Rawatan Alternatif Metafizik Untuk Rumah Dan Premis Perniagaan


Adakah tuan/puan sedang merasakan bahawa rumah atau premis tuan/puan seolah-olah ada sesuatu yang ‘tidak kena’? Mungkin terasa suasana yang berat, suram, atau tidak menyenangkan tanpa sebab yang jelas? Atau terasa seperti ada anomali sedang berlaku iaitu sesuatu yang bersifat ghaib dan sukar dijelaskan secara logik?

Jika ya,besar kemungkinan tuan/puan sedang mengalami fenomena masalah energi yang bersifat metafizik. Jangan risau, itulah antara tugasan utama kami di Cahaya Metafizik™ Centre.

Kami sedia membantu mengenal pasti dan menangani gangguan atau ketidakseimbangan tenaga di ruang kediaman atau premis tuan/puan melalui kaedah rawatan ghaib jarak jauh yang profesional dan berlandaskan prinsip metafizik moden serta spiritual Islam.

Teruskan pembacaan kerana mungkin inilah solusi yang telah lama tuan/puan cari.

CIRI-CIRI RUMAH ATAU PREMIS YANG MENGALAMI GANGGUAN JIN ATAU SIHIR

Kita mungkin agak sukar, atau bahkan tidak mampu, untuk melihat secara langsung gangguan ghaib yang wujud di sekitar rumah atau premis menggunakan mata kasar. Namun begitu, kita masih boleh mengesan kehadirannya melalui beberapa tanda-tanda jelas seperti berikut:

  • Ruang terasa kelam atau tiada 'nur', walaupun terang-benderang yang mana penghuni berasa tidak bahagia, menjadi terlalu malas, panas baran, atau hilang semangat secara tiba-tiba.
  • Kerap terbau sesuatu yang pelik, contohnya bau busuk seperti bangkai walaupun rumah bersih.
  • Perabot dan dinding mudah kusam, kelihatan cepat buruk atau usang walaupun persekitaran kering dan tidak lembap.
  • Kerap berlaku pintasan elektrik, peralatan elektrik mudah rosak tanpa sebab jelas.
  • Haiwan peliharaan seperti ikan atau kucing sering sakit atau mati tanpa tanda awal penyakit.
  • Terasa bahang panas di dalam rumah/premis walaupun kipas atau aircond sudah dipasang.
  • Ketika tidur di lantai, sering terdengar bunyi tapak kaki berjalan atau berlari sekitar jam 3.00 pagi, dan ini berlaku hampir setiap malam.
  • Makanan mudah basi, terutama nasi, walaupun menggunakan beras berkualiti tinggi dan dimasak dengan betul.
  • Bunyi seperti guli melantun-lantun yang mengikuti ke mana penghuni pergi, sangat jelas di waktu malam.
  • Kelibat bayangan hitam kelihatan melintas melalui ekor mata (peripheral vision), tetapi hilang apabila memandang secara terus.
  • Bunyi-bunyian aneh di atas siling, seperti ketukan, cakaran, atau hentakan—padahal tiada kelawar, tikus, atau burung di atasnya.
  • Pertengkaran yang kerap dan berlarutan dalam rumah atau premis; suasana emosi panas, hubungan menjadi tegang dan toksik.
  • Kerap mengalami sleep paralysis – terasa ditindih ketika tidur, diiringi mimpi buruk bersifat ancaman atau sangat menakutkan.
  • Terasa angin kuat melintas tiba-tiba, walaupun tiada kipas atau tingkap terbuka.
  • Jika membuka premis perniagaan, pelanggan menyangka premis itu tutup walhal ia sebenarnya sedang beroperasi seperti biasa.
  • Muncul larva lalat atau ulat sampah di dalam rumah atau premis, walaupun tiada sampah atau bangkai langsung di tempat itu.

Apa-apa pun, gangguan jin di rumah atau premis sebenarnya adalah sesuatu yang normal dan bukanlah perkara luar biasa. Hakikatnya, amat jarang sekali wujudnya sebuah tempat kediaman atau premis yang benar-benar bebas 100% daripada gangguan halus cuma yang membezakan hanyalah tahap gangguannya sahaja.

Jika tahap gangguan itu masih rendah atau ringan, ia mungkin tidak begitu dirasai. Namun, jika lebih daripada 5 tanda daripada senarai yang telah dikongsikan sebelum ini berlaku secara berterusan, itu menunjukkan paras gangguan sudah tinggi dan boleh membawa kesan mudarat yang serius dalam jangka masa panjang baik dari segi kesihatan, emosi, rezeki, mahupun keharmonian hubungan.

Langkah rawatan dan pembersihan energi perlu dilakukan segera bagi menstabilkan kembali keseimbangan energi, sebelum ianya memberi kesan yang lebih berat kepada penghuni atau pengguna tempat tersebut.

Gambar pihak kami yang sedang hadir ke rumah pesakit di Kuantan. Pesakit ini pernah sahaja mendapatkan rawatan secara jarak jauh dari pihak kami pada sebelum ini cuma beliau menjemput kami untuk mendapatkan rawatan susulan memandangkan kami sedang berada di Kuantan pada ketika itu.

RAWATAN UNTUK PEMBERSIHAN RUMAH ATAU PREMIS SECARA KAEDAH METAFIZIK

Jika
tuan/puan memerlukan rawatan untuk rumah atau premis, inshaAllah pihak kami di Cahaya Metafizik™ Centre bersedia membantu mengikhtiarkannya sama ada melalui kunjungan secara hadir diri ke lokasi tuan/puan, ataupun melalui rawatan jarak jauh yang lebih fleksibel dan mudah.

Namun begitu, kami amat menggalakkan agar pihak kami menjalankan proses cek gangguannya terlebih dahulu secara jarak jauh bagi mengenal pasti tahap dan jenis gangguan ghaib yang mungkin wujud di ruang tersebut. 

Setelah tahap gangguan dikenalpasti, barulah langkah rawatan yang sesuai dapat dicadangkan supaya setiap usaha penyembuhan dan pemulihan dilakukan dengan lebih tepat, menyeluruh dan berkesan.

Bagaimanakah untuk meminta bantuan pihak kami cekkan gangguan ghaib di rumah atau premis tuan/puan? Sila klik pautan ini: Cek Gangguan Ghaib dan mohon ikuti panduannya baik-baik.

Pesakit ini adalah pemilik sebuah gerai menjual pelbagai jenis sup tetapi perniagaannya hampir musnah kerana mendapat serangan gangguan jin dan sihir. Di samping merawati gerainya, pihak kami turut juga merawati dirinya yang mengalami santau angin.

Jika tuan/puan mahu pihak kami hadir diri ke rumah atau premis tuan/puan maka ada beberapa kos tambahan pada maharnya iaitu:

  1. Minyak kenderaan dan tol mengikut jarak,
  2. Tempat tinggal seperti hotel/homestay jika lokasinya terlalu jauh,
Pihak kami lebih menyarankan agar rawatan dilakukan secara jarak jauh sahaja untuk menjimatkan masa dan kos. Mahar rawatan untuk rumah dan premis bersaiz kecil hingga sederhana adalah bermula pada RM90 sahaja dan jika saiznya besar maka maharnya mungkin sekitar RM140. Untuk pertanyaan yang lebih lanjut, hubungi sahaja pihak kami di nombor ini, klik: 0109199110 atau https://cahayametafizik.wasap.my 




Share:
Visit My URL

Kod QR Pembayaran Cahaya Metafizik™

Sebarang Pertanyaan, Nyatakan Di Sini













Jumlah Pengunjung Cahaya Metafizik™