Produk Metafizik | Healing Halite™



Seperti yang tuan-puan ketahui, penggunaan garam bukit atau gunung, serta garam laut dalam rawatan alternatif sudah menjadi amalan tradisional turun-temurun yang sukar dipisahkan. Garam ini bukan sahaja membantu dalam rawatan aspek fizikal, malah turut digunakan pada inner dimension untuk menyokong penyembuhan dari peringkat yang lebih halus dan spiritual.

Pernahkah tuan-puan melihat para perawat alternatif melemparkan garam dan lada hitam di dalam rumah atau di mana-mana tempat sebagai cara pembersihan gangguan ghaib? Itu hanyalah salah satu daripada serba sedikit penggunaan garam dalam rawatan alternatif, yang menunjukkan betapa luas dan pentingnya peranan garam dalam proses penyembuhan masalah keghaiban.

Ulama-ulama juga bersepakat bahawa penggunaan garam dalam rawatan alternatif adalah dibenarkan, selagi para pengguna berpegang teguh bahawa kesembuhan itu datang daripada Tuhan Yang Maha Kuasa.
Setiap kali produksi adalah tidak begitu banyak kerana sesetengah bahan-bahan yang digunakan adalah mencabar untuk didapati dan pembuatannya agak sedikit kompleks.

KEGUNAAN HEALING HALITE

Sejak sekian lama, telah dipercayai bahawa garam memiliki sifat pembersihan atau cleansing property terhadap perkara yang tidak dapat dilihat secara mata kasar, dan apabila diamalkan secara konsisten, ia berupaya untuk bertindak sebagai mekanisma penyembuhan atau healing secara menyeluruh.

Penggunaan Healing Halite
™ sebaiknya diaplikasikan sejurus selepas rawatan oleh mana-mana perawat alternatif, di mana Healing Halite™ berperanan sebagai maintenance untuk mengekalkan kesan penyembuhan dan memastikan tubuh serta energi kekal seimbang dan bersih.

Di bawah ini telah diasingkan jenis-jenis Healing Halite mengikut kategorinya:


CARA MENGGUNAKAN HEALING HALITE

Cara penggunaan Healing Halite™ sangat mudah, hanya perlu mandi menggunakan Healing Halite dan diamalkan secara konsisten, kecuali untuk jenis Banishment yang perlu dibahagikan dan diletakkan di beberapa ruang tertentu. Satu bekas boleh digunakan untuk hampir sebulan. Selain itu, pihak kami telah menyediakan tatacara penggunaan yang lebih terperinci pada bahagian belakang bekas Healing Halite™ untuk panduan tuan-puan.

Healing Halite bermula pada tahun 2020 dan permintaan pada ketika itu tersangat tinggi dari seluruh Malaysia, Singapura dan juga Brunei. Sehingga kini, permintaan tidak pernah berhenti dan kebanyakannya adalah dari pelanggan yang sama iaitu repeat order.

Kebanyakan para pengguna menyatakan dirinya terlalu serasi dan merasai kekuatan kesembuhan dari Healing Halite ini dari kesan gangguan ghaib, sebab itu mereka sentiasa repeat order sedangkan stok tidaklah begitu banyak.

KENAPA PERLU MEMILIH HEALING HALITE INI?

Healing Halite™ ini menggunakan garam gunung jenis kristal yang hampir jernih dan bersih, berbeza daripada jenis garam yang berwarna merah, menjadikannya sangat sesuai untuk rawatan alternatif. Garam ini diimport khas dari pergunungan di Pakistan bagi memastikan kualiti dan keberkesanan yang optimum.

Ia diadunkan dengan pelbagai jenis daun-daun bersifat healing sebagai media rawatan keghaiban, termasuk serbuk daun Moringa oleifera, Ziziphus spina christi, dan banyak lagi, untuk memberikan kekuatan penyembuhan yang jauh lebih maksima!

Healing Halite™ ini juga dicampurkan dengan pelbagai bunga-bungaan yang popular di kalangan spiritualist mengikut fungsi masing-masing. Contohnya, untuk menaikkan seri atau pesona diri, digunakan bunga Michelia Alba, manakala untuk melegakan keserabutan jiwa, digunakan bunga Lavandula, dan lain-lain lagi mengikut keperluan rawatan.

Minyak pati aromaterapi tulen atau original essential oil turut diadunkan dalam Healing Halite™ kerana fungsinya yang terbukti berkesan dalam membantu ikhtiar penyembuhan di inner dimension mengikut kategori tertentu.

Terakhir sekali ialah pengaktifan Healing Halite™ yang bersifat esoterik dan tidak dapat didedahkan secara terperinci di sini kerana ia bersifat intangible, hanya dapat dirasai melalui kesan dan pengalaman penggunaannya.

BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKANNYA?

Hanya perlu Whatsapp sahaja ke nombor ini, klik: 0109199110 atau https://cahayametafizik.wasap.myOleh kerana sesetengah bahan-bahannya agak sukar diperoleh dan proses pembuatannya kompleks, setiap stok yang dihasilkan adalah dalam kuantiti terhad. Untuk pertanyaan lanjut seperti ketersediaan stok dan lain-lain, sila hubungi pihak kami secara terus.



Jika tuan-puan berminat untuk membuat pembelian, di bawah ini adalah kalkulator pengiraannya termasuk kos harga penghantaran/shipping:

Healing Halite Calculator

Harga Healing Halite






Harga semua: RM0

Harga semua termasuk shipping:  RM0





Harga item termasuk kos penghantaran yang dinyatakan adalah terpakai untuk Semenanjung Malaysia sahaja. Kos penghantaran ke Sabah, Sarawak, atau luar negara adalah berbeza dan akan dikenakan mengikut kadar sebenar.

Share:
Visit My URL

Kod QR Pembayaran Cahaya Metafizik™

Sebarang Pertanyaan, Nyatakan Di Sini













Jumlah Pengunjung Cahaya Metafizik™