Tahukah tuan/puan bahawa cahaya yang kita lihat di dunia ini sebenarnya berwarna putih? Segala warna lain seperti merah, biru, kuning dan sebagainya berasal daripada cahaya putih tersebut yang terurai kepada pecahan warna-warna tertentu. Dalam fakta sains fizik, yang benar-benar wujud hanyalah cahaya dan haba, manakala gelap dan sejuk tidak wujud secara hakiki. Definisi gelap dan sejuk itu sendiri bermaksud ketiadaan cahaya dan ketiadan haba. Mungkin penulisan ini agak kompleks, namun teruskanlah pembacaan.
Tahukah tuan/puan apakah sebenarnya warna itu dari sudut sains? Warna merupakan gelombang yang mempunyai frekuensinya yang tersendiri. Sebagai contoh, warna merah berfrekuensi antara 400–480 THz, manakala warna biru antara 610–670 THz. Apa yang lebih mengejutkan, warna putih sebenarnya tidak termasuk dalam kiraan gelombang dan frekuensi tersebut! Itulah hakikat cahaya putih, yang dalam bahasa agama dikenali sebagai 'nur'. Bahkan, nama syarikat kami sendiri, Cahaya Metafizik™ Centre, adalah terinspirasi daripada teori cahaya ini.
TEORI TENTANG ROH DAN CATATAN KUNO
Roh itu adalah rahsia Tuhan, pengatahuan manusia mengenai roh adalah terlalu terbatas tetapi walaupun maklumatnya sedikit, ianya sudah memadai untuk kita semua mengatahui tentang rahsia alam semesta ini. Di sini, kami tidaklah menulis teori roh ini berdasarkan catatan ilmuan Islam tetapi kami cuba menghuraikan berdasarkan catatan kuno/pra sejarah iaitu catatan yang jauh lebih lama dari itu. Sains fizik kuantum moden sekarang ini pun sedang bekerja keras mengkaji catatan-catatan kuno tersebut dan kepelbagaian jawapan mulai terungkai.
Secara falsafah lama, roh sebenarnya merupakan cahaya putih yang menjadi sumber tenaga utama kepada manusia. Tenaga yang dimaksudkan di sini bukanlah tenaga yang dihasilkan oleh mitokondria dalam sel, tetapi tenaga yang bersifat ‘nyawa’, kesedaran (consciousness) dan bersifat ghaib. Walau bagaimanapun, secara fakta, sumber tenaga utama di dunia ini tetap datang daripada cahaya, iaitu cahaya matahari yang menjadi asas kepada proses fotosintesis tumbuhan. Kita tidak dapat lari daripada hakikat bahawa cahaya merupakan sumber tenaga utama, walaupun melalui pelbagai rangkaian.
Oleh kerana roh merupakan cahaya yang berwarna putih (warna asal), maka secara automatik roh itu terbahagi kepada pecahan-pecahannya atau sub-rohnya, iaitu:
- Merah,
- Jingga,
- Kuning,
- Hijau,
- Biru,
- Indigo,
- Ungu.
Setiap warna di atas mempunyai karakter atau fungsinya yang tersendiri. Seperti yang tuan/puan sedia maklum, berdasarkan kepercayaan ahli spiritual lama dan juga masa kini, kesedaran (pemikiran) kita merupakan pecahan atau sub-roh yang berwarna ungu, manakala intuisi pula merupakan pecahan atau sub-roh yang berwarna indigo. Gabungan kedua-dua sub-roh ini iaitu ungu dan indigo akan membentuk apa yang dikenali sebagai sukma.
SUKMA YANG MENGEMBARA TATKALA TIDUR (MERAGA SUKMA)
Seperti yang tuan/puan sedia maklum, semasa kita tidur, kita sebenarnya mengalami kematian sementara kerana sub-roh kita keluar daripada jasad pada saat itu. Secara mudahnya, ketika kita tidur nyenyak, sukma kita akan keluar dan merayau-rayau, menerobos ke pelbagai ruang, dimensi dan masa.
Sukma yang keluar itu akan tetap terhubung dengan satu ‘tali ghaib’ berwarna perak yang bersambung pada bahagian pusat di tubuh jasad. Sambungan ‘tali ghaib’ inilah yang menyebabkan sukma tersebut mampu kembali semula ke tubuh jasad ketika kita terjaga dari tidur.
Bagi mereka yang terlalu peka terhadap alam keghaiban, lazimnya mereka akan tersedar ketika sukma mereka sedang keluar dari jasad semasa tidur. Kebiasaannya, mereka akan merasakan seolah-olah sedang bermimpi, namun mereka sedar sepenuhnya dalam mimpi tersebut dan mampu mengalaminya dengan begitu jelas dan nyata. Dalam istilah sains, keadaan ini dikenali sebagai vivid dream atau lucid dream.
Kadang-kadang, apabila seseorang hampir mengalami pengalaman meraga sukma semasa tidur tetapi sub-rohnya tidak dapat keluar (projection) sepenuhnya, mereka akan mengalami terasa ditindih/lumpuh ketika tidur (sleep paralysis). Dalam keadaan ini, ada juga individu yang mampu melihat kehadiran jin di sekelilingnya disebabkan oleh pancaindera penglihatan yang ketika itu berfungsi melalui roh sub-indigo.

RISIKO MELAKUKAN PENGEMBARAAN SUKMA
Tahukah anda bahawa terdapat ramai individu di seluruh dunia yang memiliki kebolehan untuk mengembara secara sedar dan sengaja menggunakan sukma mereka iaitu suatu kebolehan yang sering digelar sebagai meraga sukma? Fenomena ini tidak mengenal batas bangsa mahupun agama. Di serata dunia, ia dikenali dengan pelbagai nama seperti Pengalaman Hampir Mati (Near Death Experience, NDE), Pengalaman Keluar dari Tubuh (Out of Body Experience, OBE), Projeksi Astral (Astral Projection), Safar-e-Ruh (dalam sufisme), dan banyak lagi. Apa yang penting, golongan yang paling terkenal dengan kemampuan tersebut datangnya daripada:

- Ahli spiritual atau kebatinan,
- Dukun, ahli sihir,
- Orang yang diserang teruk oleh sihir dan jin,
- Orang yang sedang sakit terlalu tenat.
Kebanyakan orang biasa tidak menyedari bahawa mereka sedang meraga sukma semasa tidur. Namun, berbeza pula dengan golongan di atas, mereka sangat sedar bahawa mereka sedang meraga sukma, malah mampu melakukannya secara sengaja dan pada bila-bila masa yang mereka kehendaki!
Antara risiko-risiko meraga sukma adalah:
- Jin boleh memasuki ke dalam jasad seseorang yang sukma/kesedarannya tiada,
- Sukma seseorang itu boleh ditangkap oleh jin mahupun manusia,
- Gila isim kerana terlihat alam ghaib yang cukup kompleks.
Antara masalah yang paling terkenal di dunia berkaitan dengan sukma ialah apabila sukma tersebut telah ditangkap oleh jin atau manusia yang memiliki kemampuan untuk menangkap/mengurungnya. Kami di Cahaya Metafizik™ Centre telah menerima begitu banyak kes berkaitan masalah sukma yang ditangkap ini, dan hakikatnya, merawat keadaan ini agak lebih mencabar berbanding rawatan-rawatan lain.
Sebab itulah untuk meraga sukma, persediaan rapi dan kelimuan yang tinggi itu adalah perkara yang sangatlah wajib.
KEADAAN DIRI APABILA SUKMA ITU TIDAK KEMBALI KE JASAD
Apabila sukma itu tidak kembali ke jasad selepas keluar, lazimnya seseorang itu akan mengalami beberapa keadaan iaitu mungkin:
- Koma sepanjang hayat,
- Masih tersedar tetapi tidak memiliki emosi,
- Kemurungan (depression) tahap tertinggi,
- Gila dan hidupnya seperti haiwan kerana tiada kesedaran.
Terdapat juga kes dimana seseorang manusia itu telah terjumpa satu tempat yang sungguh indah di alam ghaib lalu enggan mahu kembali lagi ke jasadnya dan menyebabkan jasadnya berterusan koma sepanjang hayat atau ada juga yang jasadnya tidak koma tetapi tiada emosi. Jasad seperti itu amatlah menyusahkan ahli keluarganya kerana terpaksa membasuhkan berak, menyuapkan makanan dan lain-lain pada setiap hari.
Kami juga pernah mengangani kes di mana pesakit itu telah bercinta dengan jin yang sungguh cantik lalu sukmanya berada di tempat/alam jin tersebut dan tidak mahu kembali lagi. Ini adalah kerana, di alam nyata, ramai orang yang telah menolak lamaran cintanya. Untuk kes ini, pihak kami tidak dapat merawatinya dengan sempurna kerana perasaan cinta pesakit itu terhadap jin tersebut terlalu kuat dan memang pesakit itu tidak mahu kembali ke jasadnya lagi buat selama-lamanya.
Bagi orang yang mengalami sakit yang teramat tenat, lazimnya sukma mereka akan keluar kerana tidak lagi mampu menanggung kesakitan tersebut. Apabila sukmanya kembali ke jasad, mereka akan merasai semula penderitaan jasadnya itu. Maka, di atas sebab itulah mereka memilih tidak akan kembali lagi sehinggalah jasadnya itu benar-benar tidak berfungsi iaitu meninggal dunia.
Untuk kes sukma di tangkap oleh jin mahupun manusia, insha'Allah pihak kami boleh merawatinya dengan izin yang Maha Kuasa. Untuk pertanyaan yang lebih lanjut, hubungi sahaja pihak kami.