Produk Metafizik | Golden Rub™

Produk Metafizik | Golden Rub™ - Clearing Energy Blockages

Adakah tuan-puan, ahli keluarga, atau kenalan tuan-puan sedang mengalami penyakit misteri atau penyakit berat yang sukar didiagnosis atau diubati oleh pakar perubatan? Contohnya seperti:
  • Sakit-sakit sendi atau artritis pada pergelangan, lutut, leher dan sebagainya yang tidak pernah sembuh?
  • Ditimpa stroke atau angin ahmar sehingga anggota sebelah tubuh tidak boleh bergerak langsung?
  • Migraine yang berulang-ulang walaupun telah mencuba pelbagai ubat?
  • Ketidakselesaan saraf pada bahagian tubuh tertentu?
  • Ketumbuhan atau kanser yang terus membesar walaupun telah menjalani chemotherapy?
  • Ada ‘angin jahat’ yang menyebabkan bisa dan lenguh pada anggota tertentu?
  • Zakar yang sukar menegang walaupun telah mendapatkan rawatan daripada doktor?
  • Dan pelbagai lagi penyakit misteri yang sukar dirawat?

Jika tuan-puan telah lelah berikhtiar dengan ramai pakar perubatan tetapi penyakit masih belum sembuh sepenuhnya atau tidak menunjukkan pengurangan, selain daripada faktor gangguan ghaib, kemungkinan besar terdapat energy blockage yang tersembunyi di lokasi tertentu pada tubuh tersebut. 

Selagi mana energy blockage itu masih berada di bahagian berkenaan, selama itulah tuan-puan akan berasa tidak selesa. Perlu diingat, ini adalah konsep metafizik yang berkaitan dengan masalah pada subtle body, dan bukan berada di bawah disiplin perubatan konvensional. Maka, tiada salahnya untuk berikhtiar melalui rawatan alternatif.

Jadi, bagaimanakah cara untuk meleraikan energy blockage tersebut secara kendiri? Tiada masalah, gunakan sahaja Golden Rub™.

APAKAH ITU GOLDEN RUB™?

Golden Rub™ merupakan minyak urutan yang telah diformulasikan khusus sebagai pelerai kepada segala energy blockage, malah kegunaannya adalah multifungsi.

Kenapa diberikan nama Golden Rub™? 'Golden' adalah metafora kepada warna minyak yang keemasan, melambangkan keaslian dan nilai kesembuhan yang sangat tinggi. Manakala 'Rub' merujuk kepada cara penggunaannya iaitu perlu disapu dan diurut atau digosok pada kawasan yang mengalami ketidakselesaan.

Golden Rub™ diperbuat daripada campuran minyak yang diekstrak secara cold press daripada pelbagai herba yang memiliki natural healing energy dari seluruh dunia, seperti Boswellia sacra (frankincense), Moringa oleifera, Ziziphus spina-christi (bidara berduri), Aquilaria malaccensis (gaharu), Citrus hystrix (buah limau purut), kasturi kijang, Piper nigrum (lada hitam), Salvia rosmarinus, dan pelbagai lagi ekstrak hebat yang tidak dapat disenaraikan semuanya. Segalanya dengan energi yang sangat powerful dan sukar disangkal keberkesanannya.

Hanya perlu diurut pada lokasi tubuh yang sakit, tanpa sebarang prosedur rumit. Sesiapapun boleh menggunakannya, tanpa mengira agama atau bangsa.

TATACARA PENGGUNAAN

Minyak Golden Rub™ ini telah disetkan kata kunci khas melalui kaedah metafizik, dan inilah yang membezakannya daripada minyak urut lain yang terdapat di pasaran.

Tatacara penggunaannya sangat mudah dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja. Sebaiknya, mintalah bantuan daripada individu yang boleh membantu mengurut. Ikuti sahaja langkah-langkah mudah di bawah ini:

Sambil memandang tangan, niatkan di dalam hati: 

"Aku mengunci pergelangan tanganku ini daripada menyerap segala energi negatif semasa sesi aku mengurut nanti."


Sapukan minyak Golden Rub™ pada tapak tangan atau titiskan beberapa titis minyak pada anggota tubuh yang sakit, kemudian tekupkan tangan pada tempat tersebut. Sila lafazkan kata kunci ini secara perlahan-lahan di mulut (wajib):

"Aku meleraikan segala energy blockage dan senjata ghaib pada keseluruhan lokasi yang aku akan urut ini. Maka terlerailahterlerailahterlerailah dengan izin Tuhan Yang Maha Kuasa." 

Untuk keyakinan yang lebihulangi kata kunci itu sebanyak tiga kaliSeterusnyamulakan urutan secara lembut, dan jika individu yang diurut mahukan tekanan yang lebihlakukan sahaja.

Urutlah sehingga kata hati menyatakan sudah selesai dan individu yang sedang sakit berasa lega. Mungkin lima minit, mungkin sepuluh minit, terpulang kepada kata hati si tukang urut. Jika mahu lebih lama pun tidak mengapa. Sekiranya ingin mengurut zakar, sebaiknya mintalah isteri tuan-puan untuk membantu mengurutkannya.

Tiada masalah untuk mengurut diri sendiri sekiranya lokasi sakit itu mampu dicapai oleh tangan tuan-puan.

Mungkin ramai yang akan bertanya, bagaimana jika sakit itu berada di dalam tubuh badan, contohnya pada organ dalamanTiada masalah. Jika sakit di dalam peruturut sahaja di bahagian perut. Jika sakit pada buah pinggangurutkan sahaja di bahagian lokasi buah pinggang di belakang tubuh. Jika sakit pada hati atau pankreasurutkan sahaja di bahagian atas sedikit daripada perut.

Tukarkan sahaja kata kunci di atas dengan menambah nama organ atau anggota tubuh yang sakitContohnya, jika sakit buah pingganglafazkanAku meleraikan segala energy blockage dan senjata ghaib pada buah pinggang insan ini. Maka terlerailahterlerailahterlerailah dengan izin Tuhan Yang Maha Kuasa.

KESAN SELEPAS PENGGUNAAN

Dengan izin Tuhan Yang Maha Kuasa, selepas selesai sesi urutan, akan terlerailah segala energy blockage yang berada di tempat tersebut selama ini. Impaknya sangatlah positif contohnya seperti:
  • Jika kanser kerap berulang tumbuh di tempat yang sama atau berdekatan, maka dengan izin Tuhania tidak akan tumbuh lagi,
  • Jika diurut pada anggota tubuh yang ditimpa angin ahmar/stroke, maka dengan izin Tuhan, pesakit akan perlahan-lahan dapat menggerakkan kembali anggota tubuhnya, bergantung pada tahap keparahan stroke yang dialami, ada yang kadar kesembuhannya tinggi (boleh kembali bergerak aktif), ada yang hanya kembali boleh bergerak sedikit-sedikit, asalkan terdapat kesan positif,
  • Jika mengalami sakit sendi, contohnya sakit sekitar lutut akibat arthritis, dengan izin Tuhankesakitan akan perlahan-lahan menghilang atau berkurang, dan lutut boleh dibengkokkan kembali,
  • Jika mudah mengalami migrain, maka ia akan jarang berlaku lagi,
  • Dan pelbagai lagi kesan kesembuhan yang lain, bergantung pada jenis penyakit yang dialami pada sebelum ini.

Nikmati sahaja proses kesembuhan itu dengan penuh kesyukuran.

MULTIFUNGSI YANG LAIN

Jika tuan-puan suka memakai minyak bayi (contohnya Johnson's Baby Oil) untuk melembapkan kulit, maka tiada masalah jika tuan-puan mahu melumurkan Golden Rub™ pula sebagai pelembap yang memberikan impak jauh lebih positif secara metafizik.

Jikalau tuan-puan suka melumurkan minyak pada seluruh tubuh sebelum melakukan hubungan intim sebagai rangsangan, boleh sapukan Golden Rub™ agar hubungan intim tersebut memberikan kesan yang penuh positif. Namun, elakkan daripada menggunakannya sebagai pelincir pada anggota sulit.

SPESIFIKASI GOLDEN RUB™

Isipadu100ml (tahan 1–3 bulan jika kerap digunakan)
Tarikh Dilancarkan: 07/02/2025
Sifat: Sejuk
Jenis Botol: Plastik
Warna Minyak: Keemasan dan berkeladak,
Tarikh luput: 2 tahun selepas proses pembuatan
Harga: RM97 (tidak termasuk kos pos)

Buat masa ini, Golden Rub™ belum disenaraikan di mana-mana platform e-commerce seperti ShopeeLazadaTikTok, dan lain-lain. Pembelian hanya dilakukan secara manual dengan menghubungi wakil kami melalui WhatsApp di nombor 0109199110Tertakluk kepada ketersediaan stok.

Share:

Produk Metafizik | Healing Oil™

Produk Metafizik | Healing Oil™ - Shielding Against Negative Entities

Adakah tuan-puan berminat dengan kaedah pemagaran diri secara metafizik? Dalam masa yang sama, adakah tuan-puan pernah mengalami perkara-perkara berikut?

  • Jiwa mudah berasa serabut atau kelam tanpa sebab? 
  • Tidur kerap terganggu, disertai mimpi yang tidak baik
  • Tidak disukai oleh orang di sekeliling tanpa sebab yang jelas? 
  • Rezeki tersangkut walaupun sudah gigih berusaha
  • Kerap ditimpa malang, seolah-olah nasib tidak menyebelahi
  • Hubungan suami isteri mudah berentakan atau tegang? 
  • Panas baran yang meluap-luap tanpa kawalan? 
  • Mengalami penyakit misteri yang tidak kunjung sembuh? 
  • Anak kecil kerap menangis atau tantrum tanpa sebab yang nyata?

Jika tuan-puan mengalami lebih daripada tiga perkara di atas, kemungkinan besar pada diri tuan-puan terdapat gangguan ghaib yang bersifat negatif. Gangguan ini mungkin berpunca daripada jin contohnya seperti jin asyik, jin saka, atau jin pengkhianat dan tidak mustahil ia juga datang daripada sihir ilmu hitam, sama ada dihantar secara khusus ataupun terkena tempias.

Apa-apapun, usahlah terlalu risau. Selain mendapatkan rawatan alternatif, tuan-puan juga boleh berikhtiar dengan cara membersihkan dan meletakkan barrier (pagar ghaib) pada diri menggunakan produk metafizik iaitu Healing Oil™.


APAKAH ITU HEALING OIL™?

Healing Oil™ merupakan produk minyak wangi tanpa alkohol yang diformulasikan secara fizik (tangible) dan metafizik (intangible) bagi tujuan membersihkan segala bentuk gangguan ghaib yang negatif, serta berfungsi sebagai pemagaran diri untuk tuan-puan. Ia tidak semestinya digunakan hanya apabila sudah mengalami gangguan; bahkan, golongan yang tidak mengalami sebarang gangguan ghaib juga digalakkan memakainya sebagai langkah pencegahan awal.

Healing Oil™ sangat sesuai dipakai ketika ingin ke rumah ibadah seperti masjid, menghadapi peperiksaan, sedang mengalami kesakitan, dan sebagainya. Memandangkan Healing Oil™ bersifat gelombang pemagaran, ia juga amat sesuai dipakai ketika berkunjung ke tempat yang berenergi berat (heavy energy), contohnya rumah usang, bangunan terbengkalai, hospital, atau ketika ingin bertemu dengan individu yang toksik, disihir, dan lain-lain.

Apa yang lebih menarik, Healing Oil™ ini mengandungi ekstrak daripada pelbagai bentuk natural healing energy yang bersifat global, antaranya termasuklah kasturi kijang, Aquilaria malaccensis (gaharu), Boswellia sacra (frankincense), Moringa oleifera, Ziziphus spina-christi (bidara berduri), Citrus hystrix (limau purut), Piper nigrum, Salvia rosmarinus, dan pelbagai lagi bahan terpilih yang tidak dapat disenaraikan kesemuanya. Gabungan ini menjadikan Healing Oil™ satu formula yang sangat power, yang tidak dapat disangkal keberkesanannya.

Dalam proses pembuatan Healing Oil™ ini, ia turut disalurkan dengan healing energy attunement bagi menguatkan fungsi pembersihan dan pemagaran diri daripada segala bentuk gangguan ghaib yang negatif, dengan izin Tuhan Yang Maha Kuasa. Tiada masalah sekiranya ingin menjemur Healing Oil™ di bawah sinaran bulan purnama, namun ia bukanlah satu kewajipan. Inilah antara kelebihan utama Healing Oil™ berbanding minyak-minyak lain yang terdapat di pasaran.

Pemakaian Healing Oil™ sebaiknya dilakukan secara berterusan sepanjang hayat agar medan energi diri (energy field) sentiasa berada dalam keadaan murni, sekali gus memberikan impak yang positif kepada diri pada setiap hari.


KESAN SELEPAS PENGGUNAAN

Dengan izin Tuhan Yang Maha Kuasa, jika Healing Oil™ diamalkan secara konsisten, tubuh akan sentiasa dilindungi oleh energi pagar ghaib, tidur malam menjadi sukar terganggu, keserabutan jiwa akan kembali terkawal, anak kecil yang kerap tantrum akan berkurang atau berhenti menangis, kesempitan rezeki (jika berpunca daripada gangguan ghaib) akan mula terbuka, urusan harian menjadi lebih lancar, penyakit misteri beransur-ansur sembuh, dan aura diri kembali membuatkan orang sekeliling selesa. Dan yang paling dinanti-nantikan, pelbagai lagi keajaiban (miracle) boleh berlaku. Nikmatilah.

Jin-jin negatif amat tidak menggemari Healing Oil™, apatah lagi untuk mendekati botolnya. Oleh itu, tuan-puan amat digalakkan untuk membawanya ke mana-mana sahaja. Usahlah risau, ia bukan tangkal atau sesuatu yang bersifat syirik anggaplah ia sebagaimana nyamuk yang tidak suka pada asap ubat nyamuk; satu bentuk ikhtiar berasaskan energi semula jadi yang bersih dan diizinkan oleh-Nya.


PANDUAN PENGGUNAAN

Terdapat pelbagai cara pemakaian Healing Oil™, bergantung kepada tahap keselesaan tuan-puan. Oleh kerana kepekatan minyak ini sangat tinggi, warna hitam daripada minyak mungkin akan kelihatan sedikit pada permukaan kulit. Justeru itu, sila ikuti tatacara pemakaian seperti di bawah:

Cara 1: Selepas mandi, ketika badan masih dalam keadaan basah, sapukan sedikit Healing Oil™ pada tapak tangan, kemudian ratakan ke seluruh badan dengan mencampurkannya bersama air yang masih berada pada kulit. Setelah selesai, pakai pakaian terus, dan biarkan tubuh serta pakaian kering dengan sendirinya.

Cara 2: Sapukan Healing Oil™ pada tapak tangan, kemudian gosokkan kedua-dua tapak tangan (kiri dan kanan) sehingga warna hitam pada minyak tersebut tidak lagi kelihatan dengan ketara. Seterusnya, sapukan pada mana-mana bahagian tubuh yang dirasakan selesa, seperti leher, lengan, dan sebagainya.

Cara 3: Jika tubuh mengalami alahan terhadap minyak, Healing Oil™ boleh disapukan pada pakaian sebagai alternatif. Namun, pastikan ia terlebih dahulu digonyoh menggunakan tapak tangan kiri dan kanan sehingga warna hitam pada minyak tidak lagi kelihatan dengan jelas, barulah ia disapukan pada pakaian yang ingin dipakai.

Healing Oil™ ini sangat digalakkan untuk disapukan pada waktu sebelum tidur malam, kerana ketika itu tubuh manusia berada dalam keadaan lemah dan gangguan ghaib lebih mudah untuk menyerang.

Kesan Healing Oil™ ini akan aktif selama kira-kira enam jam selepas dipakai. Jika ingin memakainya semula selepas tempoh tersebut, tiada masalah. Ia juga boleh digunakan bersama wangian-wangian perfume yang lain tanpa sebarang kesan sampingan.


SPESIFIKASI HEALING OIL™

Isipadu: 10ml (tahan 2–3 bulan jika digunakan setiap hari),
Tarikh Dilancarkan: 07/02/2025,
Tarikh Luput: 2 tahun selepas tarikh pembuatan,
Jenis Botol: Kaca roll-on,
Warna Minyak: Hitam kehijauan,
Harga: RM78 (tidak termasuk kos penghantaran).

Buat masa ini, Healing Oil™ belum disenaraikan di mana-mana platform e-commerce seperti Shopee, Lazada, TikTok, dan lain-lain. Pembelian hanya dilakukan secara manual dengan menghubungi wakil kami melalui WhatsApp di nombor 0109199110. Tertakluk kepada ketersediaan stok.

Share:

Produk Metafizik | Majestic Oil™

Produk Metafizik | Majestic Oil™ - Creating a Magically Striking Aura

Adakah tuan-puan berminat dengan media berkaitan daya pengasihan diri secara metafizik? Dan dalam masa yang sama, adakah tuan-puan pernah mengalami perkara-perkara berikut?

  • Masih mencari jodoh yang tidak kunjung tiba, malah sering kali ditolak (rejected)? 
  • Merasa diri seolah-olah tiada seri wajah
  • Orang di sekeliling mudah membenci tanpa sebab yang jelas? 
  • Sukar mendapatkan pekerjaan, walaupun telah berusaha sedaya upaya? 
  • Atau, jika sudah bekerja, terlalu sukar untuk kenaikan pangkat walaupun sudah penat berusaha
  • Jika tuan-puan sedang berniaga, adakah perniagaan tersebut amat sukar untuk laris, walaupun telah berusaha habis-habisan dengan ilmu perniagaan yang excellent? 
  • Pernahkah terlintas di hati, mengapa ada orang yang tidaklah berusaha kuat mana pun, tetapi jualan mereka sangat laku keras, sedangkan produk mereka hampir sama sahaja dengan produk tuan-puan?

Cuba tuan-puan perhatikan, terdapat begitu ramai penyanyi yang cantik atau kacak, berperibadi baik, malah sangat berbakat, namun tetap ‘sendu’ nama mereka tidak menjadi perhatian masyarakat, walaupun telah menghasilkan lagu-lagu yang sangat sedap didengari. Anehnya, penyanyi yang suara biasa-biasa pula yang menjadi begitu popular, malah menjadi kegilaan komposer dan masyarakat. Fenomena ini bukan hanya berlaku di Malaysia, tetapi boleh diperhatikan dalam skala global. Kenapakah perkara ini terjadi?

Tahukah tuan-puan bahawa di sinilah terserlahnya kepentingan 'aura' daya tarikan diri secara metafizik? Memiliki bakat sahaja belum tentu cukup kuat (strong) sekiranya tidak disertai dengan daya tarikan diri yang tinggi dari sudut metafizik. Teruskanlah berusaha, namun dalam masa yang sama, tingkatkan 'aura' pengasihan diri sebagai bonus tambahan dengan menggunakan Majestic Oil™.


APAKAH ITU MAJESTIC OIL™?

Majestic Oil™ merupakan produk minyak wangi tanpa alkohol yang diformulasikan secara fizik (tangible) dan metafizik (intangible) bagi meningkatkan daya pengasihan pada diri tuan-puan. Ia juga berperanan untuk membantu meleraikan segala bentuk ikatan sihir atau aura negatif yang bersifat penutup seri wajah.

Majestic Oil™ ini amat sesuai dipakai ketika menghadiri sesi temuduga, berunding dengan seseorang, atau menghadiri mesyuarat. Sekiranya tuan-puan merupakan ahli perniagaan, amat digalakkan untuk memakainya ketika sedang berniaga, tidak kira sama ada secara fizikal mahupun secara online. Andai tuan-puan masih belum bertemu jodoh, biasakan diri untuk memakai Majestic Oil™ setiap kali ingin berkenalan atau melamar seseorang.

Apa yang lebih menarik, Majestic Oil™ ini mengandungi ekstrak daripada pelbagai sumber natural magnetic aura of attraction and love yang bersifat global, antaranya termasuk minyak bunga-bungaan wangi 7-warna, kasturi kijang, Aquilaria malaccensis (gaharu), Boswellia sacra (frankincense), Moringa oleifera, Ziziphus spina-christi (bidara berduri), Citrus hystrix (limau purut), Salvia rosmarinus, dan banyak lagi bahan eksotik terpilih yang tidak dapat disenaraikan sepenuhnya. Gabungan ini menjadikan Majestic Oil™ satu formula yang sangat power dan tidak dapat disangkal keberkesanannya.

Dalam proses pembuatan Majestic Oil™ ini, ia turut disalurkan dengan love attraction energy attunement bagi menguatkan fungsinya dalam meningkatkan daya pengasihan dan mahabbah diri dari segenap penjuru aspek, dengan izin Tuhan Yang Maha Kuasa. Tiada masalah sekiranya ingin menjemur Majestic Oil™ di bawah sinaran bulan purnama, namun ia tidak diwajibkan. Inilah antara kelebihan utama Majestic Oil™ berbanding minyak-minyak lain yang terdapat di pasaran.


KESAN SELEPAS PENGGUNAAN

Dengan izin Tuhan Yang Maha Kuasa, jika Majestic Oil™ diamalkan secara konsisten, orang-orang di sekeliling akan kembali mudah mendekati diri tuan-puan, perniagaan akan semakin laris secara miracle, jodoh lebih mudah diperoleh, jiwa menjadi lapang dan tenang, dan seri wajah kembali terpancar. Segala kesan positif ini akan lebih ketara jika diamalkan secara berterusan sepanjang hayat.

Jin-jin negatif amat tidak menggemari Majestic Oil™, apatah lagi untuk mendekati botolnya. Oleh itu, tuan-puan amat digalakkan untuk membawanya ke mana-mana sahaja. Usahlah risau, ia bukan tangkal atau sesuatu yang bertentangan dengan akidah, anggaplah ia sebagaimana nyamuk yang tidak suka pada asap ubat nyamuk; satu bentuk ikhtiar metafizik berasaskan energi semula jadi yang bersih dan diizinkan oleh-Nya.


PANDUAN PENGGUNAAN

Terdapat pelbagai cara untuk memakai Majestic Oil™, bergantung kepada tahap keselesaan tuan-puan. Sila ikuti tatacara pemakaian seperti yang dinyatakan di bawah ini:

Sapukan Majestic Oil™ pada salah satu tapak tangan, kemudian gosokkan kedua-dua tapak tangan (kiri dan kanan) sehingga minyak diratakan. Seterusnya, sapukan pada kedua-dua lengan baju (atau terus ke kulit sekiranya tidak berbaju atau sedang memakai singlet), serta sapukan juga pada kedua-dua kening.

Kesan Majestic Oil™ ini akan aktif selama kira-kira enam jam selepas dipakai. Jika ingin memakainya semula selepas tempoh tersebut, tiada masalah. Ia juga boleh digunakan bersama minyak atau wangian-wangian perfume yang lain tanpa sebarang gangguan kepada fungsinya.


SPESIFIKASI MAJESTIC OIL™

Isipadu: 10ml (tahan 2–3 bulan jika digunakan setiap hari),
Tarikh Dilancarkan: 07/02/2025,
Tarikh Luput: 2 tahun selepas tarikh pembuatan,
Jenis Botol: Kaca roll-on,
Warna Minyak: Keemasan dan berkeladak,
Harga: RM78 (tidak termasuk kos penghantaran.

Buat masa ini, Majestic Oil™ belum disenaraikan di mana-mana platform e-commerce seperti Shopee, Lazada, TikTok dan lain-lain. Pembelian hanya dilakukan secara manual dengan menghubungi wakil kami melalui WhatsApp di nombor 0109199110. Tertakluk kepada ketersediaan stok.
Share:

Produk Metafizik | Sacred Bath™

Produk Metafizik | Sacred Bath™ - Purify Unwanted Energy

Adakah tuan-puan benar-benar ingin membersihkan external negative energy yang menempel pada diri? Sebelum itu, cuba tuan-puan selami diri dengan lebih mendalam, adakah selama ini tuan-puan mengalami perkara-perkara berikut?

  • Jiwa mudah berasa serabut dan kelam tanpa sebab yang jelas? 
  • Tidur kerap terganggu, disertai dengan mimpi buruk
  • Dijauhkan atau tidak disukai oleh orang sekeliling tanpa sebab yang nyata? 
  • Rezeki tersekat walaupun telah berusaha sehabis baik? 
  • Nasib malang yang datang bertimpa-timpa? 
  • Hubungan suami-isteri mudah bergolak dan berantakan? 
  • Emosi panas baran yang sukar dikawal dan sering meluap-luap? 
  • Mengalami penyakit misteri yang tidak juga sembuh meskipun telah berubat? 
  • Anak kecil sering menangis atau tantrum tanpa sebab yang ketara?

Jika tuan-puan mengalami lebih daripada tiga perkara di atas, besar kemungkinan pada diri tuan-puan terdapat unwanted energy yang bersifat gelap dan negatif. Unwanted energy ini mungkin berpunca daripada gangguan jin, pertalian batin yang bersifat toksik, penyakit ain, atau sihir ilmu hitam sama ada dituju secara langsung mahupun terkena tempias.

Apa-apa pun, usah dirisau. Selain dengan mendapatkan rawatan alternatif, tuan-puan juga boleh berikhtiar membersihkan unwanted energy tersebut dengan menggunakan produk metafizik iaitu Sacred Bath™.


APAKAH ITU SACRED BATH™?

Sacred Bath™ merupakan sabun mandi khas yang diformulasi secara fizikal (tangible) dan metafizikal (intangible) bagi membersihkan segala unwanted energy yang berada pada tubuh tuan-puan. Sabun ini bukan hanya untuk mereka yang sedang mengalami gangguan, malah individu yang tidak menghadapi sebarang masalah pun juga digalakkan menggunakannya sebagai langkah pencegahan awal.

Di dalam sabun Sacred Bath™ ini terkandung ekstrak pelbagai sumber natural healing energy yang bersifat global, antaranya seperti Boswellia sacra (frankincense), Moringa oleifera, Ziziphus spina-christi (bidara berduri), Aquilaria malaccensis (gaharu), Citrus hystrix (limau purut), kasturi kijang, Piper nigrum, Salvia rosmarinus dan pelbagai lagi ramuan yang tidak tertulis, namun kesemuanya sangat powerful dan tidak dapat disangkal keberkesanannya.

Dalam proses pembuatan sabun Sacred Bath™, ia turut disalurkan dengan healing energy attunement bagi menguatkan lagi fungsi pembersihan terhadap segala unwanted energy pada diri dengan izin Tuhan Yang Maha Kuasa. Tiada masalah jika tuan-puan ingin menjemur sabun ini di bawah sinaran bulan purnama, namun ia bukanlah satu kewajipan.

Penggunaan Sacred Bath™ sebaiknya diamalkan secara berterusan sepanjang hayat agar medan tenaga (energy field) pada diri sentiasa murni, sekali gus memberi impak positif dalam kehidupan harian tuan-puan.


KESAN SELEPAS PENGGUNAAN

Dengan izin Tuhan Yang Maha Kuasa, jika Sacred Bath™ diamalkan secara konsisten, keserabutan jiwa akan kembali terkawal, anak yang kerap tantrum akan berhenti atau berkurang tangisannya, kesempitan rezeki akan terbuka (sekiranya berpunca daripada gangguan ghaib), urusan harian akan kembali lancar, penyakit misteri akan perlahan-lahan sembuh, dan hubungan dengan orang sekeliling akan kembali harmoni. Dan di sebalik semua itu, tidak mustahil tuan-puan akan menyaksikan lebih banyak lagi keajaiban (miracle) yang luar biasa. Nikmatilah.

Bagi tuan-puan yang mengalami alergi terhadap sabun Sacred Bath™, disarankan agar mengurangkan penggunaan mengikut kesesuaian tubuh, kerana setiap individu mempunyai sistem tubuh yang berbeza-beza. Usah risau, terdapat banyak lagi alternatif lain yang boleh dipilih di dalam website ini.


PANDUAN PENGGUNAAN

Jika kehidupan tuan-puan sentiasa sibuk, gunakan sahaja sabun Sacred Bath™ seperti mandian biasa sebagaimana pada sebelum ini. Amalkan mandi setiap hari pada bila-bila masa sahaja. Sabun Sacred Bath™ ini juga boleh digunakan sebagai syampu dan pembersih wajah, namun memadai 3 hingga 4 kali seminggu sahaja, bagi mengelakkan risiko kulit wajah dan kulit kepala menjadi terlalu kering.

Andai tuan-puan mempunyai masa terluang, semasa mandi dengan sabun Sacred Bath™, sila niatkan dalam hati atau lafazkan seperti berikut:

"Aku membersihkan segala unwanted energy pada diriku ini" - lalu tuan-puan bayangkan seolah-olah awan-awan hitam yang melekat pada diri semakin menghilang setiap kali tubuh disental dan disiram air. Jika tuan-puan tidak mampu untuk membayangkannya, tidak mengapa, niat sahaja dan teruskan mandi seperti biasa.

Jika tuan-puan mempunyai lebih masa dan pada masa yang sama merasakan gangguan unwanted energy yang dialami terlalu berat dan amat negatif, bolehlah lakukan kaedah mandian berikut:

Sediakan sebuah baldi dan satu senduk garam kasar. Isikan air sehingga setengah atau penuh baldi, kemudian masukkan garam kasar tersebut. Kacau air mengikut arah lawan jam sehingga garam larut sepenuhnya (atau sebahagian pun memadai).

Mandilah menggunakan air garam itu terlebih dahulu, kemudian sental badan dengan sabun Sacred Bath™, dan akhir sekali bilas tubuh menggunakan air biasa.

Anak yang berusia 4 bulan dan ke atas juga boleh menggunakan sabun Sacred Bath™. Sabun ini boleh dikongsikan kepada sesiapa sahaja tanpa masalah. Kebiasaannya, individu yang mempunyai banyak unwanted energy pada diri akan mengalami sedawa atau terkentut-kentut semasa mandi dan itu merupakan reaksi semula jadi. Lama-kelamaan, gejala ini akan berkurangan, menandakan proses keserasian dan pembersihan tenaga sedang berlaku.

SPESIFIKASI SACRED BATH™

Isipadu: 700ml (tahan 3–4 bulan jika digunakan setiap hari)
Tarikh dilancarkan: 29/07/2025
Tarikh luput: 3 tahun selepas tarikh pembuatan
Botol: Plastik
Warna: Kelabu
Harga: RM97 (tidak termasuk kos penghantaran).

Buat masa ini, produk sabun Sacred Bath™ belum tersedia di mana-mana platform e-commerce seperti Shopee, Lazada, TikTok dan lain-lain. Pembelian adalah secara manual dan tuan-puan perlu WhatsApp wakil kami di nombor 0109199110. Tertakluk kepada stok sedia ada.


Share:

Teknik Metafizik Surat Cinta 'Uplifting Manifesting' Bagi Mendapatkan Jodoh


Tip ini adalah khusus buat mereka yang masih belum bertemu jodoh sahaja. Kepada sesiapa yang telah pun memiliki jodoh, maka tiada masalah, boleh teruskan pembacaan sekadar untuk menambah pengetahuan. Manalah tahu, ia akan berguna pada masa akan datang.

Rata-rata dari golongan bujang yang masih belum bernikah bukanlah kerana anti dengan pernikahan, tetapi kerana mereka sudahpun berusaha mencari jodoh namun tidak pernah ‘lekat’. Ada sahaja halangan kena ghosting, cinta yang dipermainkan (love for benefit), dihalangi oleh keluarga si dia, gangguan sihir pemisah, dan pelbagai faktor lagi. Usah putus ikhtiar, di sini kami akan kongsikan tip mendapatkan jodoh dengan teknik metafizik 'surat cinta'. Ramai yang telah berjaya mendapat jodoh dengan kaedah ini.

APAKAH ITU SURAT CINTA 'UPLIFTING MANIFESTING'?

Surat cinta uplifting manifesting merupakan sebuah teknik metafizik untuk mendapatkan jodoh dengan cara si dia, orang yang tuan/puan cintai, dapat ‘diarah’ menyalurkan energi cinta kepada diri tuan/puan melalui perantaraan gelombang alam semesta.

Teknik ini jauh lebih baik berbanding diri tuan/puan yang terkinja-kinja memuja si dia, malah diri sendiri boleh mengalami energy drain dek kerana terlalu kerap menyalurkan energi cinta kepadanya yang sukar untuk berbalas itu sehingga membuang masa dan tenaga serta bersifat self downgrade terhadap diri tuan/puan. Baiklah, pada kali ini tuan/puan akan menggunakan teknik songsangan, jadi ikuti sahaja panduan-panduan di bawah ini.

PANDUAN MENULIS SURAT CINTA 'UPLIFTING MANIFESTING'

Teknik kaedah metafizik surat cinta ini memerlukan tuan-puan menyediakan sedikit bahan-bahan seperti di bawah iaitu:

+ Minyak Majestic Oil™,
+ Gambar 'si dia' yang telah dicetak pada kertas A4 (hitam putih pun boleh),
+ Pen hitam atau biru,
+ Sebatang lilin (jika ada).

Pertama sekali, bangunlah sekitar jam 3-4 pagi, kemudian sapukan sedikit Majestic Oil™ pada diri sebagai penyelarasan aura. Sediakan kertas A4 yang telah bercetak gambar si dia, bersama sebatang pen, dan jika ada, nyalakan lilin sebagai pengaktif getaran cahaya secara semulajadi. Lalu, mulailah menulis surat cinta di bahagian belakang kertas gambar tersebut tetapi dengan teknik songsangan: bayangkan bahawa surat itu ditulis oleh/dari si dia untuk tuan/puan, bukannya tuan/puan yang menulis kepadanya.

Di dalam surat tersebut, pastikan tuan/puan menyatakan nama penuh si dia seperti yang tertera di kad pengenalannya, beserta tarikh lahirnya, dan juga nama penuh diri tuan/puan seperti di dalam kad pengenalan bersama tarikh lahir sendiri. Tuliskan mengikut fantasi dan impian peribadi, iaitu segala ungkapan cinta yang tuan/puan amat harapkan si dia luahkan kepada diri tuan/puan. Jika mahu, boleh diselitkan elemen-elemen romantik atau sedikit ‘seksi’ mengikut kesesuaian rasa. Yang paling penting, pastikan tuan/puan sentiasa memuji diri sendiri (uplifting) di dalam surat itu, tidak kisahlah pujian itu benar atau sekadar rekaan, ia tetap wajib demi membina resonansi keyakinan dan tarikan energetik yang lebih kuat.

Mengenai api lilin, pastikan kipas diperlahankan agar tiupan angin tidak mengganggu nyalaan api tersebut. Jika tuan/puan memiliki penghawa dingin, digalakkan untuk menggunakannya sebagai ganti kipas. Nyalaan api lilin sangat membantu dalam apa jua proses manifestasi atau affirmation kerana ia memancarkan getaran fokus dan ketenangan yang lebih mendalam. Walaupun tidak wajib, penggunaannya amat digalakkan bagi menguatkan energi proses ini. Untuk kesan yang lebih optimum, padamkan lampu elektrik dan biarkan suasana diterangi hanya oleh nyalaan api lilin ketika menulis surat.

Tuan-puan diwajibkan untuk menulis sepenuh hati sehingga terasa getaran pada diri. Anggap ianya benar-benar nyata sehinggalah bulu roma naik meremang dan jantung berdebar-debar kerana rasa yang amat bahagia.

CONTOH PENULISAN SURAT CINTA

Jika nama tuan (pemilik Majestic Oil™) adalah Ahmad Bin Rozlan, tarikh lahir 22/11/1988, dan nama insan yang dicintai itu adalah Nurul Binti Hamid, tarikh lahir 06/07/1988, mulakan surat itu dengan ayat berikut:

"Kepada Ahmad Bin Rozlan yang lahir tanggal 22/11/1988 yang aku cintai dan rindui, aku Nurul Binti Hamid yang lahir tanggal 06/07/1988 sangat mencintai dirimu sepenuh hatiku, rasa mahu dipeluki olehmu pada setiap hari, nikahilah aku segera.

Aku mencintaimu adalah 'unconditional love', aku tidak mampu mencintai sesiapapun selain dirimu, aku setia kepadamu, sentiasa ingin kau berada disisiku. Aku menerima kekurangan dirimu dan aku juga turut meraikan kelebihan dirimu.

Aku amat berbangga memiliki dirimu wahai Ahmad Bin Rozlan kerana kau insan yang amat segak, kemas, wangi, pengemas, sihat walafiat, beriman, sentiasa dilimpahi rezeki wang dan harta yang banyak serta tidak pernah putus, positif, baik hati, bertanggung-jawab, penyayang, pintar, bijak membuat keputusan, cergas, ramai perempuan lain yang meminatimu dan aku amatlah cemburu tentang itu, dan kau sentiasa dimuliakan oleh ramai insan.

Aku adalah isteri yang sentiasa bersyukur, yang sentiasa merasa cukup apa yang engkau sediakan, sentiasa menjaga kesihatan agar diriku sentiasa kelihatan seksi khas buatmu, amat pandai memasak untuk keluarga, isteri yang pembersih, wangi, menghormati dirimu dan keluargamu, tidak mengungkit-ungkit peristiwa silam, tidak mengorek-ngorek 'dark side' dirimu yang telah kau tinggalkan, sentiasa berbaik sangka terhadapmu.

Aku akan memberikan kau layanan 5 stars diranjang sebagaimana fantasimu dan aku benar-benar ikhlas ghairah pada tubuhmu itu, bukannya dibuat-buat atau dipaksa-paksa atau disuruh-suruh olehmu, kerana diriku benar-benar mencintai dirimu seikhlas hatiku".


ATAU, 

Jika nama cik (pemilik Majestic Oil™) adalah Aida Binti Abdul, tarikh lahir 31/03/1988, dan nama insan yang dicintai itu adalah Syafiq Bin Sabri, tarikh lahir 29/07/1988, mulakan surat itu dengan ayat berikut:


"Kepada Aida Binti Abdul yang lahir tanggal 31/03/1988 yang aku cintai dan rindui, aku Syafiq Bin Sabri yang lahir tanggal 06/07/1988 sangat mencintai dirimu sepenuh hatiku, rasa mahu memeluk dirimu pada setiap hari, aku menikahimu segera.

Aku mencintaimu adalah 'unconditional love', aku tidak mampu mencintai sesiapapun selain dirimu, aku setia kepadamu, sentiasa ingin kau berada disisiku. Aku menerima kekurangan dirimu dan aku juga turut meraikan kelebihan dirimu. Ambillah lenganku, lemaskan dirimu dalam pelukanku selalu.

Aku amat berbangga memiliki dirimu wahai Aida Binti Abdul kerana kau insan yang amat cantik, seksi di pandangan mataku, pengemas, sihat walafiat, solehah, sentiasa dilimpahi rezeki, positif, baik hati, pandai memasak, subur untuk melahirkan zuriat, penyayang, pintar, bersopan-santun, mulut yang baik, cergas, ramai lelaki lain yang meminatimu dan aku amatlah cemburu tentang itu, dan kau sentiasa dimuliakan oleh ramai insan.

Aku adalah suami yang cukup bertanggung jawab, yang dilimpahi rezeki wang ringgit dan harta seumur hidupku, mengambil peduli keperluan emosimu, melindungimu, suami yang pengemas, membantu kerja rumah, sentiasa menjaga kesihatan dan bentuk tubuhku yang kacak ini, malah sentiasa memberikanmu nafkah zahir dan batin sehingga terlebih-lebih.

Aku akan memberikan kau layanan 5 stars diranjang sebagaimana fantasimu dan aku benar-benar ikhlas ghairah terhadap batang tubuhmu, merenung wajahmu pada saat romantik itu sehingga kau terasa malu-malu manja kerana diriku benar-benar mencintai dirimu seikhlas hatiku".


Ayat-ayat di atas hanyalah sekadar contoh sahaja dan mungkin agak 18SX kerana tujuan asalnya adalah agar tuan/puan dapat merasai feeling ketika menulisnya (bukan bermakna diri tuan/puan gatal, saya, Anwar Suran sebagai penulis pun tidaklah gatal sedemikian). Senang kata, tuan/puan boleh menulis mengikut laras bahasa sendiri, kreativiti sendiri, dan fantasi sendiri. Jika tuan/puan tidak merasai  feeling semasa menulis, maka peluang surat itu menjadi ‘magik’ mungkin agak tipis. Pastikan tuan/puan merasai sensasi  feeling sehingga bulu roma naik meremang dan terasa jantung itu berdebar-debar kencang.

Sekali lagi diingatkan, jangan lupa untuk memasukkan elemen puji-memuji (uplifting) diri tuan/puan sendiri di dalam surat tersebut dan ini adalah sangat wajib. Tidak semestinya pujian pada diri sendiri itu mesti benar-benar apa yang kita miliki; menulis pujian palsu pada diri sendiri pun boleh. Contohnya, andai tuan/puan merasa diri tidaklah begitu hensem/cantik, tiada masalah, puji sahaja diri tuan/puan itu hensem/cantik. Jika diri tuan/puan tidaklah sihat (ada penyakit), tuliskan sahaja diri tuan/puan itu sihat walafiat. Senaraikan sebanyak-banyaknya pujian terhadap diri sendiri walaupun palsu sekalipun.

PANDUAN MELIPATKAN KERTAS

Selepas selesai menulis surat, lipatkan kertas tersebut sebanyak 3 kali lipatan mengarah ke arah diri sendiri. Kemudian, sapukan sedikit Majestic Oil™ agar surat tersebut menjadi wangi dan mengandungi energi positif. Letakkan surat itu di bawah bantal dan tidurlah sambil membawa surat tersebut di bawah bantal.


Tuan/puan amat digalakkan untuk menuliskan surat cinta itu tatkala bulan sedang purnama. Ini bermakna, menulisnya sebulan sekali atau dua kali pun sudah memadai dan tidak mengapa.

Andai kata tuan/puan tidak mahu menyimpan banyak surat di bawah bantal, maka larutkan sahaja surat-surat itu ke dalam semangkuk air (mangkuk kaca atau seramik). Masukkan garam kasar satu sudu, kemudian kacau surat itu mengikut arah lawan jam sehingga ia hancur di dalam mangkuk. Selepas itu, siramkan air tersebut pada pokok tanaman berbunga yang wangi. Pokok itu akan bertindak sebagai ‘antena’ untuk menyebarkan manifestasi (manifesting) tuan/puan itu ke alam semesta, manakala bunga yang wangi pula akan memekarkan perasaan cinta ‘si dia’ secara metafora.

SILA AMBIL PERHATIAN

Pastikan tuan/puan tidak menulis surat cinta ini kepada suami atau isteri orang, dan tidak menulis untuk tujuan gay atau lesbian. Jaga etika agama masing-masing. Sebaiknya, surat ini ditulis kepada orang yang dikenali dan pernah bertemu. Jika tiada, maka tuliskan kepada mana-mana lelaki/perempuan asing yang diri tuan/puan berasa berkenan (taste) sebagai manifesting semata-mata.

Pastikan surat-surat cinta yang ditulis tidak dijumpai oleh sesiapa pun. Jika mahu meninggalkan bilik tidur, sorok surat-surat tersebut di lokasi paling rahsia. Semasa hendak tidur, letakkan kembali surat itu di bawah bantal. Jika mahu, sapukan Majestic Oil™ pada surat tersebut seminggu sekali, dan pastikan diri sendiri juga disapukan minyak tersebut semasa tidur.

Kesan energi surat ini adalah berbeza-beza mengikut insan yang dituju. Rata-ratanya, diri ‘si dia’ memang dapat merasai energi dari surat cinta tersebut pada minda bawah sedar (subconscious mind) dan jika diizinkan Tuhan, mereka akan bertindak mengikut apa yang telah dituliskan dalam surat tersebut kepada diri tuan/puan.

Terdapat juga insan (si dia) yang ‘mempertahankan’ minda bawah sedar atas sebab-sebab tertentu, tetapi tuan/puan jangan risau, 'magik' itu sentiasa ada. Dengan izin Tuhan, akan ada insan-insan lain yang seperti ‘karakter’ di dalam surat itu yang akan hadir mencintai diri tuan/puan nanti. Siapakah orangnya itu? Biarlah Tuhan yang menentukan.

Tuan/puan boleh juga melakukan teknik ini terhadap sahabat-sahabat baik yang sudah menjauhkan diri, pengurus atau majikan yang tidak menghiraukan kebajikan tuan/puan (jika bekerja), ahli keluarga yang kurang menyayangi tuan/puan, atau sesiapa sahaja. Hanya perlu mengubah penulisan dalam surat tersebut sahaja mengikut sasaran yang diinginkan.

Lazimnya, kesan dari surat ini akan menjadi ‘makbul’ apabila tuan/puan trust the process, iaitu tidak tertunggu-tunggu atau tidak mampu bersabar. Teruskan bertenang dan jalani hari-hari seperti biasa. Mungkin kesan surat ini mengambil masa sebulan, tiga bulan, atau setahun? Layankan sahaja tindak balas alam semesta dan sentiasalah berbaik sangka dengan Maha Pencipta kita.

Jikalau mahu upgrade teknik di atas dengan menambah teknik metafizik yang lain, sila hubungi wakil kami, Anwar Suran, untuk perkongsian tip dan tatacara yang seterusnya. Perkhidmatan ini adalah bermahar dan tidak digalakkan. Teknik surat cinta metafizik ini pun sudah sangat memadai untuk tuan/puan.




Share:

Rawatan Metafizik Menjana Kekuatan Energi Pesona Diri Dan Kerezekian


Seperti yang tuan-puan sedia maklum, warna frekuensi asas yang terpancar daripada subtle body manusia hanyalah terdiri daripada tujuh warna sahaja, iaitu merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo, dan ungu. Namun begitu, tidak semua manusia memancarkan kesemua tujuh warna ini, kerana kebanyakan individu yang mengalami energy blockage akan menyebabkan mereka hanya memancarkan dua atau tiga warna sahaja. Usah bimbang, situasi ini adalah perkara biasa dan tidak membawa kemudaratan yang serius.

Apakah itu energi pesona diri? Oleh kerana warna asas frekuensi diri manusia hanyalah terdiri daripada tujuh warna utama (sila rujuk kembali perenggan di atas), maka warna-warna lain seperti merah jambu/pink dan emas bukanlah warna asal diri manusia. Sebaliknya, ia merupakan warna tambahan yang diserap daripada sumber-sumber luar. Oleh itu, jika seseorang individu memiliki frekuensi berwarna merah jambu/pink yang terpancar dengan jelas daripada dirinya, ini menandakan bahawa frekuensi tersebut berasal dari luar, dan berfungsi untuk menguatkan daya tarikan serta pesona diri individu tersebut.

Di bawah ini adalah jadual warna-warna frekuensi diri manusia dan fungsinya:

Warna Frekuensi Fungsi
Ungu Ilham dan pemikiran yang jelas
Indigo Intuisi dan kepekaan batin
Biru Komunikasi dan ketenangan
Hijau Kesihatan yang baik dan kerezekian
Kuning Keyakinan diri dan keberanian
Jingga Kreativiti, keceriaan dan kekuatan seks
Merah Kekuatan fizikal dan tenaga dalaman
Merah Jambu/Pink Tarikan pesona diri dan seri wajah
Emas Golongan Di-Raja atau bangsawan
Putih Baru selepas berzikir/meditasi
Kelabu Hampir hendak meninggal dunia

RAWATAN METAFIZIK MENJANA KEKUATAN ENERGI PESONA DIRI

Ramai individu di luar sana tertanya-tanya, bagaimanakah cara untuk mereka menambah warna frekuensi merah jambu/pink dalam diri sebagai satu bentuk daya tarikan pesona diri? Usah bimbang, di Cahaya Metafizik Centre, kami menyediakan rawatan khas untuk meningkatkan frekuensi warna merah jambu/pink, dengan kadar mahar yang sangat berpatutan.

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan pakej rawatan ini? Sekiranya tuan-puan berminat, maka beberapa bahan asas perlu disediakan terlebih dahulu, iaitu:

  • 1-5 kuntum bunga cempaka putih (Magnolia/Michelia × alba)  yang masih kuncup dan segar,
  • 1-3 biji buah limau purut,
  • Satu mangkuk 7 jenis bunga-bungaan yang wangi, tidak beracun dan pelbagai warna,
  • Garam kasar laut atau garam bukit satu senduk,
  • Sebotol minyak wangi yang jenis roller dan sebaiknya berbau apa-apa jenis kasturi.


Kesemua bahan tersebut akan kami activate untuk membangkitkan energi yang terpendam di dalamnya, dan kami akan melakukan attunement agar energi atau frekuensi tersebut selaras dengan tubuh badan manusia serta bersifat kekal. Proses pengaktifan ini biasanya mengambil masa selama satu jam. Setelah semua bahan berjaya diaktifkan, berikut merupakan langkah-langkah seterusnya:

LANGKAH 1 | MELENYAPKAN SEGALA ENERGI DAN ENTITI NEGATIF

Langkah pertama, pihak kami akan melakukan pemeriksaan (scan) ke atas tubuh tuan-puan bagi mengenal pasti sama ada terdapat sebarang bentuk gangguan energi:

  • Jin-jin negatif,
  • Sihir ilmu hitam,
  • Energi yang terblok dan sebagainya.

Sekiranya didapati terdapat energi dan entiti-entiti negatif yang menempel pada diri tuan-puan, maka pihak kami akan menjalankan proses pembersihan menyeluruh terlebih dahulu sehingga energi diri tuan-puan menjadi benar-benar bersih dan seimbang. Rawatan ini boleh dilakukan sama ada secara hadir diri mahupun secara jarak jauh. Setelah proses pembersihan selesai, barulah rawatan untuk menjana kekuatan pesona diri dan kerezekian dapat diteruskan dengan lebih berkesan.

LANGKAH 2 | AKTIFKAN FREKUENSI WARNA MERAH JAMBU/PINK

Untuk pengetahuan semua, adalah teramat mencabar untuk menemukan bahan-bahan dari alam semula jadi yang benar-benar memiliki warna frekuensi merah jambu/pink. Walaupun sesuatu unsur alam itu kelihatan merah jambu/pink secara fizikal, seperti bunga mawar (rose) atau bunga kemboja, ia tidak semestinya memancarkan frekuensi warna yang sama. Ada kemungkinan frekuensinya sebenarnya berwarna hijau atau ungu, ia bergantung terhadap getaran energi dalaman pada unsur-unsur tersebut.

Salah satu unsur alam semula jadi yang diketahui memiliki warna frekuensi merah jambu/pink ialah bunga cempaka putih (Magnolia/Michelia × alba) yang masih dalam keadaan kuncup atau putik. Awas, sebaik sahaja bunga tersebut mekar sepenuhnya, frekuensi merah jambu/pink-nya akan hilang secara automatik! Antara bahan semula jadi lain yang turut memiliki frekuensi merah jambu/pink ialah kristal rose quartz, namun ia hanya sesuai digunakan secara luaran (dipakai di luar tubuh sahaja), maka keberkesanannya adalah agak terhad.

Untuk menjana frekuensi merah jambu/pink pada diri tuan-puan, pihak kami akan melakukan proses synchronization antara bunga cempaka putih tersebut dengan energi tubuh tuan-puan, agar frekuensinya kekal secara semula jadi dalam tubuh. Usah risau, kaedah ini bukanlah berbentuk susuk dan tidak melibatkan sebarang khadam, kerana pendekatan kami adalah bersih dan selamat dari unsur-unsur sedemikian. Setelah tubuh tuan-puan dijana dengan frekuensi merah jambu/pink, insha'Allah akan ada ramai insan yang tertarik secara semula jadi kepada tuan-puan, dengan pandangan mata hati yang sejuk dan nyaman, tanpa mengira jantina, usia, mahupun bangsa. Bahkan, wajah tuan-puan juga akan tampak lebih berseri-seri, segar, dan memancarkan pesona semula jadi.


LANGKAH 3 | AKTIFKAN ENERGI 'FOCALIZATION' DIRI

Pada pandangan kami di Cahaya Metafizik™ Centre, adalah tidak memadai sekiranya tuan-puan hanya memiliki frekuensi merah jambu/pink semata-mata untuk meningkatkan daya tarikan pesona diri. Untuk kesan yang lebih kuat dan menyerlah, tuan-puan juga disarankan mendapatkan rawatan tambahan, iaitu pengaktifan energi focalization agar diri tuan-puan menjadi pusat perhatian (centre of attention) dalam kalangan masyarakat.

Untuk memahami apakah langkah yang ketiga, ikuti perumpaan dan metafora di bawah ini.

  • Pernahkah tuan-puan melihat pokok bunga yang cantik di mana-mana tempat? Sudah tentu pernah, bukan?
  • Tatkala tuan-puan menikmati keindahan bunganya, adakah tuan-puan turut memberi perhatian kepada dedaunnya? Sudah tentulah jarang sekali, betul?
  • Apabila tuan-puan mendekati bunga tersebut, bukankah secara semula jadi tuan-puan terdorong untuk menyentuh bunganya?
  • Jika bunga itu sangat wangi, pastinya tuan-puan akan tertarik untuk menghidu aromanya, setuju?
  • Dan jika hati tuan-puan benar-benar terpaut pada keindahannya, tentu sahaja tuan-puan akan memetik bunga itu, bukan?

Baiklah, begitulah perumpamaan bagi langkah ketiga, di mana pihak kami akan menjadikan diri tuan-puan seperti metafora bunga yang disebutkan tadi. Bagaimanakah caranya? Dalam rawatan langkah ketiga ini, tuan-puan akan:

  • Menjadi daya tarikan utama di mana-mana tempat yang penuh dengan keramaian,
  • Menarik perhatian orang yang tidak dikenali, yang akan mudah memandang tuan-puan tanpa sebab yang jelas,
  • Membuatkan hati dan jiwa orang lain terasa sejuk dan tenang setiap kali memandang tuan-puan,
  • Menjadi pilihan utama dalam urusan perniagaan di mana para pelanggan lebih cenderung membeli daripada tuan-puan berbanding peniaga lain, kerana tuan-puan ibarat 'bunga' (centre of attraction), manakala yang lain hanyalah seperti 'daun',
  • Lebih mudah mendapat jodoh bagi mereka yang masih belum bertemu pasangan hidup.

Untuk rawatan ini, pihak kami akan mengaktifkan daya yang terpendam pada: 

  • Limau purut: powerful healing property,
  • Bunga 7 jenis/warna: powerful stunning property,
  • Garam kasar: powerful cleansing property.


Ketiga-tiga unsur di atas akan kami aktifkan secara khusus pada diri tuan-puan, dan insha'Allah, ia akan bersifat kekal. Proses pengaktifan mungkin mengambil sedikit masa, namun untuk tuan-puan menyelaraskan energi tersebut dengan diri sendiri adalah sangat mudah, hampir tanpa rintangan. Apabila ramai orang berasa sejuk hati dan menyukai kehadiran diri kita, maka insha'Allah, rezeki akan datang mencurah-curah dari pelbagai arah. Nikmatilah kesan positifnya yang menyeluruh pada diri, jiwa dan kehidupan tuan-puan.


LANGKAH 4 | MINYAK WANGI SEBAGAI PEMBUKA PINTU GOLONGAN VIP

Baiklah, bagi langkah terakhir, pihak kami akan memberikan kepada tuan-puan minyak 'pembuka', yang berfungsi untuk memudahkan tuan-puan menjalin contact atau hubungan dengan golongan VIP. Secara realitinya, jika kita hanyalah insan biasa, memang agak mencabar untuk menembusi circle golongan VIP atau bangsawan, kerana kebiasaannya mereka kurang gemar untuk bercampur dengan golongan awam. Ini sering berlaku disebabkan oleh perbezaan topik perbualan, mindset, serta pola pemikiran yang amat berbeza.

Kebanyakan sifat golongan VIP ini adalah:

+ Optimistik (lebih banyak bersangka baik),
+ Perbualannya lebih kepada peluang/idea, bukan berkaitan masalah,
+ Amat tidak gemar bercerita tentang sisi jahat seseorang,
+ Mereka lebih kepada action, bukan 'perancangan'.

Oleh itu, minyak yang kami berikan kepada tuan-puan ini hanyalah bersifat pembuka jalan semata-mata, di mana getaran (vibration) minyak ini diselaraskan dengan tahap frekuensi golongan VIP. Hasilnya, insha'Allah, mereka akan lebih mudah 'membukakan pintu' untuk pertemuan dengan tuan-puan, terutamanya jika tuan-puan telah merancang untuk berjumpa atau berurusan dengan mereka. Jalan pertemuan akan menjadi lebih lancar dan terbuka. Namun awas, tatkala tuan-puan sudah berada di hadapan mereka, jagalah adab dan etika perhubungan. Pastikan niat adalah bersih, tidak bermegah diri, dan tidak terlalu gemar bercerita tentang diri sendiri. Ingatlah, minyak ini hanya berperanan sebagai pembuka jalan, bukannya sebagai penunduk atau alat manipulasi.


SOAL JAWAB TENTANG RAWATAN METAFIZIK MENJANA ENERGI PESONA DIRI DAN KEREZEKIAN


Soalan: Adakah kesan dari rawatan ini adalah bersifat kekal?
Jawapan: Ya, insha'Allah ianya kekal asalkan tuan-puan mengamalkan amalan di pautan ini selama seumur hidup, sila KLIK

Soalan: Berapakah mahar (kos) rawatan ini?
Jawapan: Mahar bagi rawatan ini adalah terpecah kepada beberapa pilihan iaitu:

+ Cek gangguan ghaib pada diri (wajib): RM10,
+ Rawatan pembersihan gangguan ghaib secara jarak jauh (wajib): RM150 atau,
+ Rawatan pembersihan gangguan ghaib secara hadir diri (wajib): RM200,
+ Rawatan energi pesona diri dan kerezekian, pihak kami sediakan bahan: RM350 atau,
+ Rawatan energi pesona diri dan kerezekian, tuan-puan menyediakan bahan sendiri: RM300.

Pemeriksaan gangguan ghaib dan proses pembersihannya adalah WAJIB dan langkah ini tidak boleh sama sekali dilangkau. Hanya setelah diri tuan-tuan bebas sepenuhnya daripada sebarang gangguan energi atau entiti ghaib, barulah rawatan energi pesona diri dan kerezekian dapat dilakukan dengan berkesan dan selamat.

Soalan: Bolehkah rawatan ini dibuat secara jarak jauh?
Jawapan: Sudah tentu boleh, asalkan tuan-puan mampu mendapatkan semua bahan yang telah disenaraikan. Namun perlu diingat, bahan yang paling mencabar untuk diperoleh ialah pucuk bunga cempaka putih (Magnolia/Michelia x alba), kerana pokok ini tidak banyak ditanam di Malaysia dan juga merupakan spesies yang kurang mengeluarkan bunga.

Baiklah, untuk sebarang pertanyaan lanjut, tuan-puan dipersilakan untuk WhatsApp sahaja pihak kami. Kami mungkin akan mengambil sedikit masa untuk membalas, namun usah risau, insha'Allah setiap mesej pasti akan dibalas.





Share:
Visit My URL

Kod QR Pembayaran Cahaya Metafizik™

Sebarang Pertanyaan, Nyatakan Di Sini













Jumlah Pengunjung Cahaya Metafizik™