Testimoni Rawatan Metafizik Jarak Jauh Dan Hadir Diri


Sejak penubuhan Cahaya Metafizik™ Centre pada tahun 2017 hingga kini, jumlah pesakit yang telah mendapatkan rawatan alternatif berasaskan kaedah metafizik dan spiritual, sama ada secara jarak jauh mahupun hadir secara fizikal, telah mencecah lebih kurang 20,000 orang. Mereka terdiri daripada pelbagai bangsa, agama, dan negara kerana rawatan kami adalah bersifat universal.

Seiring dengan kepesatan perkembangan teknologi perawatan dalam bidang perubatan konvensional di seluruh dunia, kaedah perawatan metafizik dan spiritual juga turut mengalami perkembangan yang sangat pesat.

Selain daripada solusi berasaskan agama (contohnya: ruqyah syariah), tiada masalah untuk pesakit menambah rawatan lain yang selari dengan peredaran zaman. Ini kerana, kajian-kajian semasa berkaitan perkara 'ghaib' seperti consciousness dan fizik kuantum yang sedang giat dijalankan telah mendedahkan pelbagai persoalan tentang punca manusia mengalami masalah misteri serta potensi penyelesaian bagi kesembuhannya.

Di bawah ini merupakan testimoni rawatan daripada para pesakit yang telah mendapatkan khidmat rawatan di Cahaya Metafizik™ Centre. Tuan/Puan boleh klik butang 'Next' dan 'Back' di bawah slaid gambar untuk melihat keseluruhan ulasan daripada pesakit kami. Untuk pengalaman paparan yang lebih baik, disarankan agar laman web ini dilayari menggunakan PC atau laptop.

Testimoni rawatan metafizik-1 Testimoni rawatan metafizik-2 Testimoni rawatan metafizik-3 Testimoni rawatan metafizik-4 Testimoni rawatan metafizik-5 Testimoni rawatan metafizik-6 Testimoni rawatan metafizik-7 Testimoni rawatan metafizik-8 Testimoni rawatan metafizik-9 Testimoni rawatan metafizik-10

Sebenarnya, terdapat banyak lagi testimoni daripada para pesakit yang tidak dapat kami muat naik (upload) kerana bimbang terlalu banyak untuk dipaparkan. Selain itu, aspek privasi pesakit juga perlu kami pelihara sebaik mungkin.

Setelah meneliti keseluruhan testimoni daripada para pesakit, alhamdulillah, majoriti daripada mereka sangat berpuas hati dengan rawatan yang diterima. Bagi segelintir pesakit yang kurang berpuas hati, ia hanyalah disebabkan oleh kelewatan pihak kami membalas mesej WhatsApp mereka. Kami akui bahawa kami sentiasa sibuk merawat pesakit secara berterusan.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi pihak kami. Terima kasih.




Share:
Visit My URL

Kod QR Pembayaran Cahaya Metafizik™

Sebarang Pertanyaan, Nyatakan Di Sini













Jumlah Pengunjung Cahaya Metafizik™