Showing posts with label Kelas. Show all posts
Showing posts with label Kelas. Show all posts

Cahaya Metafizik™ - Soalan Lazim Serta Terma Dan Syarat


Adakah Tuan/Puan telah meneliti keseluruhan atau sebahagian maklumat yang terdapat di dalam laman web Cahaya Metafizik™ ini? Adakah Tuan/Puan berminat untuk mendapatkan pelbagai khidmat berkaitan metafizik dan spiritual daripada pihak kami? Kami amat menggalakkan Tuan/Puan untuk membaca terlebih dahulu segala soal jawab (FAQ) serta terma dan syarat Cahaya Metafizik™ seperti yang disediakan di bawah ini.

SOAL JAWAB BERSERTA TERMA DAN SYARAT: RAWATAN METAFIZIK

Soalan 1: Apakah itu metafizik?

Jawapan: Metafizik merujuk kepada perkara yang dapat dirasai atau dialami secara nyata berdasarkan pengalaman, namun berada di luar skop kajian fizik, contohnya seperti ketuhanan, sifat sebenar masa, kesedaran, roh, dan sebagainya. Justeru, sihir, jin, malaikat, dan unsur-unsur lain yang berkaitan dengan fenomena supernatural juga termasuk dalam cabang skop metafizik.

Soalan 2: Apakah itu rawatan metafizik?

Jawapan: Rawatan metafizik ialah satu bentuk rawatan yang mengambil kira aspek metafizik, khususnya kaitannya dengan alam keghaiban, dalam menangani setiap permasalahan individu. Seperti yang diketahui umum, gangguan jin, sihir, dan seumpamanya merupakan masalah ghaib/intangible yang boleh mengganggu kestabilan hidup seseorang, maka rawatannya juga perlu bersifat ghaib, intangible, dan holistik. Antara kaedah rawatan yang kami gunakan termasuklah aplikasi teori kuantum mekanik seperti quantum entanglement, quantum superposition, observer effect, serta pemahaman terhadap quantum ontology. Sebenarnya, masih banyak yang boleh dihuraikan mengenai pendekatan ini, namun cukuplah sekadar ini kerana ilmunya sangat kompleks dan mendalam.

Soalan 3: Apakah jenis-jenis penyakit yang boleh dirawati menggunakan kaedah metafizik ini?

Jawapan: Kami menawarkan bantuan dalam merawat gangguan jin, sihir, masalah mental, serta penyakit misteri iaitu penyakit yang tidak dapat didiagnosis dengan tepat oleh doktor perubatan, walaupun pesakit menanggung penderitaan yang serius. Kami juga membantu melenyapkan segala pasak-pasak jin dan energy blockage (jika ada), serta menutup kembali lubang-lubang akses keluar-masuk jin pada diri pesakit. Dalam masa yang sama, pesakit turut berpeluang untuk mempelajari teknik kebangkitan minda bawah sedar (subconscious awakening).

Soalan 4: Adakah pesakit yang jenis mudah kerasukan/histeria boleh mengalami kerasukan semasa menjalani rawatan metafizik ini?

Jawapan: Tidak, agak sukar bagi mana-mana pesakit hendak termengalami histeria semasa dirawati sama ada rawatan secara hadir diri ke Cahaya Metafizik™ Centre mahupun rawatan secara jarak jauh. Logiknya adalah, salah satu dari kaedah rawatan kami adalah menggunakan teknik memanipulasi gelombang/energi yang jenis bersifat kebaikan (positive energy).

Soalan 5: Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan rawatan secara jarak jauh?

Jawapan: Pesakit perlulah dicekkan dahulu oleh kami apakah kategori gangguan ghaib yang dialami. Setelah keputusan cek gangguan di maklumkan, maka senarai mahar rawatan akan dinyatakan kepada pesakit. Jika pesakit bersetuju bagi meneruskan rawatan, maka mahar rawatan perlu dijelaskan dengan terlebih dahulu kemudiannya barulah nama pesakit itu akan dimasukkan ke dalam senarai giliran menunggu rawatan.

Soalan 6: Biasanya berapa lamakah tempoh masa menunggu setelah nama saya dimasukkan ke dalam senarai menunggu giliran rawatan jarak jauh?

Jawapan: Kami tidak mampu untuk berjanji berapa lamakah tempoh menunggu kerana segalanya bergantung di atas keadaan semasa. Jika terlalu ramai pesakit pada ketika itu, mungkin tempoh menunggu akan menjadi lebih panjang dari kebiasaan sehingga memakan masa berhari-hari juga. Jika pihak kami (perawat), memiliki urusan peribadi yang tidak dapat dielakkan, mungkin juga sedikit sebanyak akan memberi kesan terhadap tempoh giliran menunggu rawatan. Insha'Allah kami akan berusaha dengan sedaya upaya untuk memperbaiki lagi mutu khidmat kami dari semasa ke semasa.

Soalan 7: Apakah yang perlu saya lakukan semasa rawatan jarak jauh sedang berlangsung?

Jawapan: Pesakit tidak perlu melakukan apa-apa malah tidak perlu juga bersedia mahupun menyediakan apa-apa, teruskan sahaja rutin-rutin harian seperti biasa. Kami akan menguruskan segala-galanya secara profesional di sebalik tabir tanpa menyusahkan para pesakit. Seusai sahaja pesakit dirawati, maka pihak kami akan memaklumkan kepada pesakit dengan kadar yang segera.

Soalan 8: Bagaimanakah cara jika saya mahu mendapatkan rawatan secara hadir diri ke Cahaya Metafizik™ Centre?

Jawapan: Pesakit perlulah dicekkan dahulu oleh kami apakah kategori gangguan ghaib yang dialami. Setelah keputusan cek gangguan di maklumkan dan pesakit bersetuju untuk mendapatkan rawatan, maka pesakit bolehlah memilih mana-mana tarikh temujanji DI SINI

Soalan 9: Adakah gangguan yang sama boleh berulang kembali setelah dirawati?

Jawapan: Amat jarang sekali pesakit kami mengalami gangguan yang berulang setelah rawatan dijalankan melainkan pesakit itu sendiri yang melakukan perkara-perkara yang boleh mengundang gangguan itu hadir kembali. Jangan risau, biasanya setelah dirawati, kami akan membekalkan kit panduan yang terperinci DI SINI untuk pesakit amalkan agar kesembuhan itu bersifat berkekalan.

Soalan 10: Perlukah kami mengulangi rawatan susulan seterusnya?

Jawapan: Segalanya bergantung di atas kemampuan pesakit. Terdapat pesakit yang hanya memerlukan satu sesi rawatan sahaja, dan ada juga yang berminat untuk mengulangi rawatan walaupun tidak mengalami sebarang gangguan. Bagi mereka yang ingin mengulangi rawatan sebagai langkah penjagaan diri, kami menyarankan agar ia dilakukan setiap 3 hingga 6 bulan sekali, sebagai perumpamaan seperti servis berkala terhadap sebuah kereta bagi memastikan keadaannya sentiasa optimum dan seimbang.

Soalan 11: Apakah perbezaan di antara rawatan secara jarak jauh dan rawatan secara hadir diri?

Jawapan: Dari sudut keberkesanan rawatan itu adalah sama sahaja. Jika pesakit menjalani rawatan secara hadir diri ke Cahaya Metafizik™ Centre, kebiasaannya pesakit boleh mengemukakan pelbagai soalan mengenai diri mereka kepada pihak kami serta mendapatkan konsultansi yang lebih mendalam (yang memerlukan masa yang lebih panjang dari pihak kami). Oleh itu, mahar rawatan secara hadir diri adalah sedikit lebih tinggi, dalam beberapa puluh ringgit, berbanding rawatan secara jarak jauh yang bersifat lebih direct, iaitu terus melakukan pemeriksaan gangguan dan merawatnya secara langsung.

Soalan 12: Apakah yang perlu kami bawa ke Cahaya Metafizik™ Centre semasa temujanji rawatan?

Jawapan: Pesakit tidak perlu membawa apa-apa, kerana pihak kami akan menyediakan segala keperluan bagi memudahkan urusan rawatan untuk para pesakit kami.

Soalan 13: Berapa peratuskah kadar kejayaan rawatan di Cahaya Metafizik™ Centre?

Jawapan: Alhamdulillah, kebanyakan pesakit kami sebelum ini telah memberikan maklum balas yang sangat positif selepas mendapatkan rawatan daripada pihak kami. Namun begitu, kesan sensasi rawatan sebenarnya bergantung kepada tahap kepekaan atau sensitiviti pancaindera pesakit terhadap energi, semakin tinggi kepekaannya, semakin jelaslah kesan yang dapat dirasai. Tidak semua pesakit berkesempatan atau rajin untuk memberikan maklum balas, maka kadar peratusannya tidak dapat kami tentukan secara tepat. Walau bagaimanapun, beberapa maklum balas yang telah kami terima ada kami screenshot dan dipaparkan di ruangan TESTIMONI ini.

Soalan 14: Sekarang ini saya sedang menjalani rawatan di pusat rawatan alternatif yang lain, adakah saya boleh menjalani juga rawatan di Cahaya Metafizik™ Centre?

Jawapan: Semestinya boleh! kerana rawatan dari pihak kami adalah bersifat universal dan natural. Usah dirisau, ianya tidak akan sesekali mengganggu proses rawatan dari para perawat yang lain-lain.

Soalan 15: Bagaimanakah untuk saya tahu bahawa diri saya ini sudah pun pulih dari gangguan ghaib selepas dirawati?

Jawapan: Oleh kerana gangguan ini bersifat ghaib/intangible, maka pesakit lazimnya merasai kesan pemulihan melalui daya sensori batin iaitu apabila masalah yang dialami sebelum ini dirasakan telah lenyap atau berkurang. Namun begitu, setiap pesakit akan mengalami sensasi yang berbeza-beza selepas rawatan; ia tidak akan 100% sama antara satu individu dengan yang lain.

Soalan 16:
Adakah cek gangguan oleh pihak Cahaya Metafizik™ Centre itu adalah tepat?

Jawapan: Kami tidak menggunakan istilah "tepat", kerana istilah yang lebih sesuai adalah "persis" dan "jitu". Metodologi cek gangguan ghaib sama sekali tidak boleh disamakan dengan kaedah pemeriksaan kesihatan fizikal di makmal hospital (seperti ujian darah dll.), maka elakkan sebarang perbandingan. Di Cahaya Metafizik™ Centre, kami menggunakan sekurang-kurangnya tiga kaedah spiritual bagi memastikan hasil cek gangguan itu benar-benar persis dan jitu, iaitu: Extrasensory Perception (ESP), Remote Viewing (RV), Islamic Mysticism, serta Divination dan sebagainya, sebagai usaha ikhtiar holistik.




Share:
Visit My URL

Kod QR Pembayaran Cahaya Metafizik™

Sebarang Pertanyaan, Nyatakan Di Sini













Jumlah Pengunjung Cahaya Metafizik™