau purut), Salvia rosmarinus, dan banyak lagi bahan eksotik terpilih yang tidak dapat disenaraikan sepenuhnya. Gabungan ini menjadikan Majestic Oil™ satu formula yang sangat power dan tidak dapat disangkal keberkesanannya.

Dalam proses pembuatan Majestic Oil™ ini, ia turut disalurkan dengan love attraction energy attunement bagi menguatkan fungsinya dalam meningkatkan daya pengasihan dan mahabbah diri dari segenap penjuru aspek, dengan izin Tuhan Yang Maha Kuasa. Tiada masalah sekiranya ingin menjemur Majestic Oil™ di bawah sinaran bulan purnama, namun ia tidak diwajibkan. Inilah antara kelebihan utama Majestic Oil™ berbanding minyak-minyak lain yang terdapat di pasaran.


KESAN SELEPAS PENGGUNAAN

Dengan izin Tuhan Yang Maha Kuasa, jika Majestic Oil™ diamalkan secara konsisten, orang-orang di sekeliling akan kembali mudah mendekati diri tuan-puan, perniagaan akan semakin laris secara miracle, jodoh lebih mudah diperoleh, jiwa menjadi lapang dan tenang, dan seri wajah kembali terpancar. Segala kesan positif ini akan lebih ketara jika diamalkan secara berterusan sepanjang hayat.

Jin-jin negatif amat tidak menggemari Majestic Oil™, apatah lagi untuk mendekati botolnya. Oleh itu, tuan-puan amat digalakkan untuk membawanya ke mana-mana sahaja. Usahlah risau, ia bukan tangkal atau sesuatu yang bertentangan dengan akidah, anggaplah ia sebagaimana nyamuk yang tidak suka pada asap ubat nyamuk; satu bentuk ikhtiar metafizik berasaskan energi semula jadi yang bersih dan diizinkan oleh-Nya.


PANDUAN PENGGUNAAN

Terdapat pelbagai cara untuk memakai Majestic Oil™, bergantung kepada tahap keselesaan tuan-puan. Sila ikuti tatacara pemakaian seperti yang dinyatakan di bawah ini:

Sapukan Majestic Oil™ pada salah satu tapak tangan, kemudian gosokkan kedua-dua tapak tangan (kiri dan kanan) sehingga minyak diratakan. Seterusnya, sapukan pada kedua-dua lengan baju (atau terus ke kulit sekiranya tidak berbaju atau sedang memakai singlet), serta sapukan juga pada kedua-dua kening.

Kesan Majestic Oil™ ini akan aktif selama kira-kira enam jam selepas dipakai. Jika ingin memakainya semula selepas tempoh tersebut, tiada masalah. Ia juga boleh digunakan bersama minyak atau wangian-wangian perfume yang lain tanpa sebarang gangguan kepada fungsinya.


SPESIFIKASI MAJESTIC OIL™

Isipadu: 10ml (tahan 2–3 bulan jika digunakan setiap hari),
Tarikh Dilancarkan: 07/02/2025,
Tarikh Luput: 2 tahun selepas tarikh pembuatan,
Jenis Botol: Kaca roll-on,
Warna Minyak: Keemasan dan berkeladak,
Harga: RM78 (tidak termasuk kos penghantaran.

Buat masa ini, Majestic Oil™ belum disenaraikan di mana-mana platform e-commerce seperti Shopee, Lazada, TikTok dan lain-lain. Pembelian hanya dilakukan secara manual dengan menghubungi wakil kami melalui WhatsApp di nombor 0109199110. Tertakluk kepada ketersediaan stok.
Share:

Produk Metafizik | Golden Rub™

Produk Metafizik | Golden Rub™ - Clearing Energy Blockages

Adakah tuan-puan, ahli keluarga, atau kenalan tuan-puan sedang mengalami penyakit misteri atau penyakit berat yang sukar didiagnosis atau diubati oleh pakar perubatan? Contohnya seperti:
  • Sakit-sakit sendi atau artritis pada pergelangan, lutut, leher dan sebagainya yang tidak pernah sembuh?
  • Ditimpa stroke atau angin ahmar sehingga anggota sebelah tubuh tidak boleh bergerak langsung?
  • Migraine yang berulang-ulang walaupun telah mencuba pelbagai ubat?
  • Ketidakselesaan saraf pada bahagian tubuh tertentu?
  • Ketumbuhan atau kanser yang terus membesar walaupun telah menjalani chemotherapy?
  • Ada ‘angin jahat’ yang menyebabkan bisa dan lenguh pada anggota tertentu?
  • Zakar yang sukar menegang walaupun telah mendapatkan rawatan daripada doktor?
  • Dan pelbagai lagi penyakit misteri yang sukar dirawat?

Jika tuan-puan telah lelah berikhtiar dengan ramai pakar perubatan tetapi penyakit masih belum sembuh sepenuhnya atau tidak menunjukkan pengurangan, selain daripada faktor gangguan ghaib, kemungkinan besar terdapat energy blockage yang tersembunyi di lokasi tertentu pada tubuh tersebut. 

Selagi mana energy blockage itu masih berada di bahagian berkenaan, selama itulah tuan-puan akan berasa tidak selesa. Perlu diingat, ini adalah konsep metafizik yang berkaitan dengan masalah pada subtle body, dan bukan berada di bawah disiplin perubatan konvensional. Maka, tiada salahnya untuk berikhtiar melalui rawatan alternatif.

Jadi, bagaimanakah cara untuk meleraikan energy blockage tersebut secara kendiri? Tiada masalah, gunakan sahaja Golden Rub™.

APAKAH ITU GOLDEN RUB™?

Golden Rub™ merupakan minyak urutan yang telah diformulasikan khusus sebagai pelerai kepada segala energy blockage, malah kegunaannya adalah multifungsi.

Kenapa diberikan nama Golden Rub™? 'Golden' adalah metafora kepada warna minyak yang keemasan, melambangkan keaslian dan nilai kesembuhan yang sangat tinggi. Manakala 'Rub' merujuk kepada cara penggunaannya iaitu perlu disapu dan diurut atau digosok pada kawasan yang mengalami ketidakselesaan.

Golden Rub™ diperbuat daripada campuran minyak yang diekstrak secara cold press daripada pelbagai herba yang memiliki natural healing energy dari seluruh dunia, seperti Boswellia sacra (frankincense), Moringa oleifera, Ziziphus spina-christi (bidara berduri), Aquilaria malaccensis (gaharu), Citrus hystrix (buah limau purut), kasturi kijang, Piper nigrum (lada hitam), Salvia rosmarinus, dan pelbagai lagi ekstrak hebat yang tidak dapat disenaraikan semuanya. Segalanya dengan energi yang sangat powerful dan sukar disangkal keberkesanannya.

Hanya perlu diurut pada lokasi tubuh yang sakit, tanpa sebarang prosedur rumit. Sesiapapun boleh menggunakannya, tanpa mengira agama atau bangsa.

TATACARA PENGGUNAAN

Minyak Golden Rub™ ini telah disetkan kata kunci khas melalui kaedah metafizik, dan inilah yang membezakannya daripada minyak urut lain yang terdapat di pasaran.

Tatacara penggunaannya sangat mudah dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja. Sebaiknya, mintalah bantuan daripada individu yang boleh membantu mengurut. Ikuti sahaja langkah-langkah mudah di bawah ini:

Sambil memandang tangan, niatkan di dalam hati: 

"Aku mengunci pergelangan tanganku ini daripada menyerap segala energi negatif semasa sesi aku mengurut nanti."


Sapukan minyak Golden Rub™ pada tapak tangan atau titiskan beberapa titis minyak pada anggota tubuh yang sakit, kemudian tekupkan tangan pada tempat tersebut. Sila lafazkan kata kunci ini secara perlahan-lahan di mulut (wajib):

"Aku meleraikan segala energy blockage dan senjata ghaib pada keseluruhan lokasi yang aku akan urut ini. Maka terlerailahterlerailahterlerailah dengan izin Tuhan Yang Maha Kuasa." 

Untuk keyakinan yang lebihulangi kata kunci itu sebanyak tiga kaliSeterusnyamulakan urutan secara lembut, dan jika individu yang diurut mahukan tekanan yang lebihlakukan sahaja.

Urutlah sehingga kata hati menyatakan sudah selesai dan individu yang sedang sakit berasa lega. Mungkin lima minit, mungkin sepuluh minit, terpulang kepada kata hati si tukang urut. Jika mahu lebih lama pun tidak mengapa. Sekiranya ingin mengurut zakar, sebaiknya mintalah isteri tuan-puan untuk membantu mengurutkannya.

Tiada masalah untuk mengurut diri sendiri sekiranya lokasi sakit itu mampu dicapai oleh tangan tuan-puan.

Mungkin ramai yang akan bertanya, bagaimana jika sakit itu berada di dalam tubuh badan, contohnya pada organ dalamanTiada masalah. Jika sakit di dalam peruturut sahaja di bahagian perut. Jika sakit pada buah pinggangurutkan sahaja di bahagian lokasi buah pinggang di belakang tubuh. Jika sakit pada hati atau pankreasurutkan sahaja di bahagian atas sedikit daripada perut.

Tukarkan sahaja kata kunci di atas dengan menambah nama organ atau anggota tubuh yang sakitContohnya, jika sakit buah pingganglafazkanAku meleraikan segala energy blockage dan senjata ghaib pada buah pinggang insan ini. Maka terlerailahterlerailahterlerailah dengan izin Tuhan Yang Maha Kuasa.

KESAN SELEPAS PENGGUNAAN

Dengan izin Tuhan Yang Maha Kuasa, selepas selesai sesi urutan, akan terlerailah segala energy blockage yang berada di tempat tersebut selama ini. Impaknya sangatlah positif contohnya seperti:
  • Jika kanser kerap berulang tumbuh di tempat yang sama atau berdekatan, maka dengan izin Tuhania tidak akan tumbuh lagi,
  • Jika diurut pada anggota tubuh yang ditimpa angin ahmar/stroke, maka dengan izin Tuhan, pesakit akan perlahan-lahan dapat menggerakkan kembali anggota tubuhnya, bergantung pada tahap keparahan stroke yang dialami, ada yang kadar kesembuhannya tinggi (boleh kembali bergerak aktif), ada yang hanya kembali boleh bergerak sedikit-sedikit, asalkan terdapat kesan positif,
  • Jika mengalami sakit sendi, contohnya sakit sekitar lutut akibat arthritis, dengan izin Tuhankesakitan akan perlahan-lahan menghilang atau berkurang, dan lutut boleh dibengkokkan kembali,
  • Jika mudah mengalami migrain, maka ia akan jarang berlaku lagi,
  • Dan pelbagai lagi kesan kesembuhan yang lain, bergantung pada jenis penyakit yang dialami pada sebelum ini.

Nikmati sahaja proses kesembuhan itu dengan penuh kesyukuran.

MULTIFUNGSI YANG LAIN

Jika tuan-puan suka memakai minyak bayi (contohnya Johnson's Baby Oil) untuk melembapkan kulit, maka tiada masalah jika tuan-puan mahu melumurkan Golden Rub™ pula sebagai pelembap yang memberikan impak jauh lebih positif secara metafizik.

Jikalau tuan-puan suka melumurkan minyak pada seluruh tubuh sebelum melakukan hubungan intim sebagai rangsangan, boleh sapukan Golden Rub™ agar hubungan intim tersebut memberikan kesan yang penuh positif. Namun, elakkan daripada menggunakannya sebagai pelincir pada anggota sulit.

SPESIFIKASI GOLDEN RUB™

Isipadu100ml (tahan 1–3 bulan jika kerap digunakan)
Tarikh Dilancarkan: 07/02/2025
Sifat: Sejuk
Jenis Botol: Plastik
Warna Minyak: Keemasan dan berkeladak,
Tarikh luput: 2 tahun selepas proses pembuatan
Harga: RM97 (tidak termasuk kos pos)

Buat masa ini, Golden Rub™ belum disenaraikan di mana-mana platform e-commerce seperti ShopeeLazadaTikTok, dan lain-lain. Pembelian hanya dilakukan secara manual dengan menghubungi wakil kami melalui WhatsApp di nombor 0109199110Tertakluk kepada ketersediaan stok.

Share:
Visit My URL

Kod QR Pembayaran Cahaya Metafizik™

Sebarang Pertanyaan, Nyatakan Di Sini













Jumlah Pengunjung Cahaya Metafizik™