Seperti mana yang tuan-puan sedia maklum, bulan purnama memiliki sifat yang memperkuatkan segala inner energy yang wujud di permukaan bumi. Dari sudut metafizik, bulan purnama berperanan sebagai vibration amplifier terhadap apa jua energi, sama ada energi positif mahupun energi negatif, yang berada di bumi. Oleh itu, ketika bulan berada dalam fasa purnama, insan yang memiliki healing energy atau positive energy akan berasa lebih tenang, manakala mereka yang mengalami gangguan jin atau sihir pula akan menjadi semakin berserabut dan mungkin mengalami sakit-sakit misteri.
Air hujan adalah bersifat positif, justeru apabila bulan berada dalam fasa purnama, vibration positif pada air hujan tersebut akan menjadi berlipat kali ganda lebih kuat. Keadaannya akan menjadi jauh lebih berenergi positif jika awan yang membawa hujan itu disertai dengan petir. Kenapa? Kerana vibration positif pada air hujan itu akan menjadi lebih kuat hasil daripada dua faktor: ia dicas oleh bulan purnama, dan pada masa yang sama, dicas juga oleh energi petir yang sabung-menyabung. Oleh sebab air hujan bulan purnama ini bersifat positif, ia boleh dijadikan sebagai salah satu bentuk ikhtiar perubatan alternatif.
Bagaimanakah untuk tahu bilakah bulan akan purnama? Sila rujuk di website Moon Phase.
MANFAAT AIR HUJAN BULAN PURNAMA
Air hujan pada waktu malam terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya: air hujan pada malam Jumaat, air hujan ketika bulan sedang purnama, air hujan ketika bulan purnama yang disertai dengan kilat sabung-menyabung, serta air hujan pada malam Lailatulqadar.
Setiap jenis air hujan di malam hari ini mempunyai power yang tersendiri, bergantung kepada rezeki masing-masing dalam menadah air hujan yang mana satu. Apa yang paling penting, rajin-rajinkan diri untuk menadahnya.
Antara manfaat-manfaat air hujan bulan purnama di dalam ikhtiar perawatan alternatif adalah:
Antara manfaat-manfaat air hujan bulan purnama di dalam ikhtiar perawatan alternatif adalah:
- Mempasifkan jin negatif yang menghuni dalam tubuh,
- Mentawarkan sihir dan ilmu hitam,
- Melenyapkan penyakit ain (evil eye),
- Menerangkan hati,
- Mengurangkan anxiety,
- Mengawal depression,
- Menyembuhkan sakit-sakit misteri (unexplained medical),
- Melembutkan jiwa yang keras,
- Mempertajamkan intuisi dan minda,
- Membantu anak yang mengalami speech delay.
Dan ada terlalu banyak lagi manfaat-manfaatnya yang lain yang tidak tertulis di sini.
PANDUAN MENADAH AIR HUJAN BULAN PURNAMA
Sediakan sebuah baldi besar yang bersih, dan tadahkan sahaja air hujan yang turun pada malam ketika bulan sedang purnama. Ia dianggap sah (betul-betul sudah malam) untuk ditadah bermula selepas azan Isyak sehingga ke azan Subuh. Jika berkemampuan, boleh menadah sehingga berbaldi-baldi banyaknya.
Pastikan baldi tersebut diletakkan lebih tinggi daripada aras tanah supaya air hujan yang terpercik dari permukaan tanah tidak masuk semula ke dalam baldi, memandangkan momentum hujan pada waktu itu boleh menjadi sangat kuat. Tuan-puan boleh meletakkan baldi di atas bumbung kereta, namun pastikan bumbung kereta tersebut dicuci terlebih dahulu agar kebersihan air hujan yang ditadah terpelihara.
Elakkan daripada menadah air hujan yang mengalir dari bumbung rumah, kerana permukaan bumbung selalunya terlalu kotor, dipenuhi dengan lumut, najis burung, sarang serangga, dan kekotoran lain yang tidak sesuai untuk tujuan perubatan alternatif. Selain itu, jauhkan juga baldi dari tiang lampu bagi mengelakkan kelkatu atau serangga lain masuk ke dalam air yang ditadah.
CARA MENGGUNAKAN AIR HUJAN BULAN PURNAMA
Tuan-puan bebas menggunakan air hujan bulan purnama ini mengikut niat (intention) masing-masing, asalkan tujuannya adalah untuk kebaikan. Tidak perlu memasak atau memanaskan air tersebut, kerana air hujan pada waktu malam sememangnya teramat bersih secara semula jadi.
Curahkan air hujan bulan purnama ke dalam gelas, lalu niatkan penggunaannya mengikut hajat tuan-puan sama ada untuk penerang hati, penyeri wajah, mempertajamkan intuisi atau mata batin, merawat anxiety, merawat depression, atau merawat gangguan jin dan sihir. Terpulanglah kepada apa jua niat yang baik. Setelah berniat, tiupkan perlahan ke arah air tersebut, kemudian minum dengan keyakinan.
Boleh juga dijadikan sebagai mandian; tambahkan satu senduk garam kasar ke dalam baldi, diikuti dengan bunga-bungaan yang wangi. Jika tiada bunga wangi, boleh gunakan sahaja bunga-bungaan biasa yang tidak beracun, seperti bunga raya, bunga kekwa liar, dan sebagainya. Untuk menaikkan keharuman, tambahkan essential oil atau daun pandan yang telah direbus agar aromanya keluar. Kemudian, tambahkan limau purut, lemon, atau limau nipis, dan kacau campuran itu mengikut arah lawan jam. Gunakan air ini untuk mandi dan boleh dijadikan sebagai bilasan terakhir selepas bersabun. Insha'Allah, segala nasib malang dan generation cursed akan lenyap dengan izin-Nya.
Jika tuan-puan memiliki pasangan atau anak yang amat keras kepala (yakni keras kepala yang tidak kena pada tempatnya) serta baran tidak tentu hala, maka sediakan segelas air hujan bulan purnama, lalu dibacakan doa berikut:
"Ya Allah, lembutkan hati (sebutkan nama penuh pasangan/anak seperti di kad pengenalan) seperti mana Engkau melembutkan besi Nabi Daud A.S"
Atau, jika non-muslim:
"Ya Allah, lembutkan hati (sebutkan nama penuh pasangan/anak seperti di kad pengenalan) seperti mana Engkau melembutkan besi Nabi Daud A.S"
Atau, jika non-muslim:
"Oh God, please gentling and soften the heart of (nama penuh seperti di kad pengenalan) just as You softened the iron for King David/Prophet Dawud, peace be upon him".
Kemudian, berikan mereka minum.
Andai tuan-tuan memiliki anak yang lambat bercakap, sediakan segelas air hujan bulan purnama, tujukan Al-Fatihah kepada Nabi Musa AS kemudian lalu dibacakan doa Nabi Musa AS, niatkan agar anak itu mampu bercakap dengan lancar lalu ditiupkan ke arah air dan berikan anak itu minum. Amalkan jika sentiasa memiliki simpanan air hujan.
'MOON WATER' JIKA MALAM BULAN PURNAMA ITU TIDAK HUJAN
Kemudian, berikan mereka minum.
Andai tuan-tuan memiliki anak yang lambat bercakap, sediakan segelas air hujan bulan purnama, tujukan Al-Fatihah kepada Nabi Musa AS kemudian lalu dibacakan doa Nabi Musa AS, niatkan agar anak itu mampu bercakap dengan lancar lalu ditiupkan ke arah air dan berikan anak itu minum. Amalkan jika sentiasa memiliki simpanan air hujan.
'MOON WATER' JIKA MALAM BULAN PURNAMA ITU TIDAK HUJAN
Andai kata bulan sedang purnama tetapi tiada hujan yang turun, usah risau tuan-puan masih boleh mendapatkan manfaatnya dengan membuat moon water. Di kalangan orang Arab atau di negara-negara yang kurang hujan, amalan membuat moon water adalah perkara biasa. Cara membuatnya cukup mudah, dan manfaat moon water ini hampir sama sahaja seperti air hujan bulan purnama yang dinyatakan sebelum ini.
Beli beberapa botol air mineral (contohnya Spritzer, Ice Mountain dan sebagainya), pastikan ia benar-benar air mineral, bukan air penyulingan. Sebagai alternatif, tuan-puan juga boleh menggunakan air telaga atau air dari puncak bukit/gunung yang bersih dan semula jadi. Kemudian, masukkan air tersebut ke dalam besen, baldi, atau botol besar untuk proses penyediaan moon water.
Jemurkan air tersebut di bawah sinaran bulan purnama. Andai langit berawan tebal dan bulan tidak kelihatan, tidak mengapa, teruskan sahaja proses penjemuran. Tuan-puan boleh menjemurnya pada bila-bila masa antara selepas azan Isyak hingga ke azan Subuh; jika mampu, jemur selama 3–4 jam pun sudah memadai. Jika menggunakan botol, pastikan penutupnya dibuka. Elakkan air daripada dimasuki kelkatu, siput babi, atau makhluk lain. Gunakan kreativiti sendiri untuk melindungi air tanpa menghalang tenaga bulan daripada diserap sepenuhnya.
Sebelum menjemur air di bawah sinaran bulan purnama, bacakan Ayatul Kursi dan tiupkan ke arah air tersebut bagi mengelakkan gangguan jin negatif atau sebarang energi yang tidak diingini. Bagi non-Muslim, boleh gunakan kaedah alternatif seperti mengetuk copper singing bowl pada bahagian tengah atau tepi besen/baldi air, sambil memohon perlindungan daripada Tuhan agar air tersebut tidak diganggu oleh energi negatif. Setelah selesai proses penjemuran, ketuk semula singing bowl sebagai tanda penutupan dan penyegelan energi.
Jika tuan-puan memiliki wang lebih, disarankan untuk membeli botol kaca di mana-mana kedai Mr.DIY atau kedai serbaneka berdekatan bagi menyimpan moon water, kerana moon water sangat serasi dengan botol kaca untuk penyimpanan jangka panjang. Jika mampu, botol tembaga juga sangat baik, namun harganya lebih mahal. Sebelum digunakan, bacakan dahulu Ayatul Kursi (menggunakan mp3 juga dibolehkan) ke arah botol kaca tersebut bagi melenyapkan energi negatif, memandangkan botol itu telah melalui banyak sentuhan tangan semasa berada di rak kedai. Bagi non-Muslim, boleh menggunakan kaedah smoke cleansing untuk tujuan pembersihan dan penyucian tenaga sebelum menyimpan air.
