Menyembuhkan Diri Dengan Air Hujan Bulan Purnama


Seperti mana yang tuan-puan sedia maklum, bulan purnama memiliki sifat yang memperkuatkan segala inner energy yang wujud di permukaan bumi. Dari sudut metafizik, bulan purnama berperanan sebagai vibration amplifier terhadap apa jua energi, sama ada energi positif mahupun energi negatif, yang berada di bumi. Oleh itu, ketika bulan berada dalam fasa purnama, insan yang memiliki healing energy atau positive energy akan berasa lebih tenang, manakala mereka yang mengalami gangguan jin atau sihir pula akan menjadi semakin berserabut dan mungkin mengalami sakit-sakit misteri.

Air hujan adalah bersifat positif, justeru apabila bulan berada dalam fasa purnama, vibration positif pada air hujan tersebut akan menjadi berlipat kali ganda lebih kuat. Keadaannya akan menjadi jauh lebih berenergi positif jika awan yang membawa hujan itu disertai dengan petir. Kenapa? Kerana vibration positif pada air hujan itu akan menjadi lebih kuat hasil daripada dua faktor: ia dicas oleh bulan purnama, dan pada masa yang sama, dicas juga oleh energi petir yang sabung-menyabung. Oleh sebab air hujan bulan purnama ini bersifat positif, ia boleh dijadikan sebagai salah satu bentuk ikhtiar perubatan alternatif.

Bagaimanakah untuk tahu bilakah bulan akan purnama? Sila rujuk di website Moon Phase.

MANFAAT AIR HUJAN BULAN PURNAMA

Air hujan pada waktu malam terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya: air hujan pada malam Jumaat, air hujan ketika bulan sedang purnama, air hujan ketika bulan purnama yang disertai dengan kilat sabung-menyabung, serta air hujan pada malam Lailatulqadar

Setiap jenis air hujan di malam hari ini mempunyai power yang tersendiri, bergantung kepada rezeki masing-masing dalam menadah air hujan yang mana satu. Apa yang paling penting, rajin-rajinkan diri untuk menadahnya.


Antara manfaat-manfaat air hujan bulan purnama di dalam ikhtiar perawatan alternatif adalah:

  • Mempasifkan jin negatif yang menghuni dalam tubuh, 
  • Mentawarkan sihir dan ilmu hitam, 
  • Melenyapkan penyakit ain (evil eye), 
  • Menerangkan hati, 
  • Mengurangkan anxiety, 
  • Mengawal depression
  • Menyembuhkan sakit-sakit misteri (unexplained medical), 
  • Melembutkan jiwa yang keras, 
  • Mempertajamkan intuisi dan minda, 
  • Membantu anak yang mengalami speech delay.

Dan ada terlalu banyak lagi manfaat-manfaatnya yang lain yang tidak tertulis di sini.

PANDUAN MENADAH AIR HUJAN BULAN PURNAMA

Sediakan sebuah baldi besar yang bersih, dan tadahkan sahaja air hujan yang turun pada malam ketika bulan sedang purnama. Ia dianggap sah (betul-betul sudah malam) untuk ditadah bermula selepas azan Isyak sehingga ke azan Subuh. Jika berkemampuan, boleh menadah sehingga berbaldi-baldi banyaknya.

Pastikan baldi tersebut diletakkan lebih tinggi daripada aras tanah supaya air hujan yang terpercik dari permukaan tanah tidak masuk semula ke dalam baldi, memandangkan momentum hujan pada waktu itu boleh menjadi sangat kuat. Tuan-puan boleh meletakkan baldi di atas bumbung kereta, namun pastikan bumbung kereta tersebut dicuci terlebih dahulu agar kebersihan air hujan yang ditadah terpelihara.

Elakkan daripada menadah air hujan yang mengalir dari bumbung rumah, kerana permukaan bumbung selalunya terlalu kotor, dipenuhi dengan lumut, najis burung, sarang serangga, dan kekotoran lain yang tidak sesuai untuk tujuan perubatan alternatif. Selain itu, jauhkan juga baldi dari tiang lampu bagi mengelakkan kelkatu atau serangga lain masuk ke dalam air yang ditadah.


CARA MENGGUNAKAN AIR HUJAN BULAN PURNAMA

Tuan-puan bebas menggunakan air hujan bulan purnama ini mengikut niat (intention) masing-masing, asalkan tujuannya adalah untuk kebaikan. Tidak perlu memasak atau memanaskan air tersebut, kerana air hujan pada waktu malam sememangnya teramat bersih secara semula jadi.

Curahkan air hujan bulan purnama ke dalam gelas, lalu niatkan penggunaannya mengikut hajat tuan-puan sama ada untuk penerang hati, penyeri wajah, mempertajamkan intuisi atau mata batin, merawat anxiety, merawat depression, atau merawat gangguan jin dan sihir. Terpulanglah kepada apa jua niat yang baik. Setelah berniat, tiupkan perlahan ke arah air tersebut, kemudian minum dengan keyakinan.

Boleh juga dijadikan sebagai mandian; tambahkan satu senduk garam kasar ke dalam baldi, diikuti dengan bunga-bungaan yang wangi. Jika tiada bunga wangi, boleh gunakan sahaja bunga-bungaan biasa yang tidak beracun, seperti bunga raya, bunga kekwa liar, dan sebagainya. Untuk menaikkan keharuman, tambahkan essential oil atau daun pandan yang telah direbus agar aromanya keluar. Kemudian, tambahkan limau purut, lemon, atau limau nipis, dan kacau campuran itu mengikut arah lawan jam. Gunakan air ini untuk mandi dan boleh dijadikan sebagai bilasan terakhir selepas bersabun. Insha'Allah, segala nasib malang dan generation cursed akan lenyap dengan izin-Nya.

Jika tuan-puan memiliki pasangan atau anak yang amat keras kepala (yakni keras kepala yang tidak kena pada tempatnya) serta baran tidak tentu hala, maka sediakan segelas air hujan bulan purnama, lalu dibacakan doa berikut:

"Ya Allah, lembutkan hati (sebutkan nama penuh pasangan/anak seperti di kad pengenalan) seperti mana Engkau melembutkan besi Nabi Daud A.S"


Atau, jika non-muslim: 

"Oh God, please gentling and soften the heart of (nama penuh seperti di kad pengenalan) just as You softened the iron for King David/Prophet Dawud, peace be upon him".

Kemudian, berikan mereka minum.

Andai tuan-tuan memiliki anak yang lambat bercakap, sediakan segelas air hujan bulan purnama, tujukan Al-Fatihah kepada Nabi Musa AS kemudian lalu dibacakan doa Nabi Musa AS, niatkan agar anak itu mampu bercakap dengan lancar lalu ditiupkan ke arah air dan berikan anak itu minum. Amalkan jika sentiasa memiliki simpanan air hujan.


'MOON WATER' JIKA MALAM BULAN PURNAMA ITU TIDAK HUJAN

Andai kata bulan sedang purnama tetapi tiada hujan yang turun, usah risau tuan-puan masih boleh mendapatkan manfaatnya dengan membuat moon water. Di kalangan orang Arab atau di negara-negara yang kurang hujan, amalan membuat moon water adalah perkara biasa. Cara membuatnya cukup mudah, dan manfaat moon water ini hampir sama sahaja seperti air hujan bulan purnama yang dinyatakan sebelum ini.

Beli beberapa botol air mineral (contohnya Spritzer, Ice Mountain dan sebagainya), pastikan ia benar-benar air mineral, bukan air penyulingan. Sebagai alternatif, tuan-puan juga boleh menggunakan air telaga atau air dari puncak bukit/gunung yang bersih dan semula jadi. Kemudian, masukkan air tersebut ke dalam besen, baldi, atau botol besar untuk proses penyediaan moon water.

Jemurkan air tersebut di bawah sinaran bulan purnama. Andai langit berawan tebal dan bulan tidak kelihatan, tidak mengapa, teruskan sahaja proses penjemuran. Tuan-puan boleh menjemurnya pada bila-bila masa antara selepas azan Isyak hingga ke azan Subuh; jika mampu, jemur selama 3–4 jam pun sudah memadai. Jika menggunakan botol, pastikan penutupnya dibuka. Elakkan air daripada dimasuki kelkatu, siput babi, atau makhluk lain. Gunakan kreativiti sendiri untuk melindungi air tanpa menghalang tenaga bulan daripada diserap sepenuhnya.


Sebelum menjemur air di bawah sinaran bulan purnama, bacakan Ayatul Kursi dan tiupkan ke arah air tersebut bagi mengelakkan gangguan jin negatif atau sebarang energi yang tidak diingini. Bagi non-Muslim, boleh gunakan kaedah alternatif seperti mengetuk copper singing bowl pada bahagian tengah atau tepi besen/baldi air, sambil memohon perlindungan daripada Tuhan agar air tersebut tidak diganggu oleh energi negatif. Setelah selesai proses penjemuran, ketuk semula singing bowl sebagai tanda penutupan dan penyegelan energi.

Jika tuan-puan memiliki wang lebih, disarankan untuk membeli botol kaca di mana-mana kedai Mr.DIY atau kedai serbaneka berdekatan bagi menyimpan moon water, kerana moon water sangat serasi dengan botol kaca untuk penyimpanan jangka panjang. Jika mampu, botol tembaga juga sangat baik, namun harganya lebih mahal. Sebelum digunakan, bacakan dahulu Ayatul Kursi (menggunakan mp3 juga dibolehkan) ke arah botol kaca tersebut bagi melenyapkan energi negatif, memandangkan botol itu telah melalui banyak sentuhan tangan semasa berada di rak kedai. Bagi non-Muslim, boleh menggunakan kaedah smoke cleansing untuk tujuan pembersihan dan penyucian tenaga sebelum menyimpan air.




Share:

Teknik Metafizik Bagi Membasmi Kesan Negatif Gangguan Lalat Sihir 'Pengintip'


Sejak kebelakangan ini, semakin ramai dalam kalangan masyarakat dunia melaporkan mengalami peristiwa mistik, iaitu sentiasa diekori atau diganggu oleh seekor atau beberapa ekor lalat jin/sihir yang bersifat pengintip. Pengalaman-pengalaman ini telah dikongsikan oleh mereka di pelbagai platform media sosial, dan tuan-tuan boleh meneliti sendiri perkongsian tersebut.

Kebiasaannya, lalat-lalat tersebut akan mengekori hingga ke malam hari, sedangkan sifat azali lalat sebenar adalah tidak begitu aktif pada waktu lewat malam.

Lalat-lalat tersebut sebenarnya merupakan simbolik kepada kewujudan individu-individu yang memiliki boundless jealousy dan watchful eyes terhadap diri si mangsa. Alam semesta itu sendiri yang telah menzahirkan kehadiran lalat-lalat ini sebagai suatu peringatan halus kepada kita semua yang tidak semestinya melibatkan perbuatan dukun. Inilah yang boleh dianggap sebagai evil eyes sebenar yang telah berevolusi dalam bentuk baharu pada akhir zaman ini.

Lazimnya, lalat-lalat tersebut akan memberikan impak yang sangat negatif terhadap mangsa yang diekori, seperti ditimpa nasib malang, kesihatan yang merosot, kebocoran wang, emosi yang tidak stabil, dan pelbagai lagi kesan lain (bergantung kepada individu). Jika dibunuh sekalipun, lalat-lalat itu akan tetap muncul semula, selagi mana masih wujud individu-individu yang secretly jealous terhadap diri mangsa.

Di bawah ini merupakan tip tatacara untuk melenyapkan impak negatif akibat gangguan lalat-lalat tersebut, dengan menggunakan kaedah metaphysical energy transmutation.


LANGKAH 1: SEDIAKAN BAHAN-BAHAN

Tuan-tuan perlu menyediakan sedikit bahan yang amat mudah didapatkan, insha'Allah segalanya sudah ada di rumah masing-masing iaitu:

1. Sehelai kertas A4,
2. Pen biru atau hitam,
3. Garam kasar laut/bukit 1 sudu,
4. Limau purut 1 biji atau 1/2 biji lemon,
5. Beberapa kuntum bunga yang wangi dan tidak beracun,
6. Mangkuk seramik atau kaca atau besi,
7. Penapis teh,
8. Jug kecil (gelas atau cawan pun boleh),
9. Lighter,
10. Sepit kain besi atau sepit makanan besi.

Gambar contoh bahan-bahan yang pernah disediakan oleh para pesakit pada sebelum ini.


LANGKAH 2: TULISKAN SENARAI MASALAH PADA KERTAS A4

Ambil pen dan kertas A4, kemudian sila senaraikan segala impak negatif yang berlaku pada diri semenjak terdapatnya lalat yang mengekori diri itu.

Contohnya tulis seperti di bawah ini pada kertas A4, menggunakan ayat sendiri:

+ Lalat yang mengekori/watchful eyes (ini WAJIB ditulis),
+ Kebocoran wang,
+ Kesempitan rezeki,
+ Kerabutan fikiran,
+ Ramai orang menjadi tidak suka pada diri,
+ Sakit on-off,
+ Wajah yang kusam, tiada nur,
+ Benci pada pasangan tanpa sebab,

Contoh senarai masalah yang menimpa semenjak adanya kehadiran lalat 'pengintip'.
Atas ini contoh sahaja, sila senaraikan segala apa yang mampu disenaraikan berdasarkan pengalaman diri. Jika cicak/lipas/lipan/pelesit/tikus dan sebagainya yang mengganggu, hanya gantikan sahaja haiwan pada point pertama tersebut, atau boleh kombinasikan haiwan-haiwan itu.


LANGKAH 3: LIPATKAN KERTAS A4 SEBANYAK 3 KALI LIPATAN

Di bawah ini adalah infografik tatacara melipatkan kertas setelah dituliskan segala senarai masalah yang dihadapi. Sila ikuti panduan di dalam infografik di bawah ini secara baik-baik dan penuh teliti.

Panduan melipat kertas A4 dan arah lipatan, sila fahami sebaik-baiknya.


LANGKAH 4: BAKARKAN KERTAS YANG SUDAH BERLIPAT ITU KE DALAM MANGKUK

Bakar semasa kertas itu masih sedang berlipat, usah dibuka.
Kepitkan kuat-kuat kertas A4 yang sudah berlipat itu menggunakan sepit kain besi atau pengepit makanan besi, kemudian bakarkan ke dalam mangkuk kaca/seramik/besi (yang kosong) sehingga menjadi abu. Buatlah apa-apa cara sekalipun janji kertas A4 yang sudah dilipatkan itu terbakar dan menjadi abu di dalam mangkuk.


LANGKAH 5: CAMPURKAN AIR, BUNGA, GARAM DAN PERAHAN LIMAU/LEMON KE DALAM MANGKUK YANG ADA ABU

Mangkuk yang berisi air abu bersama bunga-bungaan, limau dan garam.
Masukkan air sehingga 1/2 atau 3/4 mangkuk, masukkan bunga-bungaan (termasuklah bahan add on yang lain jika ada contohnya seperti essential oil), masukkan 1 sudu garam kasar, perahkan lemon/limau termasuklah biji-bijinya sekali ke dalam mangkuk itu.

Kacaukan air di dalam mangkuk itu menggunakan beberapa jari tangan kanan mengikut arah pusingan lawan jam (tawaf) sambil menyebutkan di dalam hati atau melafazkannya (terpulang) ayat di bawah ini:

"Sekarang ini, segala energi negatif yang berkaitan dengan diriku pada abu ini telah convert dan transmutation menjadi energi yang tersangat-sangat positif, segalanya menjadi antonim."

Kacau beberapa kali mengikut arah lawan jam sambil melafazkan berkali-kali sehinggalah hati berasa puas (atau berasa cukup). Tidak perlu lama-lama, 1-2 minit sudah cukup.


LANGKAH 6: TAPISKAN AIR MANGKUK KE DALAM JUG

Air abu yang sudah ditapiskan ke dalam cawan.
Tapiskan air dari bahan-bahan di dalam mangkuk lalu dimasukkan ke dalam jug atau gelas atau cawan. Bermakna, di dalam jug atau gelas atau cawan itu hanyalah airnya sahaja. Jika terbuat lebihan air, masukkan ke dalam jug atau gelas atau cawan yang lebih, usah dibuang air yang berlebihan itu.

Baiklah, sekarang ini apa yang tinggal hanyalah mangkuk berisi bahan-bahan yang sudah ditapis iaitu hampas bunga, abu dan limau (usah dibuang) berserta air abu yang sudah ditapis ke dalam jug atau gelas atau cawan.


LANGKAH 7: JADIKAN POKOK-POKOK SEBAGAI 'ANTENA' ENERGI POSITIF

Kini tuan/puan hampir pun berada di langkah yang penghujung untuk melenyapkan curse yang terhasil daripada lalat evil eyes dari orang-orang yang boundless of jelousy. Ikuti langkah-langkah yang seterusnya.

Sila tanamkan hampas-hampas bunga, limau dan sebagainya itu di mana-mana kawasan yang tuan/puan pilih sendiri (bebas) atau, boleh sahaja dibuangkan ke mana-mana sungai atau parit yang airnya mengalir.

Air abu di dalam jug itu pula memiliki energi yang amat-amat positif, maka tuan/puan bolehlah mencari mana-mana pokok tanaman samada tanaman berbunga/hiasan, pokok buah-buahan, tanaman herba dan sebagainya lalu siramkan air di dalam jug itu ke pokok tanaman tersebut. Disarankan siramkan pada pokok yang masih lagi saiz sederhana besar.

Gambar proses penyiraman air abu ke pokok.


KESIMPULAN RAWATAN METAPHYSICAL ENERGY TRANSMUTATION

Tahniah kepada tuan/puan kerana berjaya menyelesaikan rawatan metaphysical energy transmutation terhadap lalat evil eyes. Insha'Allah segala curse dari lalat-lalat tersebut telahpun break dan transform menjadi energi yang berlawanan iaitu positif. Tuan/puan akan dapat merasai sendiri impak yang amat positif pada diri tuan/puan selepas ini.

Pokok yang telah disiramkan oleh air yang positif itu tadi akan 'mendoakan' kembali kebaikan kepada si penyiram secara vibration. Pokok itu sudah menjadi 'antena' pemancar kepada seluruh alam semesta terhadap energi positif tersebut. Informasi ini mungkin agak berat (mindblowing), insha'Allah seiring dengan perjalanan masa dan pengalaman hidup, pasti tuan/puan akan memahami jua nanti.

Selepas ini, jika terdapat mana-mana orang yang throw the curse pada diri tuan/puan, teruskan sahaja langkah-langkah yang telah dikongsikan ini agar curse energy tersebut break and transmute menjadi energi yang positif. Sesiapa yang menjadi mangsa cursing dan evil eyes, maka alam semesta akan memberikan tanda-tanda melalui kehadiran lalat, lipas, cicak, lipan, tikus dan pelbagai lagi (sedangkan selama ini tiada pun makhluk-makhluk tersebut menyerang).

Apabila lalat-lalat evil eyes telah mengatahui yang tuan/puan memiliki ilmu metaphysical energy transmutation, maka lalat-lalat tersebut menjadi terlalu sukar untuk wujud lagi buat selama-lamanya, kenapakah? Ini kerana, segala curse yang dilemparkan oleh lalat tersebut akan menjadi kelebihan pula buat si mangsa target kerana curse itu akan 'diantonimkan' menjadi positif. Buang masa lalat itu sahaja nanti.

Selamat menempuh jalan kesembuhan yang berkekalan!




Share:

Waktu-Waktu Utama Jin Negatif Berkeliaran Mengganggu



Apabila musim serangan gangguan ghaib berskala besar semakin menghampiri, kami biasanya dapat mengesannya dalam beberapa hari lebih awal. Mungkin kerana kami terlibat dalam bidang perawatan alternatif dan parapsikologi, ditambah pula dengan minat kami yang mendalam dalam memerhati serta menganalisis fenomena di alam sekeliling kita.

Setiap kali serangan ghaib mula mendominasi alam ini, kebiasaannya akan tercetuslah pelbagai cabaran luar biasa contohnya seperti pesakit di wad psikiatri (sakit mental) yang mula menunjukkan gejala yang lebih serius, kes kematian mengejut meningkat, dan gangguan anxiety semakin berleluasa. Mereka yang sensitif terhadap unsur keghaiban pula cenderung menjadi lebih mudah dirasuki.

Apabila musim gangguan ghaib sedang mengganas secara global, rata-rata individu yang peka terhadapnya akan turut terkesan contohnya seperti mengalami gangguan emosi seperti keserabutan jiwa tanpa sebab, mimpi-mimpi seram, darah istihadah (haid) yang mengalir berpanjangan, kesukaran tidur malam, perut berangin atau cirit-birit tanpa punca jelas, kegatalan kulit, keletihan luar biasa, konflik rumah tangga, dan pelbagai simptom lain yang sukar dijelaskan secara logik.

PENGALAMAN MELIHAT GANGGUAN GHAIB

Pernahkah tuan-tuan menyaksikan fenomena di mana sekumpulan pelajar wanita di asrama atau kolej yang tiba-tiba mengalami histeria atau kerasukan secara serentak? Suasana menjadi kecoh, dipenuhi dengan jeritan dan tangisan yang menggamit rasa seram dan tanda tanya, seolah-olah ada sesuatu yang lebih besar sedang berlaku di sebalik tabir realiti.

Pernahkah tuan-tuan melihat segerombolan anjing melolong panjang mengeluarkan bunyi 'aauuuwwooo', bersahut-sahutan tanpa henti sepanjang malam malah berlarutan selama beberapa hari?

Itulah salah satu petanda bahawa gangguan ghaib ketika itu sedang mengganas dalam skala yang luar biasa besar!

Pada malam Jumaat, 28 Januari 2022, kami sengaja bangun pada pertengahan malam sekitar jam 3:13 pagi untuk menjalankan ‘aktiviti malam’ yang sememangnya menjadi rutin harian kami. Namun, malam itu terasa agak ganjil, seolah-olah terdapat terlalu banyak kelibat yang melintas-lintas di luar rumah, terutama apabila kami melihatnya melalui pandangan mind's eye. Suasananya tidak seperti biasa, seakan ada 'sesuatu' yang sedang 'berkeliaran' di sebalik tabir alam nyata.

Terdetik di hati kami; "apakah yang berlaku pada malam ini?".

Lalu kami mula menyelidik secara spiritual, meneliti petunjuk demi petunjuk, dan akhirnya, terbongkarlah satu fakta mengejutkan; rupa-rupanya, tidak lama lagi akan berlangsungnya ritual Diablada, yang dijadualkan pada 01 Februari 2022. Sebuah ritual kesyaitanan yang diwarisi sejak turun-temurun, penuh dengan unsur pemujaan dan energi hitam. Patutlah suasana malam itu terasa begitu berat, suram dan sarat dengan getaran negatif yang sukar dijelaskan dengan kata-kata.

Di bawah ini, kami akan menghuraikan bilakah waktu-waktu tertentu yang sering menyaksikan serangan ghaib mengganas secara global, satu gelombang misteri yang mampu dirasai hampir di seluruh dunia, tanpa mengira bangsa, agama, mahupun latar budaya. Fenomena ini ibarat bayang gelap yang merentasi sempadan realiti, menyentuh jiwa-jiwa yang sensitif dan terbuka terhadap dimensi halus.


DI SAAT BAKAL BERLAKUNYA SAMBUTAN RITUAL KEGHAIBAN

Antara waktu-waktu yang kuatnya berlaku gangguan ghaib lazimnya adalah pada bulan yang akan berlakunya ritual-ritual hantu/syaitan secara berskala besar contohnya:

  • Ritual Diablada pada 01 Februari, 
  • Ritual Samhain pada 31 Oktober, 
  • Mungkin ada juga ritual rahsia oleh secret society.

Gangguan dahsyat biasakan akan berlaku 2-3 minggu sebelum hari ritual itu bakal tiba. 


DI SAAT TERJADI FASA BULAN PURNAMA DI MUSIM PANAS

Mungkin bab ini kedengaran agak tahyul bagi sesetengah pihak, namun kami berharap tuan-tuan dapat menganggapnya sebagai sebahagian daripada sains yang belum ditemui sepenuhnya (undiscovered science) dan tidak perlu diperdebatkan secara panjang lebar. Jika mahu mempercayainya, maka dipersilakan, dan jika tidak, itu juga tiada masalah. Yang penting, biarlah minda sentiasa terbuka terhadap kemungkinan di luar batas logik biasa.

Apabila tiba fasa bulan purnama atau gerhana bulan, ia seolah-olah berfungsi sebagai penguat kepada segala bentuk energi sama ada positif mahupun negatif. Fenomena ini bukan sekadar keindahan langit malam, tetapi turut membawa gelombang getaran halus yang mampu mempengaruhi tubuh, minda dan emosi manusia.

Jika seseorang itu didominasi oleh energi yang positif, biasanya dia akan merasakan ketenangan yang mendalam ketika bulan sedang purnama, seolah-olah jiwanya selaras dengan getaran semesta. Sebaliknya, jika individu tersebut lebih cenderung kepada energi negatif, atau mungkin sedang mengalami gangguan halus, lazimnya dia akan berasa tidak tenteram, mudah berserabut, malah boleh mengalami sakit-sakit badan tanpa sebab yang jelas.
 
Ahli sihir, sama ada yang mengamalkan ilmu hitam mahupun ilmu putih, sememangnya amat menantikan saat tibanya bulan purnama kerana ketika inilah kekuatan keilmuan mereka dapat ditingkatkan dengan lebih tinggi, hasil daripada gelombang energi semesta yang memuncak.

Pada saat bulan purnama tiba, lazimnya jin-jin akan menjadikan ianya sebuah hari perayaan besar atau festival yang perlu disambut lalu jin-jin itu akan keluar berkeliaran secara global. Biasanya jin-jin yang jahat akan berkeliaran sambil mengganggu manusia.

Apa-apapun, jika bulan sedang berada dalam fasa purnama/gerhana namun berlaku pula musim hujan, insha'Allah gelombang gangguan akan menjadi jauh lebih perlahan dan tidak sekuat kebiasaannya. Ini kerana majoriti jin tidak menyukai hujan apatah lagi jika disertai dengan kilat dan petir yang sabung-menyabung di langit. Getaran semula jadi daripada kilat dan titisan hujan membawa frekuensi yang mampu mengganggu kestabilan kewujudan jin-jin, menyebabkan jin-jin itu berundur atau melemah buat sementara waktu.


DI SAAT PLANET MENGALAMI RETROGRADE

Seperti yang tuan-tuan sedia maklum, orbit planet-planet di langit kadangkala kelihatan seolah-olah bergerak mengundur dari perspektif penglihatan kita di bumi, satu fenomena yang dikenali sebagai retrograde motion. Walaupun pergerakan ini hanyalah ilusi optik akibat kedudukan relatif antara bumi dan planet-planet tersebut, kesannya dalam ilmu metafizik dan astrologi sering dianggap signifikan. Untuk mengetahui planet manakah yang bakal mengalami retrograde dari semasa ke semasa, tuan-tuan bolehlah melayari laman web rasmi NASA atau sumber astronomi lain yang tepat.

Jika hanya sebuah planet sahaja yang mengalami gerakan retrograde pada satu-satu masa, biasanya ia tidak membawa kesan yang terlalu besar. Namun, apabila terdapat dua hingga empat planet yang berada dalam fasa retrograde serentak, ia sering menjadi petanda kurang baik dalam dunia metafizik. Fenomena ini dikaitkan dengan ketidakseimbangan tenaga kosmik yang boleh membuka ruang kepada gangguan halus yang lebih agresif. Ketika inilah serangan ghaib lazimnya menjadi sangat kuat dan meluas lantas mempengaruhi emosi, kesihatan, dan kestabilan rohani manusia yang sensitif terhadap perubahan getaran alam.

Ahli-ahli spiritual di seluruh dunia amat mengambil cakna terhadap hal-hal seperti ini, terutamanya sebagai langkah persediaan awal untuk menghadapi peningkatan jumlah pesakit yang mengalami gangguan halus. Umumnya, ketika fenomena seperti gerakan retrograde berganda atau bulan purnama berskala tinggi berlaku, jumlah kes gangguan akan melonjak secara drastik. Maka, para perawat perlu lebih bersedia dari segi mental, fizikal dan spiritual bagi menghadapi gelombang energi yang tidak menentu dan rawatan yang lebih mencabar.




Share:

Waspada Diri Dari Penyakit Ain



Tahukah tuan-puan bahawa hampir kesemua manusia boleh terhasilkan sihir tanpa dirinya sengaja? Baiklah, untuk pengetahuan tuan-puan, penyakit Ain (pandangan mata jahat) merupakan salah satu daripada mekanisme sihir (manipulasi energi) yang berlaku tanpa disedari terhadap seseorang. Secara ringkasnya, istilah penyakit Ain merujuk kepada penyakit misteri yang terhasil daripada pandangan mata manusia.

Para nabi dan juga para pendeta pada zaman sebelum Masihi sentiasa mengingatkan umatnya agar berwaspada terhadap penyakit yang berpunca daripada pandangan mata manusia itu. Setiap agama atau bangsa mempunyai istilah tersendiri, antaranya:

  • Antarabangsa: Evil Eye,
  • Islam: Ain (al-‘Ayn) / Hasad,
  • Yahudi: Ayin Hara (עין הרע),
  • Hindu: Drishti (த்ą®°ிą®·்டி),
  • Buddha Mahayana: Jashii,
  • Tamadun Rom: Malocchio,
  • Tamadun Cina: XiĆ© YĒŽn (é‚Ŗēœ¼ – secara harfiah bermaksud 'mata jahat'),
  • Lain-lain: Pelbagai istilah lain turut wujud dalam budaya seperti Deochi (Romania), Nazar (Turki, Parsi, Urdu), dan sebagainya.

APAKAH KESAN DARI PENYAKIT AIN? 

Keadaan dan simptom penyakit Ain sangat berbeza antara setiap individu. Lain individu, maka lainlah reaksi atau keadaan yang dialaminya ketika menghidapi penyakit Ain ini. Ada yang secara tiba-tiba mengalami:

  • Tekanan jiwa (kehilangan energi dalaman) serta kebimbangan (anxiety) tanpa sebab jelas,
  • Mata menjadi sembap, layu dan kelihatan gelap,
  • Wajah atau kulit kelihatan kusam, tidak berseri (hilang nur),
  • Fikiran berserabut, mudah marah, emosi tidak stabil, kesedihan melampau,
  • Bayi kecil mengalami sawan tangis atau tangisan berpanjangan (colic),
  • Rezeki menjadi sempit, urusan harian terasa sukar dan tersekat,
  • Gangguan dalam pekerjaan atau pelajaran tanpa sebab logik,
  • Penyakit misteri seperti darah tinggi walaupun tiada kesalahan dalam pola pemakanan,
  • Sakit atau sengal-sengal otot, khususnya di bahagian pinggang, tengkuk dan belikat,
  • Pelbagai lagi gangguan fizikal, emosi, mahupun spiritual yang sukar dijelaskan secara saintifik.

Apabila penyakit Ain menimpa seseorang, tidak mustahil lama-kelamaan individu tersebut akan mengalami penderitaan yang mendalam, sehingga boleh membawa kepada kehilangan arah hidup atau bahkan kecenderungan untuk membunuh diri. Situasi ini sering dilaporkan berlaku dalam kalangan figura awam (public figure) yang sentiasa menjadi tumpuan dan perhatian ramai.

MEKANISMA TERJADINYA PENYAKIT AIN 

Pernahkah anda mendengar istilah 'zikrullah adalah makanan bagi rohani'? Bagi umat Islam, zikrullah dianggap sebagai sumber energi spiritual yang menyuburkan jiwa dan membawa kepada ketenangan dalaman. Bagi penganut agama lain serta golongan yang mengamalkan fahaman kuno atau New Age pula, amalan seperti meditasi diamalkan untuk memperkuatkan benteng spiritual, iaitu dalam konteks meningkatkan frekuensi energi dalaman.

Seperti mana yang tuan-puan tahu, untuk menambah energi pada tubuh jasad, kita perlu mengambil zat fizikal seperti nasi, daging, dan pelbagai makanan berkhasiat yang lain. Sebaliknya, untuk memperkuatkan spiritual, kita perlu menguatkan energi dalaman, yang sering dikaitkan dengan konsep pencerahan diri (enlightenment). Proses ini boleh dicapai melalui amalan seperti berzikir, bermeditasi, atau mindfulness, bergantung kepada kepercayaan dan pendekatan seseorang.

Apabila seseorang menjadi figura awam seperti artis, sudah tentu mereka akan sentiasa menjadi tumpuan pandangan mata ramai. Jika spiritual dalamannya tidak cukup kuat, maka besar kemungkinan artis tersebut akan terdedah kepada penyakit Ain, yang boleh melemahkan energi spiritual dan menjejaskan kesihatan secara menyeluruh.

Sebab itulah ramai figura awam/artis yang tiba-tiba mengalami perubahan pelik dalam diri, seperti keletihan melampau, fikiran berserabut, dan kehilangan kewarasan tanpa sebab yang jelas. Untuk menghindari tekanan batin atau gejala aneh yang melanda diri mereka, ada yang akhirnya terpaksa memilih jalan singkat dengan mengambil dadah sebagai bentuk 'kesembuhan' sementara, meskipun ia bukanlah penyelesaian sebenar.

Ramai ahli spiritual berpendapat bahawa pandangan mata manusia yang terlalu fokus atau taksub, terutama apabila disertai dengan emosi yang kuat, mampu memancarkan gelombang energi tertentu yang kemudiannya akan terselaraskan (synchronize) ke dalam tubuh individu yang sedang diperhatikannya itu. Proses ini berlaku secara halus tetapi boleh memberi kesan besar terhadap energi dalaman dan keseimbangan spiritual seseorang.

Jika seseorang individu memiliki energi spiritual yang kuat, maka pandangan mata yang penuh emosi itu tidak akan memberi sebarang kesan kepadanya. Namun, jika energi spiritualnya lemah, maka besar kemungkinan individu tersebut akan terkena penyakit Ain. Keadaan akan menjadi jauh lebih berbahaya sekiranya si pemerhati atau si tukang pandang itu memiliki energi dalaman yang kuat, manakala individu yang dipandang pula berada dalam keadaan spiritual yang lemah, membuka ruang besar untuk gelombang energi negatif menembusi sistem pertahanan tubuh rohaninya.

CARA MERAWATI PENYAKIT AIN 

Penyakit Ain bukanlah sejenis gangguan jin, sebaliknya lebih kepada bentuk sihir halus yang terpancar melalui mata manusia, tanpa disedari, tanpa niat, dan tanpa pula disengajakan. Maka timbul persoalan, adakah mereka berdosa? Jawapannya adalah tidak, kerana ia berlaku secara tidak sengaja, malah kebanyakan individu yang menjadi penyebab pun tidak mengetahui langsung pun bahawa pandangan mereka boleh membawa kesan sedemikian rupa.

Jika kita merasa wajah atau tubuh kita kelihatan menarik, cantik, atau sasa (sado), sebaiknya elakkan daripada menjadikannya tontonan umum secara berlebihan, terutamanya melalui muat naik di media sosial. Jika tetap ingin berkongsi, pastikan tahap spiritualiti kita berada dalam keadaan yang kuat dan stabil terlebih dahulu. Ini kerana pandangan mata yang taksub atau dipenuhi perasaan dengki daripada orang lain boleh memberi kesan kepada energi dalaman, seterusnya membuka ruang kepada gangguan halus seperti penyakit Ain.

Andai seseorang telah ditimpa penyakit Ain, rawatannya bukanlah semudah A, B, C, namun ia tetap boleh diikhtiarkan, dan sememangnya ramai pesakit telah berjaya sembuh sepenuhnya. Proses rawatan mungkin mengambil sedikit masa, kerana penyakit Ain lazimnya telah pun memberi kesan terhadap kesihatan mental dan emosi dalaman seseorang. Antara langkah yang boleh diamalkan termasuklah zikrullah secara konsisten, latihan mindfulness, berkawan dengan golongan penyembuh (healer), mandi air garam, serta pelbagai lagi pendekatan pemulihan energi spiritual dan emosi.




Share:

Sukma Yang Keluar Dan Tidak Kembali Ke Jasad



Tahukah tuan/puan bahawa cahaya yang kita lihat di dunia ini sebenarnya berwarna putih? Segala warna lain seperti merah, biru, kuning dan sebagainya berasal daripada cahaya putih tersebut yang terurai kepada pecahan warna-warna tertentu. Dalam fakta sains fizik, yang benar-benar wujud hanyalah cahaya dan haba, manakala gelap dan sejuk tidak wujud secara hakiki. Definisi gelap dan sejuk itu sendiri bermaksud ketiadaan cahaya dan ketiadan haba. Mungkin penulisan ini agak kompleks, namun teruskanlah pembacaan.

Tahukah tuan/puan apakah sebenarnya warna itu dari sudut sains? Warna merupakan gelombang yang mempunyai frekuensinya yang tersendiri. Sebagai contoh, warna merah berfrekuensi antara 400–480 THz, manakala warna biru antara 610–670 THz. Apa yang lebih mengejutkan, warna putih sebenarnya tidak termasuk dalam kiraan gelombang dan frekuensi tersebut! Itulah hakikat cahaya putih, yang dalam bahasa agama dikenali sebagai 'nur'. Bahkan, nama syarikat kami sendiri, Cahaya Metafizik™ Centre, adalah terinspirasi daripada teori cahaya ini.

TEORI TENTANG ROH DAN CATATAN KUNO

Roh itu adalah rahsia Tuhan, pengatahuan manusia mengenai roh adalah terlalu terbatas tetapi walaupun maklumatnya sedikit, ianya sudah memadai untuk kita semua mengatahui tentang rahsia alam semesta ini. Di sini, kami tidaklah menulis teori roh ini berdasarkan catatan ilmuan Islam tetapi kami cuba menghuraikan berdasarkan catatan kuno/pra sejarah iaitu catatan yang jauh lebih lama dari itu. Sains fizik kuantum moden sekarang ini pun sedang bekerja keras mengkaji catatan-catatan kuno tersebut dan kepelbagaian jawapan mulai terungkai.

Secara falsafah lama, roh sebenarnya merupakan cahaya putih yang menjadi sumber tenaga utama kepada manusia. Tenaga yang dimaksudkan di sini bukanlah tenaga yang dihasilkan oleh mitokondria dalam sel, tetapi tenaga yang bersifat ‘nyawa’, kesedaran (consciousness) dan bersifat ghaib. Walau bagaimanapun, secara fakta, sumber tenaga utama di dunia ini tetap datang daripada cahaya, iaitu cahaya matahari yang menjadi asas kepada proses fotosintesis tumbuhan. Kita tidak dapat lari daripada hakikat bahawa cahaya merupakan sumber tenaga utama, walaupun melalui pelbagai rangkaian.

Oleh kerana roh merupakan cahaya yang berwarna putih (warna asal), maka secara automatik roh itu terbahagi kepada pecahan-pecahannya atau sub-rohnya, iaitu:

  • Merah,
  • Jingga,
  • Kuning,
  • Hijau,
  • Biru,
  • Indigo,
  • Ungu.

Setiap warna di atas mempunyai karakter atau fungsinya yang tersendiri. Seperti yang tuan/puan sedia maklum, berdasarkan kepercayaan ahli spiritual lama dan juga masa kini, kesedaran (pemikiran) kita merupakan pecahan atau sub-roh yang berwarna ungu, manakala intuisi pula merupakan pecahan atau sub-roh yang berwarna indigo. Gabungan kedua-dua sub-roh ini iaitu ungu dan indigo akan membentuk apa yang dikenali sebagai sukma.

SUKMA YANG MENGEMBARA TATKALA TIDUR (MERAGA SUKMA)

Seperti yang tuan/puan sedia maklum, semasa kita tidur, kita sebenarnya mengalami kematian sementara kerana sub-roh kita keluar daripada jasad pada saat itu. Secara mudahnya, ketika kita tidur nyenyak, sukma kita akan keluar dan merayau-rayau, menerobos ke pelbagai ruang, dimensi dan masa.

Sukma yang keluar itu akan tetap terhubung dengan satu ‘tali ghaib’ berwarna perak yang bersambung pada bahagian pusat di tubuh jasad. Sambungan ‘tali ghaib’ inilah yang menyebabkan sukma tersebut mampu kembali semula ke tubuh jasad ketika kita terjaga dari tidur.

Bagi mereka yang terlalu peka terhadap alam keghaiban, lazimnya mereka akan tersedar ketika sukma mereka sedang keluar dari jasad semasa tidur. Kebiasaannya, mereka akan merasakan seolah-olah sedang bermimpi, namun mereka sedar sepenuhnya dalam mimpi tersebut dan mampu mengalaminya dengan begitu jelas dan nyata. Dalam istilah sains, keadaan ini dikenali sebagai vivid dream atau lucid dream.

Kadang-kadang, apabila seseorang hampir mengalami pengalaman meraga sukma semasa tidur tetapi sub-rohnya tidak dapat keluar (projection) sepenuhnya, mereka akan mengalami terasa ditindih/lumpuh ketika tidur (sleep paralysis). Dalam keadaan ini, ada juga individu yang mampu melihat kehadiran jin di sekelilingnya disebabkan oleh pancaindera penglihatan yang ketika itu berfungsi melalui roh sub-indigo.

RISIKO MELAKUKAN PENGEMBARAAN SUKMA

Tahukah anda bahawa terdapat ramai individu di seluruh dunia yang memiliki kebolehan untuk mengembara secara sedar dan sengaja menggunakan sukma mereka iaitu suatu kebolehan yang sering digelar sebagai meraga sukma? Fenomena ini tidak mengenal batas bangsa mahupun agama. Di serata dunia, ia dikenali dengan pelbagai nama seperti Pengalaman Hampir Mati (Near Death Experience, NDE), Pengalaman Keluar dari Tubuh (Out of Body Experience, OBE), Projeksi Astral (Astral Projection), Safar-e-Ruh (dalam sufisme), dan banyak lagi. Apa yang penting, golongan yang paling terkenal dengan kemampuan tersebut datangnya daripada:

  • Ahli spiritual atau kebatinan,
  • Dukun, ahli sihir,
  • Orang yang diserang teruk oleh sihir dan jin,
  • Orang yang sedang sakit terlalu tenat.

Kebanyakan orang biasa tidak menyedari bahawa mereka sedang meraga sukma semasa tidur. Namun, berbeza pula dengan golongan di atas, mereka sangat sedar bahawa mereka sedang meraga sukma, malah mampu melakukannya secara sengaja dan pada bila-bila masa yang mereka kehendaki!

Antara risiko-risiko meraga sukma adalah:

  • Jin boleh memasuki ke dalam jasad seseorang yang sukma/kesedarannya tiada,
  • Sukma seseorang itu boleh ditangkap oleh jin mahupun manusia,
  • Gila isim kerana terlihat alam ghaib yang cukup kompleks.

Antara masalah yang paling terkenal di dunia berkaitan dengan sukma ialah apabila sukma tersebut telah ditangkap oleh jin atau manusia yang memiliki kemampuan untuk menangkap/mengurungnya. Kami di Cahaya Metafizik™ Centre telah menerima begitu banyak kes berkaitan masalah sukma yang ditangkap ini, dan hakikatnya, merawat keadaan ini agak lebih mencabar berbanding rawatan-rawatan lain.

Sebab itulah untuk meraga sukma, persediaan rapi dan kelimuan yang tinggi itu adalah perkara yang sangatlah wajib.

KEADAAN DIRI APABILA SUKMA ITU TIDAK KEMBALI KE JASAD

Apabila sukma itu tidak kembali ke jasad selepas keluar, lazimnya seseorang itu akan mengalami beberapa keadaan iaitu mungkin:

  • Koma sepanjang hayat,
  • Masih tersedar tetapi tidak memiliki emosi,
  • Kemurungan (depression) tahap tertinggi,
  • Gila dan hidupnya seperti haiwan kerana tiada kesedaran.

Terdapat juga kes dimana seseorang manusia itu telah terjumpa satu tempat yang sungguh indah di alam ghaib lalu enggan mahu kembali lagi ke jasadnya dan menyebabkan jasadnya berterusan koma sepanjang hayat atau ada juga yang jasadnya tidak koma tetapi tiada emosi. Jasad seperti itu amatlah menyusahkan ahli keluarganya kerana terpaksa membasuhkan berak, menyuapkan makanan dan lain-lain pada setiap hari.

Kami juga pernah mengangani kes di mana pesakit itu telah bercinta dengan jin yang sungguh cantik lalu sukmanya berada di tempat/alam jin tersebut dan tidak mahu kembali lagi. Ini adalah kerana, di alam nyata, ramai orang yang telah menolak lamaran cintanya. Untuk kes ini, pihak kami tidak dapat merawatinya dengan sempurna kerana perasaan cinta pesakit itu terhadap jin tersebut terlalu kuat dan memang pesakit itu tidak mahu kembali ke jasadnya lagi buat selama-lamanya.  

Bagi orang yang mengalami sakit yang teramat tenat, lazimnya sukma mereka akan keluar kerana tidak lagi mampu menanggung kesakitan tersebut. Apabila sukmanya kembali ke jasad, mereka akan merasai semula penderitaan jasadnya itu. Maka, di atas sebab itulah mereka memilih tidak akan kembali lagi sehinggalah jasadnya itu benar-benar tidak berfungsi iaitu meninggal dunia.

Untuk kes sukma di tangkap oleh jin mahupun manusia, insha'Allah pihak kami boleh merawatinya dengan izin yang Maha Kuasa. Untuk pertanyaan yang lebih lanjut, hubungi sahaja pihak kami.




Share:

Pasak/Senjata Ghaib Jin Yang Merosakkan Energi Spiritual


Jin sama sahaja seperti manusia iaitu memiliki barang dan objek ghaibnya yang tersendiri, seperti senjata, mesin, peranti dan sebagainya. Bukan semua jin itu mengganggu dengan cara memasuki ke dalam tubuh manusia, boleh jadi jin itu hanya pasakkan sahaja barang-barangnya itu ke dalam tubuh manusia agar manusia itu ditimpa nasib malang atau mengalami penyakit misteri.

Bagi golongan spiritual, mereka mengetahui bahawa manusia memiliki aliran energi yang mengalir dari tulang sulbi ke ubun-ubun kepala, keluar dan masuk secara berterusan. Fenomena ini tergolong dalam bidang spiritualiti kuno (ancient spirituality). Barang-barang jin boleh dipasakkan pada aliran energi tersebut, menyebabkan kehidupan manusia yang terlibat dipenuhi dengan nasib malang.

"Jika barang-barang jin itu dipasakkan pada sel kanser, maka sel tersebut boleh berkembang dengan 'mekar'. Jika ia dipasakkan pada mana-mana organ, maka organ tersebut boleh mengalami kerosakan secara perlahan-lahan tanpa disedari. Sakit migrain dan haid yang tidak teratur juga boleh menjadi akibat daripada faktor ini. Terdapat juga pasak yang menyebabkan kesempitan rezeki, kemurungan (depression) dan sebagainya, disebabkan oleh aliran energi yang telah mengalami sekatan (blockage) atau gangguan."

Oleh kerana barang-barang jin ini bersifat ghaib, maka ubat-ubatan moden daripada doktor perubatan agak kurang berkesan. Ramai perawat alternatif juga terlepas pandang untuk membuang barang-barang ghaib tersebut kerana terlalu menumpukan perhatian kepada usaha menghalau jin semata-mata, atau kerana tidak menemui lokasi sebenar pasak tersebut di dalam tubuh si pesakit.

Usah terkeliru, barang-barang jin ini bukanlah sihir. Ia masih termasuk dalam skop gangguan jin, bukan dalam kategori sihir. Barang-barang ghaib ini selalunya dipasakkan oleh jin itu sendiri, tanpa sebarang arahan atau keterlibatan manusia. Mungkin jin tersebut menyimpan dendam terhadap individu berkenaan?

PASAK JIN ADALAH PUNCA KENAPA JIN KEKAL BERADA PADA DIRI MANUSIA

Adakah tuan/puan pernah melihat pesakit yang mengalami kerasukan, namun semasa dirawat, jin yang mengganggu itu seolah-olah kebal terhadap rawatan dan terus-menerus mengganggu mangsanya? Itulah fungsi pasak yang telah ditusukkan ke dalam tubuh pesakit yang mana ia menjadi tempat berpaut bagi jin tersebut agar kekal berada dalam tubuh si mangsa.

Apa yang lebih mengerikan, pasak-pasak jin itu juga boleh mewujudkan hubungan atau perkongsian energi antara diri pesakit dan jin tersebut. Jin yang memiliki pasak dan telah memasakkannya ke dalam tubuh pesakit adalah jauh lebih kuat berbanding jin yang tidak memiliki pasak. Mengapa begitu? Kerana energi manusia telah mengalir masuk ke dalam diri jin melalui saluran pasak tersebut.

MAGNET PENARIK JIN DAN SIHIR

Kadang-kadang, jika jin tidak memasakkan pasaknya pada tubuh manusia, ia juga boleh meletakkan sesuatu media (tools) seperti 'peranti/magnet penarik' jin dan sihir pada diri si manusia itu. Akibatnya, manusia itu akan sentiasa menarik kehadiran jin-jin lain dan sihir dari persekitarannya. Keadaan ini menyebabkan mangsa mengalami serangan jin dan sihir secara berterusan sepanjang hayat, walaupun telah berkali-kali mendapatkan rawatan alternatif.

Dalam kes pasak dan magnet jin ini, bagi perawat-perawat alternatif yang memiliki keilmuan untuk mengesan dan menanggalkannya atau melenyapkannya sangatlah membantu para pesakit yang sedang mengalami masalah ini. Untuk makluman tuan/puan, para perawat di Cahaya Metafizik™ Centre mempunyai keilmuan dan kepakaran di dalam menyelesaikan gangguan jenis ini. Inilah tujuan utama mengapa artikel ini ditulis iaitu untuk memberi pencerahan dan membuka ruang penyelesaian kepada mereka yang sedang mencari ikhtiar jalan keluar.




Share:

Jin Pengkhianat Yang Bersifat Parasit Keghaiban


Berdasarkan pengalaman kami di Cahaya Metafizik™ Centre yang telah merawati lebih dari 20,000 jumlah pesakit bagi rawatan jarak jauh dan juga hadir diri, kategori gangguan ghaib yang paling terkenal yang dialami oleh pesakit bukanlah dari gangguan jin saka atau sihir tetapi datangnya dari gangguan jin pengkhianat.

Boleh jadi jin pengkhianat itu datangnya dari kalangan:

  • Jin liar yang berkeliaran,
  • Jin yang dihantar seseorang,
  • Jin Asyik dari orang lain yang sedang cemburu,
  • Jin saka pada orang lain yang sedang marah,
  • Jin yang berdendam dengan ahli keluarga,
  • Jin pembantu sihir dll.

Simptom atau kesan dari gangguan oleh jin pengkhianat tidaklah begitu berbeza manapun berbanding simptom gangguan jin saka mahupun jin Asyik, kesemuanya lebih kurang sama sahaja. Kadang-kadang, bermati-matian si pesakit merasakan dirinya sedang diganggu oleh jin saka atau terkena sihir, rupa-rupanya hanya diganggu oleh jin pengkhianat jenis liar sahaja kerana simptomnya yang lebih kurang sama dengan gangguan jin jenis kategori yang lain-lain.

TUJUAN UTAMA JIN MENGGANGGU MANUSIA

Jin sama sahaja seperti manusia iaitu perlu keluar mencari rezeki untuk kelangsungan hidup. Namun, jin memakan sesuatu yang lain dari pemakanan manusia iaitu jin memakan (menyerap) leraian gas dari najis-najis, tulang-belulang yang telah kering, asap-asap dan sebagainya. 

Jin juga terdiri daripada kepelbagaian bangsa yang terlalulah berbeza antara satu sama lainnya. Ada yang tinggal di lautan, ada yang menghuni di udara dan ada juga yang tinggal di atas tanah seperti di bukit-bukau, gunung-ganang, gurun-gurun dan lain-lain. Bilangan jin itu tersangatlah banyak sehingga luar dari perhitungan.

Untuk pengatahuan tuan/puan, bangsa jin yang mengganggu manusia itu tidaklah ramai kerana yang mengganggu itu hanyalah dari kalangannya yang jenis 'sampah masyarakat' sahaja iaitu yang jenis tidak berintelek dan suka mengambil kesempatan. Teruskan pembacaan.

Jin-jin yang tergolong dalam kategori 'sampah masyarakat' ini cukup gemar membuat jenayah, dan salah-satunya adalah mengganggu manusia. Kenapa jin itu mengganggu? Oleh kerana jin itu malas untuk keluar mencari rezeki, lalu jin itu hanya mengambil kesempatan dengan cara menempel sahaja pada manusia pilihannya dan lalu menyerap zat-zat energi dari diri manusia tersebut sepanjang hidupnya. Inilah yang digelar sebagai parasit keghaiban!

Selain daripada sebab yang dinyatakan di atas, gangguan jin terhadap manusia juga mungkin berlaku kerana manusia itu secara tidak sengaja pernah terganggu atau terbunuh jin-jin itu. Mungkin juga jin itu menganggu di atas arahan seseorang. Apa-apa pun puncanya, semua jenis gangguan tersebut tetap bersifat memudaratkan.

JENIS-JENIS BANGSA JIN

Seperti yang dinyatakan di atas, jin terdiri daripada pelbagai bangsa yang sangat berbeza antara satu sama lain. Jin-jin yang gemar mengganggu manusia biasanya datang daripada golongan jin yang lemah, sama ada dari segi tubuh mahupun intelek. Oleh kerana manusia tidak dapat melihat para jin dengan mata kasar, ramai yang menganggap jin itu kuat, sukar dibunuh, atau langsung tidak boleh dibunuh - sedangkan hakikatnya jauh berbeza daripada tanggapan tersebut.

Antara jin-jin yang lemah, kurang bijak dan terkenal di Nusantara ialah seperti pocong, demit, toyol dan pontianak. Manakala jin yang sedikit lebih kuat termasuklah genderuwo (hantu raya), banaspati dan bunian. Apa yang disenaraikan ini hanyalah jenis-jenis jin yang terkenal di Nusantara, bukanlah mewakili seluruh dunia. Hakikatnya, terdapat jin-jin lain yang tahap kekuatannya berkali-kali ganda lebih hebat, namun minat mereka untuk mengganggu manusia adalah sangat rendah.




Share:
Visit My URL

Kod QR Pembayaran Cahaya Metafizik™

Sebarang Pertanyaan, Nyatakan Di Sini













Jumlah Pengunjung Cahaya Metafizik™