Rata-rata pesakit yang mengalami penyakit yang sukar dirawati sebenarnya berpunca daripada tabiat memendam emosi negatif dan trauma dalam jangka masa yang panjang. Untuk pengetahuan tuan-puan, jika trauma dan emosi-emosi negatif ini disimpan terlalu lama di dalam tubuh, maka tubuh akan menghantar isyarat dalam bentuk penyakit yang sukar untuk sembuh, seperti migrain, GERD/gastrik, arthritis, dan sebagainya.
Di bawah ini merupakan sedikit sebanyak senarai emosi negatif yang tersimpan, berserta impak penyakitnya terhadap tubuh badan:
Penyakit Pada Tubuh Badan | Punca Penyakit Itu Berlaku |
---|---|
Arthritis | Suka mengkritik diri sendiri dan orang lain, terlalu pentingkan kesempurnaan. |
Sakit Pinggang |
|
Migrain / Sakit Kepala | Panas baran, suka kontrol, banyak berfikir tentang masalah. |
Perut | Kerisauan, kurang percaya diri, ketakutan. |
Jantung / dada | Menyayangi tetapi diri tidak disayangi, kerap bersedih hati. |
Strok (tanpa asbab kemalangan) | Selalu berfikiran negatif, jarang mendapat kegembiraan yang begitu lama. |
Thyroid | Suara hati, pendapat dan idea yang sentiasa takut untuk diluahkan. |
Sistem saraf & otot | Trauma lama yang tidak selesai, ketakutan yang berpanjangan. |
Inilah jawapan mengapa hampir semua golongan spiritual, termasuk para Nabi, sentiasa menyarankan agar kita bertenang dan bersabar dalam menghadapi apa jua cabaran kehidupan agar emosi negatif tersebut tidak ‘convert’ menjadi penyakit. Keadaan emosi seperti marah, sedih, kerisauan dan sebagainya adalah lumrah dan fitrah manusia, namun kita perlu bijak mengawalnya supaya tidak berlarutan dalam jangka masa yang panjang.
Di bawah ini adalah teknik-teknik metafizik bagaimanakah untuk mengeluarkan segala trauma dan bebanan emosi negatif yang terpendam di dalam diri agar tidak menjadi penyakit pada tubuh badan. Teruskan pembacaan.
TEKNIK 1: TULIS DI ATAS KERTAS, LIPAT DAN BAKAR
Pernahkah tuan-tuan dibuli di tempat kerja? Diejek-ejek oleh ahli keluarga yang toksik? Atau jiran sebelah rumah yang sering menunjukkan perangai yang menyemakkan jiwa? Sudah tentu kita akan berasa panas hati dan geram. Sekali lagi diingatkan, usah sesekali menyimpan emosi negatif itu di dalam diri, sediakan sahaja:
+ Pen,
+ Kertas A4,
+ Lighter panjang,
+ Sepit kain besi atau penyepit besi makanan.
Tarik nafas dalam-dalam, dan lepaskan kemarahan tersebut dengan menuliskannya di atas kertas A4, tanpa pengetahuan sesiapa pun. Tulislah segalanya, luahkan emosi marah itu secara sepenuh hati, tanpa ditahan-tahan contohnya seperti ayat berikut:
Contoh 1: "Dasar jiran sewel, asyik memekak-mekak karaoke tengah malam buta, kau ingat suara kau tu tak tembus masuk ke dalam bilik tidur aku ke? Nak tidur nyenyak pun susah, rasa macam nak bagi penampar je kat anak beranak! Dah la suara sumbang macam katak pisang, menyanyi jelah kat dalam kereta ke, kat dalam van jenazah ke, baru la tak mengganggu orang!",

Contoh 2: "Serabut betul la aku berkawan dengan si Wahab ni, jenis spesies kawan liabiliti, dok perabis duit orang je kerjanya.. asal bertemu je mengeluh tak ada duit, tak ada duit bla bla.. kerjanya nak pinjam duit, nak minta belanja makan dan macam-macam lagi. Lepas pinjam duit, harapkan orang halalkan.. Asal kau datang nak jumpa aku je, mesti sebab nak minta tolong macam-macam, nak kerah kudrat aku.. betul ke kau ni kawan? ke parasit? Aku spray dengan racun perosak karang baru tau! Rezeki kau sempit selama ini datangnya dari mindset dan kata-kata kau sendiri yang asyik mengeluh".
Perhatian, ianya mesti ditulis menggunakan tangan, bukan menulisnya menggunakan komputer, smartphone atau apa-apa jenis media digital. Tuliskan sepenuh emosi, sambil menangis-nangis pun tidak mengapa.
Selepas itu, lipatkan kertas tersebut sebanyak 3 kali lipatan, sila rujuk gambar rajah di bawah ini:

Setelah melipatkan kertas seperti di atas, kepitkan kertas lipatan itu dengan pengepit besi lalu dibakarkan kertas itu di luar rumah atau pejabat. Semasa sebelum atau sedang membakar kertas itu, niatkan di dalam hati atau lafazkan:
"Aku tidak mahu lagi perasaan dan kata-kata hati ini tersimpan di dalam diriku, maka aku melepaskan segala bebanan emosi negatif, kemarahan, dendam, sakit hatiku ini ke alam semesta, ianya tidak lagi tersimpan di dalam kalbu dan jasadku ini buat selama-lamanya".
Biarkan debu-debu kertas yang dibakar itu bertebaran diluar, jikalau ditiup angin,biarkan ianya tersebar ke alam semesta. Insha'Allah alam semesta akan purify energi negatif tersebut.
TEKNIK 2: MENJERIT SEPUAS HATI PADA GAMBAR TIANG JAMRAH
Bagi sesiapa yang mengalami kesukaran untuk menulis emosi negatif di atas kertas, jangan risau, gunakan sahaja teknik melepaskan kemarahan dan bebanan emosi negatif dengan menjerit sepuas-puas hati. Teknik ini amat sesuai bagi mereka yang mengalami ledakan emosi secara spontan, contohnya selepas ditengking oleh bos, membaca komen negatif di media sosial, isteri yang berleter dengan nada biadab, atau sedang geram dan cemburu terhadap seseorang, dan sebagainya. Untuk melepaskan bebanan emosi, anda hanya memerlukan:
+ Kereta,
+ Smartphone yang sedang memaparkan imej tiang Jamrah, Mekah.
Niatkan terlebih dahulu bahawa tuan-tuan ingin menyalurkan jeritan emosi negatif itu ke arah tiang Jamrah di Mekah. Setelah niat diluruskan, jeritlah sepuas-puas hati. Andai mahu sehingga menitiskan air mata, silakan; andai sehingga peti suara menjadi serak, tiada masalah; andai perlu menjerit berkali-kali, lakukanlah. Apa yang utama, segala kemarahan, tekanan dan beban emosi itu mesti dikeluarkan sepenuhnya, sehingga dada terasa lapang, jiwa kembali reda, dan hati berasa tenang.
Usah sesekali menjerit membabi buta tanpa adanya saluran point yang jelas contohnya seperti gambar foto tiang Jamrah di Mekah. Mengapa? Kerana jika tuan-tuan menjerit tanpa niat dan arah, maka energi emosi negatif yang dilepaskan itu tidak akan tersalur keluar sepenuhnya, sebaliknya ia akan terperangkap di dalam ruang fizikal tempat jeritan itu berlaku. Hal ini boleh menyebabkan energi/frekuensi di tempat tersebut menjadi berat, panas, serta mengundang kekacauan aura dan gelombang. Kesannya, tempat yang sepatutnya menjadi ruang rehat dan ketenangan seperti di bilik tidur, ruang tamu, atau pejabat boleh berubah menjadi medan emosi yang menyesakkan dan tidak harmoni.
Sekali lagi diingatkan, elakkan menjerit tanpa ada point atau hala tuju ke manakah energi itu akan pergi atau disalurkan? Jangan biarkan emosi negatif terlepas secara rawak, kerana ia boleh tersangkut di ruang sekeliling, lalu mengundang energi yang berat dan merosakkan. Sebaiknya, Google siap-siap gambar tiang Jamrah, dan niatkan sepenuh hati agar segala emosi marah, kecewa, dendam atau sakit hati itu disalurkan ke arah tiang tersebut. Pastikan ia dilakukan dalam ruang peribadi tanpa didengari sesiapa.

- Menjerit di dalam kereta: Energi negatif akan menyerap ke dalam sistem kenderaan, menjadikannya mudah rosak tanpa sebab logik walaupun telah diselenggara,
- Menjerit di dalam rumah: Gelombang marah akan menggelapkan aura rumah, menyebabkan perabot cepat rosak, reput, dan ruang terasa suram,
- Menjerit pada bantal peluk: Bantal akan menyimpan resonans emosi gelap, dan sesiapa yang tidur dengannya akan mengalami nightmare berulang dan gangguan mimpi pelik,
- Menjerit kepada orang lain: Individu tersebut mungkin akan terserap frekuensi marah secara langsung, berisiko terkena nasib malang, emosi keliru, atau sakit misteri yang sukar dijelaskan secara klinikal.
Sekali lagi diingatkan, elakkan menjerit tanpa ada point atau hala tuju ke manakah energi itu akan pergi atau disalurkan? Jangan biarkan emosi negatif terlepas secara rawak, kerana ia boleh tersangkut di ruang sekeliling, lalu mengundang energi yang berat dan merosakkan. Sebaiknya, Google siap-siap gambar tiang Jamrah, dan niatkan sepenuh hati agar segala emosi marah, kecewa, dendam atau sakit hati itu disalurkan ke arah tiang tersebut. Pastikan ia dilakukan dalam ruang peribadi tanpa didengari sesiapa.
TEKNIK 3: BERISTIREHAT/BERTAHANUT DI DALAM MASJID YANG BESAR
Masjid merupakan tempat suci untuk beribadah dan menghadiri majlis ilmu. Semua yang hadir ke masjid termasuk jin Muslim adalah membawa niat yang positif, iaitu untuk mendekatkan diri kepada Maha Pencipta. Justeru, segala energi niat yang baik ini akan memenuhi ruang dalam dan luar masjid, mencipta getaran spiritual yang positif, murni dan suci. Energi positif ini dapat dirasai oleh sesiapa sahaja yang singgah dan memasuki masjid.
Sekiranya tuan-tuan sedang menanggung bebanan emosi yang berat, sama ada dalam bentuk kesedihan, kemurungan, atau tekanan jiwa, maka hadirlah ke masjid. Setelah melakukan apa-apa jenis ibadah (tidak semestinya wajib, kecuali solat fardu), teruskanlah dengan beristirehat atau bertahanut di dalam masjid itu selama mana yang mampu. Nikmatilah keindahan dan ketenangan yang terdapat di dalamnya, dan seraplah energi-energi positif yang memenuhi ruang suci tersebut. Biarkan frekuensi spiritual masjid itu menyucikan emosi, menenangkan fikiran, dan menyembuhkan getaran jiwa yang sedang terluka.
Tuan-tuan amat digalakkan untuk memilih masjid yang besar, luas dan kemas, sekiranya niat kehadiran itu adalah bagi menenangkan diri. Kenapa? Kerana masjid yang luas mampu memberikan kesan keluasan pada jiwa, membebaskan rasa sempit dan sesak yang menghimpit perasaan. Dalam masa yang sama, pengudaraan di masjid yang besar juga lebih baik dan menyokong proses penyelarasan energi dalaman, berbanding masjid yang kecil atau tertutup. Tuan-tuan turut digalakkan untuk menyedekahkan wang ke dalam tabung masjid, mengikut kemampuan masing-masing. Insha’Allah, dengan gabungan niat yang ikhlas, suasana yang tenang, dan amal jariah, segala bebanan emosi akan perlahan-lahan terangkat, memberi laluan kepada ketenangan dan keseimbangan jiwa.

TEKNIK 4: BEREHAT DI ALAM SEMULAJADI YANG BERUNSURKAN AIR
Carilah mana-mana sungai yang jernih dan berbatu, atau pilihlah pantai yang indah dan bersih. Kemudian, tenangkanlah diri di sana. Biarkan keindahan alam dan getaran semula jadi menyentuh jiwa. Jika memilih untuk mandi di sungai, biarkan air yang mengalir itu membasahi seluruh tubuh, dan rendamkan diri dengan penuh kesedaran. Saat itu, niatkan dalam hati:
"Sekarang ini, aku melepaskan segala bebanan emosi negatif, kemarahan, dendam, sakit hatiku ini mengalir bersama air sungai ini",
Atau, jika tuan-tuan memilih untuk mengunjungi pantai, duduklah bersila di atas laluan ombak laut, dan biarkan ombak itu melanggar-langgar tubuh sehingga seluruh badan menjadi basah. Air laut yang mengandungi garam memiliki sifat metafizik yang sangat kuat dalam membersihkan medan energi diri, termasuk sisa-sisa emosi negatif dan kekotoran aura. Dalam suasana itu, layankan sahaja hentakan ombak yang menyentuh tubuh tanpa melawan, tanpa tergesa sehinggalah jiwa merasai ketenangan yang amat dalam dan beban emosi terasa terangkat dengan sendirinya. Itu sahaja.