Pasak/Senjata Ghaib Jin Yang Merosakkan Energi Spiritual


Jin sama sahaja seperti manusia iaitu memiliki barang dan objek ghaibnya yang tersendiri, seperti senjata, mesin, peranti dan sebagainya. Bukan semua jin itu mengganggu dengan cara memasuki ke dalam tubuh manusia, boleh jadi jin itu hanya pasakkan sahaja barang-barangnya itu ke dalam tubuh manusia agar manusia itu ditimpa nasib malang atau mengalami penyakit misteri.

Bagi golongan spiritual, mereka mengetahui bahawa manusia memiliki aliran energi yang mengalir dari tulang sulbi ke ubun-ubun kepala, keluar dan masuk secara berterusan. Fenomena ini tergolong dalam bidang spiritualiti kuno (ancient spirituality). Barang-barang jin boleh dipasakkan pada aliran energi tersebut, menyebabkan kehidupan manusia yang terlibat dipenuhi dengan nasib malang.

"Jika barang-barang jin itu dipasakkan pada sel kanser, maka sel tersebut boleh berkembang dengan 'mekar'. Jika ia dipasakkan pada mana-mana organ, maka organ tersebut boleh mengalami kerosakan secara perlahan-lahan tanpa disedari. Sakit migrain dan haid yang tidak teratur juga boleh menjadi akibat daripada faktor ini. Terdapat juga pasak yang menyebabkan kesempitan rezeki, kemurungan (depression) dan sebagainya, disebabkan oleh aliran energi yang telah mengalami sekatan (blockage) atau gangguan."

Oleh kerana barang-barang jin ini bersifat ghaib, maka ubat-ubatan moden daripada doktor perubatan agak kurang berkesan. Ramai perawat alternatif juga terlepas pandang untuk membuang barang-barang ghaib tersebut kerana terlalu menumpukan perhatian kepada usaha menghalau jin semata-mata, atau kerana tidak menemui lokasi sebenar pasak tersebut di dalam tubuh si pesakit.

Usah terkeliru, barang-barang jin ini bukanlah sihir. Ia masih termasuk dalam skop gangguan jin, bukan dalam kategori sihir. Barang-barang ghaib ini selalunya dipasakkan oleh jin itu sendiri, tanpa sebarang arahan atau keterlibatan manusia. Mungkin jin tersebut menyimpan dendam terhadap individu berkenaan?

PASAK JIN ADALAH PUNCA KENAPA JIN KEKAL BERADA PADA DIRI MANUSIA

Adakah tuan/puan pernah melihat pesakit yang mengalami kerasukan, namun semasa dirawat, jin yang mengganggu itu seolah-olah kebal terhadap rawatan dan terus-menerus mengganggu mangsanya? Itulah fungsi pasak yang telah ditusukkan ke dalam tubuh pesakit yang mana ia menjadi tempat berpaut bagi jin tersebut agar kekal berada dalam tubuh si mangsa.

Apa yang lebih mengerikan, pasak-pasak jin itu juga boleh mewujudkan hubungan atau perkongsian energi antara diri pesakit dan jin tersebut. Jin yang memiliki pasak dan telah memasakkannya ke dalam tubuh pesakit adalah jauh lebih kuat berbanding jin yang tidak memiliki pasak. Mengapa begitu? Kerana energi manusia telah mengalir masuk ke dalam diri jin melalui saluran pasak tersebut.

MAGNET PENARIK JIN DAN SIHIR

Kadang-kadang, jika jin tidak memasakkan pasaknya pada tubuh manusia, ia juga boleh meletakkan sesuatu media (tools) seperti 'peranti/magnet penarik' jin dan sihir pada diri si manusia itu. Akibatnya, manusia itu akan sentiasa menarik kehadiran jin-jin lain dan sihir dari persekitarannya. Keadaan ini menyebabkan mangsa mengalami serangan jin dan sihir secara berterusan sepanjang hayat, walaupun telah berkali-kali mendapatkan rawatan alternatif.

Dalam kes pasak dan magnet jin ini, bagi perawat-perawat alternatif yang memiliki keilmuan untuk mengesan dan menanggalkannya atau melenyapkannya sangatlah membantu para pesakit yang sedang mengalami masalah ini. Untuk makluman tuan/puan, para perawat di Cahaya Metafizik™ Centre mempunyai keilmuan dan kepakaran di dalam menyelesaikan gangguan jenis ini. Inilah tujuan utama mengapa artikel ini ditulis iaitu untuk memberi pencerahan dan membuka ruang penyelesaian kepada mereka yang sedang mencari ikhtiar jalan keluar.




Share:
Visit My URL

Kod QR Pembayaran Cahaya Metafizik™

Sebarang Pertanyaan, Nyatakan Di Sini













Jumlah Pengunjung Cahaya Metafizik™